.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, September 4, 2018

Tajuk 885 : Adakah SV kompeten ?

Mesej ni baru saya terima....
"... And now after the PD i felt like giving up entirely and quit my study. At the first place i wanted to do experimental method for my research, but in semester 2 my supervisor asked me to change the RD to qualitative approach. To my surprise during the defense all the panelist would have agree that my research is more approachable using the experimental method and now im back to square one.
How do i even combine qualitative with quasi. Perhaps if u have any nearby workshop u can inform me since i am keen to meet u And i do hope that i can show u my writing and hoping to hear your feedback. Since the panelist cannot see the relevance of my research. I am so dissapointed and break down right now.
All my hardwork for the past year didnt get any credits. To an extend, i do feel like quitting.."

Komen ringkas:
1. Ini yang selalu saya tulis, ada SV yang kompeten dalam RD kajian dia sahaja maka apa sahaja masalah mesti ikut RD yang dia familiar.
2. Apa guna ada 3 assigned SVs kalau perkara sebegini boleh berlaku?
3. Betapa PG membuang masa, tenaga dan motivasi bila disyaratkan menyediakan proposal tebal2 persis mini thesis yang kemudiannya ditolak oleh panel PD.
4. Konsep menyediakan proposal begini dah lapuk dan patut diganti dgn simple dan brief proposal utk beberapa pages tetapi perlu dibentang dalam komiti beberapa kali sebelum PD.
5. Nature kajian quali dan quanti sangat berbeza dan tak sepatutnya berlaku kesilapan.






OT

Tajuk 884 : Effect Size

- Effect Size -
Jika anda guna SPSS dan berminat dgn effect size, link ini boleh membantu mendapatkan nilai perbandingan effect size pelbagai analisis spt Cohen's d for t-test atau MANOVA eta squared...




OT
http://imaging.mrc-cbu.cam.ac.uk/statswiki/FAQ/effectSize

Tajuk 883 : Buku SPSS

Anda baru dgn SPSS ?
Satu-satunya buku lengkap dgn pengujian semua assumption bagi data parametrik utk anda miliki dgn data yang tersedia untuk digunakan (download online). Buku ini telah diulangcetak sebanyak 3 kali.
Panduan menggunakan data yang sama tersebut yang melibatkan skor interval dan juga qnaire.







OT
Dapatkan di:
http://www.postgraduatebookstore.com.my/

Tajuk 882 : Malu TAPI mahu...


Malu TAPI mahu...
Saya terima satu message, tak mahu di screenshot sebab 'malu' katanya. Dia seorang yang selalu 'ikut flow' sahaja, lalu flow dia membawa dia dalam dunia research. Flow dia sekarang ni nak sambung PhD pulak, tapi malu nak tanya so dia hantar message panjang lebar....

Nasihat Boboi... mudah jer...
1. Kalau malu sesat jalan. Kalau pendam semua kerja tak jalan.
2. Ikut flow tiada masalah, carilah flow yang betul, bukan yang slow
3. Hadiri bengkel pemecah ruyong spt tulis tesis cepat, SPSS, ATLAS.ti sebagai permulaan.
4. Berkawanlah dgn mereka yang dah nak sampai kepenghujung mendapat PhD, dan timbalah pengalaman mereka.
5. Dapatkan tempat belajar hampir dgn rumah jika boleh, supaya tak buang masa perjalanan
6. Kuasai Mendeley dan ZDOT
7. Buang rasa malu, ganti dgn rasa mahu...
8. Fikirkan benefit yang diperolehi dalam tempoh 3 tahun pengajian, tak ternilai dan terhitung
9. Belajar adalah ibadah dan menyumbang adalah fardhu kifayah
10. Smile.....
 
 


OT - tak kira, saya screenshot skit dari message tersebut.

Tajuk 881 : Coursework dan Thesis – the reality !




