.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Sunday, November 10, 2013

Tajuk 531: KAJIAN MASTER / PhD - Biar SUSAH BUKAN MENYUSAHKAN

Minggu lepas aku berada dalam satu bengkel dgn sekumpulan calon baru PhD....semasa coffee break aku telah ditanya oleh salah seorang peserta yang baru menjadi calon PhD...di sebuah IPTA.

Apa yang ditanya?

Betul ker buat PhD ni mesti susah?

Aku tanya kenapa timbul persoalan tersebut. Dia menjawab bahawa berlaku perbahasan antara dia dan SV kerana dia dapati sukar untuk menjalankan kajian yang dicadangkan oleh SV dalam science computer... sedang dia sendiri ada minat yang lain dalam bidang tersebut. 


Prof cadangkan satu kajian berkaitan dgn R&D …. tetapi pelajar tersebut dapati sukar untuk jalankan kajian yang dicadangkan kerana topic kajian masih belum stabil.... masih baru dibangunkan oleh pakar2 perisian komputer. Namun..... itulah minat SV yang berstatus Prof tersebut sejak kali pertama berjumpa..... sehingga acapkali mengulangi ungkapan yang bunyinya macam gertakan "Kajian PhD memanglah susah…. abis kalau senang bukan PhD namanya !”

Abis apa jawapan ko?

Aku jawab dgn ringkas… ada beza antara SUSAH dan MENYUSAHKAN !

Tu jer jawapan ko? Sapa ko nak dibanding dengan Prof tu... yang dah expert dalam bidang tersebut?

Kenapa? Aku bercakap secara umum....utk maklumat semua peserta yang berada dalam dunia academia… dunia terbuka….maka Prof mestilah bersikap terbuka…. jangan hanya mahu memaksa idea sendiri sahaja... apatah lagi jika ada hidden agenda utk kepentingan diri... 


Itu Prof bro.... expert tu... ko jangan main2... ko tak takut ke?

Ini bukan soal takut.....ko tahu tak… sebagai contoh.....Prof. dalam bidang organic chemistry…. hanya tahu beberapa aspek dalam bidang organic chemistry jer…. malah pelajar PhD dalam bidang physical chemistry jauh lebih hebat pengetahuan physical chemistry berbanding dengan Prof organic chemistry tersebut…. malah aku lebih tahu bidang animasi dalam organic chemistry berbanding Prof dalam bidang organic chemistry, so what ? 


Dalam dunia akademia tiada istilah "Prof Serba Tahu" macam dalam majalah humour Gila-Gila yang pernah popular satu masa dulu.....dan tugas Prof yang "pakar" dalam dunia akademik adalah utk membimbing supaya yang susah dapat dipermudahkan...bukan sebaliknya

Yer ker?

Cer ko tanya Prof organic chemistry tentang teori animasi seperti Redundancy Principle atau Dual Coding Principle….yang aku guna dalam hasilkan animasi organic mechanism reaction…. kompom 
dia tok tahu seabok pung....sebagaimana aku jugak tak tahu seabuk pong bidang pengkhususan Prof tersebut dalam organic chemistry... jadi Prof hanya hebat dalam bidang yang dia kuasai… tetapi jgn ler sombong dalam memberi bimbingan…. kerana SUSAH dan MENYUSAHKAN adalah dua perkara berbeza.

Cer lah ko bagi rasional ko….jgn pandai nak komen jer ... skit2 nak komen...!


Marah nampak…. ginilah….. memang PhD berasaskan research…. dan membuat research bukanlah satu yang mudah kerana research adalah satu proses penyiasatan yang dilakukan secara sistematik dan saintific bagi menyelesaikan sesuatu isu / masalah / atau meningkatkan keberkesanan sesuatu sistem... sehingga menghasilkan penyelesaian, menjana satu pengetahuan baru dalam dalam bidang yang dikaji. Ini dilakukan dgn rekabentuk kajian yang dipelajari dalam kelas Research Methodologi spt. rekabentuk eksperimen, survey, study case etc…. spt yang ko baca dalam buku Research Methodology dan yang belajar dalam kursus Research Methodology oleh Prof2 di IPTA....

Ketahuilah terdapat tiga tahap research dan yang paling mudah aku kategorikan bermula dengan basic (pure) research – applied research – R&D. Rekabentuk yang dipelajari dalam kelas research method hanya berkaitan dengan basic dan applied research…ada tak Prof ko ajar R&D? 


Kajian peringkat PhD secara umumnya bergerak sehingga ke tahap applied research sahaja, seperti membina model, mengkaji IV, DV, moderator dan mediator atau keperingkat aplikasi seperti ICT dalam pendidikan. 


Einstein, tak ada Prof pun, tetap sempoi...
Einstein telah menyangkal SV dia yang bertaraf Prof
dan berfahaman atheis dgn hujah fizik tentang
"the existence of GOD"

Kenapa kebanyakkan kajian PhD tidak sampai ketahap R&D. Kenapa?

