.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, September 4, 2018

Tajuk 876: Plagiarism and Authorship

Plagiarism and Authorship...
Sukati akulah nak letak nama sapapun sebagai author.. ye dak?

Ini satu pendapat yang nak sgt letak nama orang lain dalam artikel sendiri.

Kenapa ini tak beretika? Saya nak jelaskan style kampungan je.

Kes A - Plagiarism
1. Bila satu paragraph yang anda ambil tanpa rewrite semula dgn pemahaman anda sendiri, ia dinamakan plagiarism.
2. Bila anda hanya rewording sana sini skit2.. ia tetap plagiarism walaupun anda letak sumber petikan anda (citation).
3. Plagiarism adalah jenayah besar dalam dunia penulisan artikel (tidak dalam dunia berkasih sayang yang lain) kerana ada ribuan pembaca akan TERTIPU membaca 'IDEA' anda, sedang ia adalah idea ORANG LAIN.

Kes B - Aturan nama pengarang
4. Susunan pengarang dibuat mengikut sumbangan kepada kajian dan penulisan artikel. Ini etika dunia scholar yang perlu dihormati. Maka merit yang tinggi diberikan kepada 1st author dalam kenaikan pangkat kerana memberi sumbangan utama.
5. Jika ia kajian PG dan ditulis oleh PG atas bimbingan 'tidak berkira' SV, maka, nama PG adalah sebagai 1st author sebagai penyumbang utama yang akhirnya bergraduat dgn tesis dan artikel yang ditulis sendiri.

Apa kaitan Kes A dan Kes B?
6. Jika nama orang lain sebagai 1st author, maka dgn cara yang sama spt plagiarism, pembaca TERTIPU dgn beranggapan sumbangan intelektual yang banyak atau kerja penyelidikan dilakukan oleh 1ST AUTHOR sedang ia dilakukan dan disumbangkan oleh 2nd atau 3rd AUTHOR

7. Ia juga dilarang kerana nama penyumbang utama membawa merit kepada artikel sedang pembaca TERTIPU dgn aturan pengarang yang diberikan. Lebih dasyat bila pengarang hanya tempelan tanpa sebarang sumbangan malah tidak melakukan apa2 tapi mjadi 1st author.

8. Kes plagiarism dan authorship dalam dunia scholar - kedua2nya satu penipuan !

Kesimpulan:
Ini dunia scholar, dunia yang menitikberatkan titik dan koma, yang menekankan proper citation, authorship dan plagiarism.. bukan dunia naif balas budi dan terhutang rasa... anda tak sesuai berada dalam dunia ini jika anda ikut sukati anda sahaja... dan biar diri anda dimanipulasi...






OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...