Buat kesekian kalinya...
Coursework dan Thesis – the reality !
Inilah realiti dunia aku, dunia anda dan dunia kita - dunia postgraduate !!
Izinkan aku kembali ke zaman menjadi calon PG dulu. Aku lebih selesa menulis tajuk di atas spt mengimbau ketika aku berada di zaman tersebut… dan ia terus berlaku hari ini..
Kenapa perlu ada coursework? Coursework perlu utk aku mendalami pengetahuan dalam bidang kajian. Mengambil coursework membolehkan aku mempelajari teori dan segala aspek yang berkaitan dengannya. Mengambil coursework tidak menakutkan aku…. umpama meneruskan tradisi undergrad. Exampun ok jer… dgn sedikit tugasan, markah biasanya excellent !!
Abis apa masalahnya bro?
Bukan masalah, tetapi sedikit ulasan.
Selepas selesai coursework…. perkara yang paling menakutkan diperingkat Master dan PhD adalah thesis dan penyelidikan. Ini yang benar2 menakutkan aku.
Takut? Apsallak…..
Ini lah pengalaman baru kebanyakkan postgraduate spt aku…. Malah ramai kawan2 aku yang lost in action…. syahid ditengah jalan…. gagal menyiapkan thesis sedang mereka excellent dalam coursework… mengalahkan aku.
Aku sempat mengamati dan memerhati senario berikut:
1. Thesis adalah satu proses yang kompleks. Cukup kompleks. Wpun proses penulisan tesis ini kompleks tapi setahu aku tidak pula diajar secara “formal” sebagaimana coursework…. sedang apa yang dipelajari dalam coursework lebih mudah diperolehi dari bacaan pelbagai sumber dan rujukan yang banyak…. manakala penulisan thesis pula spt diletakkan terus dibahu aku dan rakan2 aku sepenuhnya… tanpa ada satupun kelas yang mengajar aku apa-apa….
2. SV ? Memanglah SV ada…. tapi sesedar aku…. SV tak pula mengajar aspek2 teknikal dan mekanikal penulisan thesis….menjalankan kajian. Jika adapun lebih berbentuk memberi komentar…. Itu tak ok… ini perlu ditambah…. itu tak cukup dalam, sana pula belum cukup kritis….. sedapkan lagi ayat disini... baca lagi.. baca lagi... dan sekali sekala menyegah - Hah ….. mana dapat pernyataan ni ? apa rasional tulis ini ? U sapa nak nak dakwa begitu begini? Fuhh semangat…. Separuh jiwa ku hilang…
3. Thesis juga melibatkan proses yang detail…. dgn segala mechanistic nya yang asing bagi aku….lebih asing dari makhluk asing… malah prosesnya pula detail bukan sahaja kandungannya tetapi juga sehingga titik dan comma perlu berada ditempatnya yang betul. Nk ikut format yg bbagai gaya mcm nk giler sdg thesis cuma unpublish material jer.
4. Pencarian tajuk kajian pun sudah cukup memberi satu cabaran besar kepada aku. Ramai juga kawan2 aku yang teraba2 dalam terang…. bagaimana utk mendapatkan tajuk yang “doable”, “researchable” dan “workable”….sdg aku dan dan kawan2 aku tak ada pengalaman tersebut.
Pencarian tajuk pula kononnya perlu disertai dengan pencarian gap aka kelompongan dan problem statement…. Maka makin bercelarulah apa yang hendak ditulis, dipetik dan dihuraikan. … kerangka itu dan kerangka ini…. pemilihan teori, variable, construct, dimensi, instrumen… dan ohh…. segala macam rempah ratusnya. Sehingga dalam kebanyakkan kes….aku berdoa supaya kajian aku doable bukannya mengundang trouble. … teraba2 mencarinya sendirian tanpa mempelajarinya “through formal means” !
5. Apa…. Subjek Research Methodology? Yaa…. Memang aku ambil subjek Research Methodology… subjek wajib… namun pengisiannya lebih kepada pengucapan semula apa yang tercatat dalam buku2 teks research methodology…..bukan sangat utk menyediakan kemahiran mechanistic proses penulisan tesis dan pengendalian penyelidikan. Pendek kata…. you still need to find the “HOW” yg tak disentuh dlm kelas tersebut.
6. Sementara itu….. cousework ditawarkan dan diambil oleh sekumpulan calon. Aku dan kawan2 aku berada dalam satu kelas yang sama… mndapat tugasan yang skopnya sama…. Boleh berbincang bersama…. Tapi ini tak berlaku kepada penyediaan proposal, penulisan thesis…. masing2 dgn dunia sendiri mencari apa yang belum pernah diterokai….ada masalah… lu fikirlah sendiri .. tak pun baca lagi 100 artikel.
