.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, November 22, 2013

Tajuk 534: Hybridization….contoh research yang "fresh".."original" dan "wow" !!

Percaya tak ramai pelajar dah masuk beberapa semester masih tertanya-tanya….. bagaimana nak dapatkan tajuk  “baru” dan “fresh” dan “wow” sambil mengisi research gap.

Mestilah percaya sebab aku sorang daripada mereka….. hu hu

Jadi aku tak nak kupas panjang-panjang…. aku nak kupas pendek2 jer…

Nak bagi analogilah tu?

Aah…. then bagi terus bagi contoh…

Camtulah bro….

Banyaklah cam tu ko…. abis ko ada SV tanyalah dia…

Aku pernah jumpa dia ....dia suruh aku baca apa yang patut dulu sebab baru semester 1…. Tapi dah nak masuk semester 2 aku masih camtu...

Aku dah war2kan teknik hybridization dalam bengkel2 aku….juga dah panjang lebar aku tulis dalam blog aku ni…. ko kena baca semula entry terdahulu…. 

Ringkasnya hybrid menggabungkan beberapa theory yang sama species… macam ayam hutan hybrid dengan ayam kampong…. atau buah labu dengan buah tembikai…. supaya hasilkan sesuatu yang lebih berkualiti…. "fresh", "original" dan “wow” ! Maknanya ko boleh gabungkan beberapa teori yang "serasi" bagi menghasilkan satu gabungan teori yang lebih comprehensive. Paling bagus teori tersebut bukan teori baru supaya ko tiada masalah mendapatkan sumber rujukan.

Ala… analogi ayam bro... mana sama dengan theory dalam research !

Ok aku bagi contoh tiga student aku sendirilah sebab aku yang suruh student aku yang buat benda ni…. student SV lain aku tak pasti plak… mudah2an contoh ini dapat dipelajari oleh kawan2 lain yang berminat...... atas dasar berkongsi yang baik....

Ketiga2 artikel hybrid pelajar aku ni (2 PhD dan 1 master) dahpun dibentangkan dalam seminar malah dah publised dalam 2 journals dan salah satunya artikel scopus…. So aku nak kongsikan dalam blog aku ni…supaya dapat diambil contoh. 

Berikut aku hanya berikan MODEL "baru", "fresh", "original" yang terhasil dari gabungan / hybrid tersebut...

1. M3N (Mnemonic - Mind Mapping - Needham)
Hybrid theory – Mnemonic + Mind Mapping + Needham’s Constructivism Model




2. ArtsMedia
Hybrid theory Constructivism + Multimedia presentation + Performing Art



3. DGBL (Digital games based learning)
Hybrid 2 theories – Digital Games + Constructism




Ketiga-tiga model diatas adalah “fresh” dan ada element “WOW” dan "original" malah mempunyai acronym tersendiri....dan acronym M3N dan Artsmedia tak akan ada dalam mana-mana kajian .... dan yang lebih penting sumber references yang banyak dan mudah diperolehi….sama macam research doctorate aku dulu bila aku hasilkan acronym aku sendiri CAnI (Computer Animated Instruction) dan juga acronym animasi aku SEA (Simple Explicit Animation)......

Original tu maksudnya ko yang gabungkan teori tersebut dan ko sendiri yang jlnkan kajian.... dan bila ko tulis jer theori M3N atau ARTSMEDIA misalnya tentulah WOW sebab tak sapa tahu lagi acronym tersebut....dan tentunya teori hybrid tersebut mempunyai kelebihan tersendiri seperti buah hasil hybrid (kacukan) yang lebih manis.....dan tahan serangga perosak !!

Phewww......kalau aku camner plak?

Yang itu ko kenalah fikirkan sendiri.... takkan semua nak kena suapkan.... 

Oklah.... oklah....

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...