Satu soalan yang baik. Ini kerana R&D lazimnya memerlukan sekumpulan pakar dan peruntukan yang besar dengan mengkaji sesuatu aplikasi baru yang khusus dengan unsur innovation. R&D juga melibatkan technology yang terkini sehingga ada kalanya melibatkan penghasilan patent kepada product yang terhasil. Yang pasti R&D melibatkan kerja2 pakar (dgn PhD....) yang creative dan selalunya didorong oleh tujuan mendapat keuntungan dan commercialization... dan lazimnya dibiayai oleh kerajaan atau gergasi dalam industri.

Kalau macam tu memanglah tak mampu dilakukan oleh pelajar PhD yang novice.

Bukan tak mampu tetapi belum tiba masanya..... sebab itulah kajian yang melampaui tahap applied sehingga berbentuk R&D bukan kajian mainstream untuk tahap PhD, kecualilah kajian tersebut disokong oleh badan yang berkaitan dengan penyelidikan spt MARDI dalam kajian pertanian atau NASA jika di US dalam bidang aerospace. Kajian di NASA contohnya menawarkan fellowship 

NASA-sponsored research dan pelajar yang berjaya adalah pelajar yang melalui selection giler2.... yang cemerlang dan mempunyai pengkhususan yang specific berkaitan aeronautics. Kajian selalunya berlaku dalam makmal yang dibiayai oleh NASA dgn segala keperluan disediakan. 

Jadi jika ada SV yang mengharapkan supervisee menjalankan kajian peringkat R&D dalam apa bidangpun seperti yang ditawarkan oleh MARDI dalam kajian pertanian mahupun NASA dalam aerospace.... bukan sahaja SUSAH tetapi MENYUSAHKAN jika tiada sokongan kemudahan yang infrastruktur dan financial yang tersedia sedangkan banyak lagi kajian applied yang masih boleh dijalankan. Tanpa sokongan dan environment spt yang ditawarkan oleh MARDI atau NASA…. kajian applied adalah memadai bagi peringkat PhD. 

Itu isolated case kot..

Isolated? .... Banyak bro... cuma terpendam sahaja....dan tak terdedah dimana2..... dalam satu kes yang lain, seorang calon PhD di minta buat kajian perbandingan sesuatu isu antara UK dan Australia !! Pelajar tersebut tak berupaya membantah sehingga mengikut sahaja cadangan SV walaupun pengajian beliau self-financed !!  Sehingga terkeluar perkataan dari calon tersebut kepada aku...."Saya dah ke UK dan Australia ... ambil course itu dan ini dan dah banyak duit abis sedang proposal masih belum settled....saya dah tak berupaya nak nangis lagi....". 

Apabila ditanya apa isu yang dikaji.... aku dapati dan berpendapat masih terlalu banyak ruang utk jalankan kajian dalam isu tersebut di Malaysia....tanpa perlu buat perbandingan dua negara luar !! Ini satu lagi kes MENYUSAHKAN.....maka "otak jahat" aku ni pun tak boleh elak dari "terfikir"..... maybe data kajian tersebut diperlukan oleh SV.... maka supervisee diminta buat kajian tersebut.... sound familiar?

Dalam kes lain...yang juga diceritakn sendiri oleh calon PhD yang buat kajian mengkaji effectiveness perisian komputer yang dibangunkan oleh SV dan teamnya. Perisian tersebut ada sedikit masalah dan perlu diperkemaskan. Setelah berhempas pulas beberapa semester .... maka terjumpalah akan beberapa kesalahan dalam perisian tersebut. Sangat memeranjatkan kerana SV dan teamnya tiba-tiba menghalang pelajar tersebut menulis artikel dan melaporkan hasil kajian tersebut kerana timbul persoalan imej ler pulak. Abis kalau dah tak boleh itu dan ini... pelajar tu nak buat apa? Maka pelajar tersebut terpaksa bertukar tajuk.....fuhhh.... boleh buat drama baru "Mr Arrogant... do you love me?"

Banyak lagi ker kisah spt di atas?

Ko agak? Apapun dalam semua kes.... banyak atau sikit....kesalahan akhirnya akan terpikul di batu jemala dan bahu pelajar..... SV tetap cam biasa sahaja sebab mereka ada ramai supervisee yang lain....yang ini pergi....yang lain datang silih berganti....

Kenapa ada SV macam tu?

Bukan semua macam tulah...... ramai Prof yang komited dan hebat dalam supervision.... berjaya lahirkan ramai PhD holder...cuma adalah yang masih tak perasan bahawa kedudukan yang dia ada sekarang bukan diperolehi dalam 3, 4 tahun sehingga dia mahukan hal yang sama berlaku kepada calon PhD yang novis....jadi..... bezakan antara SUSAH dan MENYUSAHKAN sedangkan bukan menjadi satu obligation pelajar PhD buat kajian peringkat R&D !! Moga kisah diatas jadi pengajaran ko sebagai bakal SV....

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...