7. Aku percaya…. bukan mudah utk bertemu dan berbincang dgn SV… ada yang sibuk dan ada yang OK…. ditambah dgn gaya supervision yang pelbagai…. yang longgar dan ketat…. maka dalam situasi yang tak menentu ini…. rujukan utama aku adalah rakan2 master / PhD yang lain… terutama yang telah melalui proses tersebut. Setiap arahan SV selalunya akan dirujuk juga kepada rakan sebaya dan senior dan bagaimana mereka dahulu melakukannya….. malah byk kes… rakan sebayalah “main SV”…. tanpa sesiapapun sedari…. sehingga ada yang sebahagiannya mengambil strategi trial-n-error dari rujukan naskah2 rakan sebaya…yang lebih senior !
Come on bro…. ini level postgraduate lah…. kalau tak sanggup berdikari bro… menyediakan proposal sendiri… semua nak kena ajar… jgn ler berhajat nak ambil master /PhD…. betul tak? Lagipun dah berapa ramai yang lulus…. Tak ada halpun !
Yeap… aku suka jawapan tu….dan setuju sgt memang ramai yang lulus.
i. Aku sekadar melontarkan cadangan…. Jika itulah jawapannya maybe elok juga dijalankan sedikit kajian dan interview…. observation yang transparent…..
Kenapa mereka boleh lulus?
Bagaimana mereka lulus?
Apa yang mereka lakukan utk lulus ?
ii. Malah kalau tu lah juga jawapannya.... supaya berdikari…. bagus juga courseworkpun jgn ditawarkan…. Biarlah calon tu membaca dan berdikari memahaminya sendiri. Lagi baik jika tak ada supervision lansung…. barulah lebih real…. Semuanya hasil pencarian calon sendiri 100% … baru mantop ! Barulah benar2 berdikari…. Ada berani ?
iii. Master /PhD memang utk melahirkan researcher yang independent…. melahirkan researcher yang berdikari perlu disertakan dengan pengetahuan dan kemahiran terlebih dahulu. Dgn latar belakang postgraduate yang pelbagai… yang muda, berusia… full time dan part-time…. semuanya perlu dibekalkan dgn kemahiran yang cukupi.
8. Maybe aku boleh share satu kisah calon PhD seorang lecturer di sebuah IPTA yang menghabiskan masa satu semester menyenaraikan semua tajuk2 dalam bidang kajiannya supaya dia boleh mendapatkan satu tajuk yang tidak ada kena mengena dengan tajuk2 yang telah dibuat sebelum ini….sebagai bukti kajian yang bakal dilakukan kononnya adalah original. Perghh.... berderau darah aku. Apa lagi.. nk fill the gap lah tu ... akhirnya stuck tak jumpa2 cahaya... mana dtgnya ajaran pelek ini semua?
Begitulah juga aku diberitahu…."buatlah kajian yang tak pernah orang buat".... mujurlah aku tidak menerimanya bulat2… dan aku tahu berapa ramai lagi yang mempunyai pemikiran yang sama - insane !
9. Aku pun suka mencadangkan lagi supaya ditanya kepada calon2 yang sedang menyiapkan porposal…. Tahukah mereka elemen yang perlu ada dalam penyediaan pernyataan masalah…. apa beza signifikan dan implication…. apa maksud membuat citation dgn merujuk kepada sumber asal.. dan aku boleh senaraikan 100 lagi soalan. Adakah mereka tahu apa yang mereka buat, apa yang perlu mereka buat dan dimanakah mereka memperolehi pengetahuan tersebut?
10. Kemahiran dalam penulisan tesis ibarat kemahiran mengunakan pisau. Ajarlah dahulu kemahiran tersebut ... percayalah setiap orang yang mahir menggunakan pisau akan menghasilkan sesuatu yang berkualiti dan berbeza wpun dari pisau yang sama... tapi jika tiada kemahiran.... dibiarkan sahaja mencuba.... bukan sahaja hasilnya tak seberapa... tangan pula penuh kesan2 luka.....
Inilah senario yang aku dan kawan2 aku dahulu lalui .... sekarang bagaimana?
Akhirnya tujuan aku hanya satu... supaya calon2 master / PhD merakam segala pengajaran dan kemahiran yang diperolehi.... dan salurkan dgn penuh hikmah kepada bakal2 calon yang mendatang... supaya akhirnya terhasillah researcher yang fokus dalam penulisan tesis dan penyelidikan, bukan tersasar ke sana sini meraban mbuang masa.... sebelum menemui destinasi ....
LUV U ALL !!



