Sebelum ko nak download slide aku tu....yang linknya aku sediakan kat bawah entry ni..... ko tahu tak ramai yang percaya bahawa masa 3 tahun untuk menyiapkan tesis PhD atau 2 tahun untuk Master seperti yang diperuntukkan oleh IPTA,
penganjur biasiswa mahupun tempoh cuti belajar adalah mustahil !
Kenapa plak mustahil?
Mustahil sebab peratusan yang berjaya menamatkan pengajian dalam tempuh tersebut hampir 0 % !!
Abis sapa yang memandai2
bagi tempuh tu…. bagi ler 10 tahun ker?
Itu aku tak tahu… sebab
bagi aku tempoh tersebut adalah wajar…yang tak wajarnya kerana pelajar terdorong utk buat kajian yang kononnya akan mengubah dunia dan
seisi alamnya.
Abis SV tak bagi nasihat
ker?
La… apa yang berlaku tu sebab ramai SV yang beriya2 nak supervisee buat kajian "baru" yang "tak
pernah" orang lain buat… maka kehulu kehilirlah supervisee mencari ruang yang
belum dibuat orang lagi… kemudian kehulu kehilir pulak mencari rujukan kajian
lepas yang “tak ada” sebab kajian tersebut tak dibuat lagi… ditambah dengan SV
suruh baca..baca dan baca… entah sampai bila....then kena siapkan proposal yang tebal2 pulak… kena detail gedebak gedebuk....kalau lagi susah lagi hebat.... lebih susah dari yang dialami oleh SV tersebut semasa buat tesis dulu lagi bagus.....barulah akan hebat tesis yang terhasil !
Cam tu ke?
Tu ko fikir ler sendiri....dan dalam slide aku yang ko akan download tu ada aku senaraikan secara ringkas tujuan research dan thesis PhD.... dan dalam tujuan tersebut tak ada satupun tercatat kewajipan pelajar menghasilkan kajian yang baru....yang memberi impak....tetap menjadi keperluan menyumbang kepada pengetahuan dalam bidang yang dikaji....hatta satu formula atau satu simulasi yang mungkin tidak mengubah apa2 tetapi memberi ruang kajian yang akan datang menguji pula formula atau simulasi tersebut secara lebih komprehensif....
Tapi kalau dah kehulu kehilir kerana inginkan kajian bertaraf "Nobel prize" camner nak abis 3 tahun… sedang yang dapat Nobel prize tu pun dah jadi expert puluhan tahun.... tambahan dah masuk semester 5 baru nak siap proposal....sedangkan proposal hanyalah rangka kajian sahaja yang boleh siap tak lebih 2 semester...nantilah aku sambung lagi sebab tujuan entry ini untuk memberikan salinan pdf pengisian bengkel penulisan tesis aku.

Boleh aku download?
OT
No comments:
Post a Comment