OT - kemanjaan ku...

Tajuk 880 : SV-Supervisee



SV-Supervisee
Aku ingin bersikap praktikal….. bahawa manusia samada SV dan supervisee… kedua2 pihak ada kelemahan dan kekuatan. Disinilah perlukan mutual understanding. SV takkan dapat supervisee yang “satu kepala” atau sebaliknya. Maka, mind set berikut boleh membantu mewujudkan persekitaran supervision yang profesional:
1. Tahu kekurangan masing2 dan cari jalan memperbaikinya. SV jgn berpuas hati dgn pengetahuannya sahaja, sedang research sangat luas. Kalau tahu quantitative sahaja belum memadai.
2. Tunjuklah jalan yang perlu diambil oleh supervisee di awal2 pengajian supya tidak meraba2. Supervisee pula berusaha keras menguasai apa sahaja yang perlu dari tunjukajar SV dan membaca pelbagai sumber melebihi expectation SV, bukian asyik mengeluh sahaja.
2. Berkomunikasi sebagaimana anda ingin org lain berkomunkasi dgn anda. SV jgn menjadikan kedudukan sebagai tanda superiority sehingga selesa melihat supervisee merasa inferiority.
3. Kejayaan supervisee adalah kejayaan SV juga. Jgn sekali2 mengekploitasi supervisee dalam apa bentuk sekalipun, direct atau indirect... mengambil penat jerit supervisee dgn meletakkan nama sbg penulis utama dalam artikel supervisee misalnya.
4. Elakkan mengeluarkan bahasa berbaur feudal kerana SV bukan bangsawan dan supervisee bukan orang bawahan
5. SV tidak sepatutnya berasa malu jika sekali sekala belajar sesuatu yang baru dari supervisee.
6. Akuilah jika SV sendiri tidak mengetahui sesuatu isu / fakta / info… dan bertanya pada clique yang lebih senior atau sesiapapun yang ada kepakaran. SV berada dalam zon yang selamat tidak tertekan dan terbeban secara direct berbanding dgn supervisee yang mempertaruhkan 4,5,6 tahun masa, harta dan tenaga utk graduated. Klu supervisee kena resubmission, SV tak terkesan pun... sedang supervisee dalam situasi bagai bagai langit runtuh.
7. Berbanggalah jika supervisee mencapai kejayaan… kerana ia juga kejayaan SV juga.... dan hargailah hubungan SV-supervisee kerana hubungan inilah SV berjaya menyenaraikan puluhan artikel yang akhirnya membawa kepada promotion !
OT

Tajuk 879 : Mengenali Model Rasch #1

Mengenali Model Rasch #1
Anda dan beribu2 PG dan undergraduate guna skala ordinal spt: [1-STS 2-TS 3-Neutral 4-S 5-ST]
Katalah hasil dapatan 8 responden terhadap kesukaan makan durian:
5 responden jawab 2 = 10
3 responden jawab 4 = 12
Jika diambil purata respon = (10 + 12) / 8 = 2.75

Angka 2.75 ini berada dalam kategori label antara "Tidak Setuju" dengan "Neutral".
Adakah ini kesimpulan kepada tahap kesukaan responden iaitu "Tidak suka makan dan tidak kisahpun dengan durian" sedang ada 3 orang yang menyukai durian ?
a. Respon di atas hanya boleh dinilai secara deskriptif spt freq dan %
b. Nilai 1,2,3,4,5 tidak mempunyai sela (interval) yang sama maka skor tidak memberikan kesimpulan yang bermakna
c. Jarak sela (interval) 1,2,3,4,5 antara individu responden juga tidak sama.
d. Jika ini kesimpulan anda (siap dgn bacaan sishan piawai lagi) maka ketahuilah anda sebenarnya tidak melakukan apa2 pengukuran... sama spt anda tidak membuat kajian !
OT

Tajuk 878 : Research is PREDICTABLE TAKUT kerana anda TIDAK TAHU...


SHARE .... jgn takut
PhD sering diberikan image ngeri – kalau nak senang jgn buat PhD ! Maknanya PhD itu susah. Susah sebab SV kata begitu, rakan2 seniorpun kata begitu, maka begitulah PhD ! Pernah seorang academician menakut2kn dgn ungkapan “welcome to the HELL” kepada sekumpulan calon2 PhD yang baru mendaftar. Inilah yang ditanamkan dalam minda calon2 PhD.
Aku tidak pula menyatakan PhD itu mudah, tetapi PREDICTABLE. Maksudnya – PhD bukan susah atau perlu ditakuti tetapi adalah satu proses yang boleh dipelajari. Pelajarilah proses tersebut, supaya anda yang mengawalnya, bukan anda dikawal sehingga menakutkn. Ada kalanya jgn terlalu mengharapkan SV, sbb ada yang membimbangkan dari membimbing...
Satu nasihat aku, kalau dulu anda pelajar average di sekolah, di uni atau di mana2 sahaja, now anda boleh jadi pelajar cemerlang ! Kenapa? Kerana PhD tidak ada silibus yang standard, so you can even go beyond others’ expectation.
Jika membuat PhD spt meneroka hutan simpan BELUM di Perak, anda boleh sahaja siapkan diri dengan kemahiran meneroka hutan AMAZON di Brazil yang lebih mencabar, malah belajar pbagai extra skills, in case anda terpaksa harungi sungai yang dalam. Bengkel kemahiran PhD hanya mengambil masa biasanya 1 atau paling lamapun 3 hari, bukan 3 bulan ! Tidak ada siapapun boleh menghalang termasuk yang part-timers – tepuk dada !
Anda tidak boleh buat kajian dgn hanya mengikuti kelas Research Methodology atau menunggu di ketuk oleh SV. Anda perlu baca thesis lepas dalam bidang anda selain articles. Dapatkan kawan2 dalam bidang yang sama, dari pelbagai IPTA dalam dan luar negara. Pasti anda akan gugup dan gagap jika sebahagian kemahiran yang mereka miliki tiada pada anda. Tanyakan masalah kajian, teori, method dan analisis data yang mereka gunakan.Tidak semua kemahiran tersebut anda perlukan secara DIRECT dalam kajian anda tetapi semuanya anda perlu pelajari dan fahami utk mengharungi proses penyelidikan anda.
Jika anda cenderung utk membuat kajian quantitative, anda juga perlu belajari qualitative dan mixed method yang digunakan dalam bidang anda oleh rakan anda dan dalam kajian lepas. Jika SV anda cadangkan anda menggunakan MANOVA, berusahalah utk memahami multiple regression, ANOVA, SEM / AMOS dalam bidang yang sama.
Samalah, jika anda menggunakan teori ABC, anda juga perlu mbaca dan fahami sekurang2nya beberapa teori lain yang releven dalam bidang anda. Ini kerana bahan2 bacaan dan rujukan anda akan pelbagai dan anda perlu fahami semuanya. Ringkasnya, jgn nanti anda jumpa biawak anda ingat buaya hingga hilang separuh nyawa atau jumpa bapak segala ular sawa tapi anda relex tahap dewa !
Semua ini tidak lagi mustahil. Anda hanya perlu invest sedikit masa utk mempelajarinya dan mungkin melibatkan sedikit kewangan utk mengikuti workshop2 yang memerlukan kemahiran atau by group, menganjurkannya di IPTA anda – jgn duduk relex atau merengus macam t-rex.
Saya salute siswazah Pendidikan UKM yg sering menganjurkan pelbagai bengkel tanpa mengharapkan pihak fakulti dan uni. Percayalah…. jika anda ada asas pengetahuan dan kemahiran menjalankan proses penyelidikan beyond the scope of your focused title…you are actually having a fun… menguasai sesuatu melebihi kelompok pelajar average ….. lalu memudahkan anda menguasai LR….. lalu lebih mudah predict apa yang bakal anda lalui …. and the rest is history !
Selamat memerdekakan diri.
OT - ini contoh relex tahap dewa !

Tajuk 877 : Dapatan kajian tak perlu sokongan..

Dua soalan paling mahal dari KB...
- Siapa u nk bincang dapatan kajian u tanpa sokongan kajian lepas ?
- Mana u tahu dapatan kajian tu betul klu xder sokongan kajian lepas?

Dua soalan yg diajukan dan aku nk jawab ringkas2..
1. Klu ada dapatan kajian lepas yg boleh sokong dapatan kajian anda bmakna dapatan kajian anda dah OUTDATED dan tak menyumbang apa2... sbb bergantung kpd dapatan yg sudah dijalankn sebelumnya. Baik xyah buat kajian.

2. Mbincangkn sesuatu pernyataan berdasarkn kajian lepas hanya untuk menunjukkan perkembangan yg telah berlaku... BUKAN utk sokong dapatan yg bakal diperolehi.

3. Ha ha... dah ada dapatan sendiri dari kajian sendiri yg diasaskn rasional keperluannya dari kajian lepas maka LAYAKLAH dibincangkn apa shj bdasarkn dapatan tersebut....apa perlunya nk rujuk dapatan kajian lain yg dah berlalu... ayo yo..

4. Ini contoh yg diikuti turun temurun... yg jadi model seluruh PG... bukan saja xpernah dipersoal malah diwajibkn pula utk diikuti... iskhhh

"Findings of the study indicated that students’ academic achievement was correlated significantly with their motivation towards learning and their self-efficacy…. thus this finding is in line with that highlighted in X (2009) study. X reported that motivation was significantly related to achievement. This finding is supported by other research, such as that by Y (1992) who reported …"

a. Membincangkan dapatan seperti di atas hanya menunjukkan wujud DUPLIKASI apabila anda menulis bahawa dapatan kajian anda “is in line with…” satu kajian lepas.

b. Kenapa perlu sandarkan dapatan anda dgn dapatan kajian lepas sedang kajian anda patutnya lebih “baik” selepas anda membuat review bpuluh kajian2 lepas tersebut. Anda hanya DISCREDIT dapatan anda sendiri apabila menulis "this finding is supported by..." kajian lepas... apala....

c. Anda dakwa kajian anda kununnya mengisi kelompongan (gap) yang belum lagi dijalankan oleh kajian lepas.. setelah anda dipaksa baca beratus artikel... abis yang di tulis “this finding is in line with” dan “this finding is supported by..” tu amendenye... kelompong sgt lah tu..

d. Anda dakwa kununnya dapatan kajian anda novel... abis kalau disokong, didokong, supported dll dapatan kajian lepas tu maka dapatan anda bukanlah novel tapi togel.

5. Iskhhh... kalau dapatan kajian sendiri yg dah dibuat secara sistematik dgn bbagai sokongan LR dan analisis yg mdlm pun sendiri tak percaya utk dibincangkn... lalu tak reti pulak nk bincang wpun dah ada objektif dan RQ... baik tok sah buat kajianlah at the first place... iskhhh...

6. Klu perlu pun sokongan LR ... ia utk aspect teori yg dpt mperkukuhkn sumbangan dapatan kajian.. 







OT - camner lah cerdik pandai selama ni berfikir

Tajuk 876: Plagiarism and Authorship

Plagiarism and Authorship...
Sukati akulah nak letak nama sapapun sebagai author.. ye dak?

Ini satu pendapat yang nak sgt letak nama orang lain dalam artikel sendiri.

Kenapa ini tak beretika? Saya nak jelaskan style kampungan je.

Kes A - Plagiarism
1. Bila satu paragraph yang anda ambil tanpa rewrite semula dgn pemahaman anda sendiri, ia dinamakan plagiarism.
2. Bila anda hanya rewording sana sini skit2.. ia tetap plagiarism walaupun anda letak sumber petikan anda (citation).
3. Plagiarism adalah jenayah besar dalam dunia penulisan artikel (tidak dalam dunia berkasih sayang yang lain) kerana ada ribuan pembaca akan TERTIPU membaca 'IDEA' anda, sedang ia adalah idea ORANG LAIN.

Kes B - Aturan nama pengarang
4. Susunan pengarang dibuat mengikut sumbangan kepada kajian dan penulisan artikel. Ini etika dunia scholar yang perlu dihormati. Maka merit yang tinggi diberikan kepada 1st author dalam kenaikan pangkat kerana memberi sumbangan utama.
5. Jika ia kajian PG dan ditulis oleh PG atas bimbingan 'tidak berkira' SV, maka, nama PG adalah sebagai 1st author sebagai penyumbang utama yang akhirnya bergraduat dgn tesis dan artikel yang ditulis sendiri.

Apa kaitan Kes A dan Kes B?
6. Jika nama orang lain sebagai 1st author, maka dgn cara yang sama spt plagiarism, pembaca TERTIPU dgn beranggapan sumbangan intelektual yang banyak atau kerja penyelidikan dilakukan oleh 1ST AUTHOR sedang ia dilakukan dan disumbangkan oleh 2nd atau 3rd AUTHOR

7. Ia juga dilarang kerana nama penyumbang utama membawa merit kepada artikel sedang pembaca TERTIPU dgn aturan pengarang yang diberikan. Lebih dasyat bila pengarang hanya tempelan tanpa sebarang sumbangan malah tidak melakukan apa2 tapi mjadi 1st author.

8. Kes plagiarism dan authorship dalam dunia scholar - kedua2nya satu penipuan !

Kesimpulan:
Ini dunia scholar, dunia yang menitikberatkan titik dan koma, yang menekankan proper citation, authorship dan plagiarism.. bukan dunia naif balas budi dan terhutang rasa... anda tak sesuai berada dalam dunia ini jika anda ikut sukati anda sahaja... dan biar diri anda dimanipulasi...






OT

Tajuk 875 : 8 Common Ground Tesis utk PG Seluruh Dunia


8 common ground tesis utk PG seluruh dunia...
Berikut adalah "common ground" yg mjadi pokok yg ingin dicapai dlm thesis master / doctorate
1. A clear problem statement
2. Explicit RQ / Hypo
3. Thorough LR bg membahas underpining theory dan previous studies utk justify "what else need to done" sbg novelty
4. The significance of study that contribute to knowledge
5. Research design n rational
6. Appropriate analysis to answer RQ / Hypo
7. Discussion of findings to show the contribution
8. Suggestion for future research

Semua 8 aspek utama ini diterima, disepakati dan tiada perselisihan oleh jumhur scholars khususnya dlm social science maka sebab itulah thesis boleh disemak oleh examiners dari pelusok dunia manapun. Tak timbul perbezaan dlm hal ini.

Maka dlm viva juga disediakn semua aspek tersebut utk dipersembahkn kpd panel diikuti sesi soal jawab.

Wpun ada byk pkara boleh ditanya berkaitan 8 aspek utama diatas yg menjadi pokok ... ada panel lebih ghairah btanya soalan "Apa impak kajian pada NEGARA" ....atau soalan cliche yg ntah dari mana asal usulnya... "What is your research gap" yg bukan common ground pun...


OT

Tajuk: 874 Proud Of Her

Next step.. VIVA !
Salah satu angel PhD part-timer aku yg submit thesis for viva within 4 semester... tebal dgn semua detail diperlukan (foto 1)
Nnti dah siap... nipis jer spt my other supervisee (foto 2)



OT - proud of her

Tajuk 873 : Laluan calon PhD..

Mula2 aku nk tulis... tapi nak cuba buat dlm btk illustration plak... penat plak nk menulis..
Bila seorang pelajar bertanyakan pjalanan bakal calon master / doctorate / PhD ....



OT

Tajuk: 872 : 5mm pun nak ambil kira..

Tesis ni apa formatpun xada byk bezapun.. hang pi lah satu dunia semua lebih kurang sama...yg penting content yg novel...
Hairan... yg nak pi ukuq margin sangat sampai beza 5mm pun nk perbetoi ... pasai apa?
Tak dak keje lain dah ke rakyat Msia ni ?


OT

Tajuk 871 : PROOFREADER

Aisey... proofreader pulak yg bising
Sy citer benda lain.. yg dikomen benda lain. Saya pulak yang hairan. Sy citer pasal rigidness bila berlaku di uni, beza 5mm margin pun kena print semula.. yg bukan utk tujuan publication.... hanya utk submission jer.
Berjuta tesis format pdf dlm proquest tak kisah pasal margin kurang 5mm... malah ada yg tak kisah pun pasal format dgn style itu dan ini... asal mengandungi semua kandungan yg diperlukan... sebab tesis adalah unpublished manuscript...
- is thesis a book ?
- proofreader ni tahu ke format gaya APA, UKM, UM dll ?
- proofreader ni semak grammar juga ke ?
- proofreader ni kerja dgn graduate school semak format ?
- PG refer ke proofreader ke nak semak format thesis uni ?
- proofreader ni tahu ke maksud 'unpublished manuscript' ?
- proofreader ni tahu ke format tesis isu "besar' di Msia?



OT

Monday, September 3, 2018

Tajuk 870 : Proposal tebal..

Berbincang dgn PG 'luar' adalah sebahagian rutin aku .. dan aku semakin percaya proposal yg tebal tidak mjamin apa2 bbanding dgn proposal nipis spt ROT yg mberikn PG lebih masa serta mudah idea awal research dpt dibincang secara mdlm dgn byk pihak.
Jgn sampai proposal punyalah tebal tapi masalah kajian... RQ.. teori.. method dan analisis tidak synchronise hingga stuck bila nk analysis data.


OT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...