.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, August 31, 2012

Tajuk 380: Harapan terhdp SV - Tahan vs Kinabalu

Musim pelajar siswazah mendaftar PhD dan master disemua IPTA sudah bermula. Dengan wajah berseri2… mereka mendaftar diikuti dengan harapan setinggi gunung utk berjaya dan mendapat sekeping ijazah sarjana mahupun PhD dan yang setaranya dengannya. Ada yang setinggi gunung Tahan... malah ramai yang setinggi Gunung Kinabalu 

Harapan apa  tu bro?

Macam2 harapan yang dibawa… harapan kepada ibu bapa, harapan sendiri, harapan keluarga…. dan yang tak kurang pentingnya adalah harapan terhadap SV.

Aah....

Jadi bagi pelajar baru….. aku seboleh2nya tak mahu melemahkan harapan mereka terhadap SV namun aku harap mereka juga akan berpijak dibumi nyata…. 

Apa maksud ko bro...bikin wa suspen jer?

Aku nak tanya, apa harapan ko pada SV ko sebaik sahaja ko diminta menamakan SV ko ?

Emmmm.... banyak bro.... antaranya....

Pertama:
Aku harap aku dapat di supervised dgn sebaik2nya…

Itu bukan harapan ko saja…. itu harapan menggunung semua pelajar siswazah. Kalau harapan ko menggunung  nak tawan Kinabalu, ko cuba daki dulu Gunung Tahan. Ko tahu tak.... nak naik Gunung Tahan free jer... tapi nak jejak Gunung Kinabalu.... ko kena bayar macam2 bro....dari tiket AirAsia sampailah bayaran nak mendaki... Kalau tak der duit.... baik ko panjat KLCC jer...

Bukannya apa, ko bukan sahaja satu2nya yang diselia SV ko…. Jadi kalau SV dah ada 10 - 15 students yang dia supervised…dengan research sendiri, meeting itu dan ini….. tugas admin dll……berpada2lah dalam harapan ko tu…


Tahun 2011...
Aku sekali lagi ke Gunung Kinabalu setelah menawannya pada 1985

Kedua:
Aku harap SV baca dan komen proposal aku secepat mungkin

Memang ler SV akan membaca, menulis komen, memaklumkan apa yang perlu ko betulkan. Cuma ko tak leh harapkan dalam seminggu bro…. malah ada yang ambil masa 3 bulan…. Dan yang sampai tak perasan malah terlupa supervisee dah hantar proposal dan tesis pun ada. Jika ko harapkan SV ko komen dengan detail lagi ler ko akan  kecewa. SV hanya akan merumuskan tahap penulisan ko dan lebih selesa memberikan komen yang umum untuk beberapa muka surat sahaja. Yang selebihnya pandai2lah ko betulkan sendiri. Malah bro… ada SV yang kata apa yang supervisee buat tu salah, sedangkan itu adalah pembetulan yang diberikan oleh SV sebelum itu…. Nasihat aku, simpan catatan dan segala komen yang diberikan wpun tak sedetail mana….

Situasi IDEAL antara SV - supervisees boleh diusahakan

Ketiga:
Aku harap SV aku selalu dapat lapangkan masa untuk berbincang

SV memang selalu kata pintu bilik dia sentiasa terbuka untuk berjumpa ko…. itupun jika dia ada kat dalam bilik ler. Tapi most of the time SV sibuk memanjang… ada meeting, kelas, research, jumpa pegawai kementerian dsb……so tertutuplah bilik dia utk ko…dan tertutuplah peluang ko nak jumpa dia selalu…..

Keempat:
Aku harapkan SV yang friendly bro… boleh buat kawan

Wo.. ini harapan yang sedikit melampau. Jika ko banyak tulis paper.. dan letak nama SV ko….sebagai hargai sumbangan dia...…..ko pulak boleh berdikari.......ko hantar tugasan ko on time….barulah   SV akan jadi friendly … tapi jika ko sendiri buat derk, tak ada progress….SV ko akan buat derk juga dengan ko bro…...caya lah cakap aku... tambahan SV ko ada ramai supervisees.... yang memenuhi kriteria yang dia suka.... akan jadi friendly ler... yang tidak.... emmm

Kelima:
Aku harapkan pandangan yang kritis dan membina dari SV

Ko memang boleh letakkan harapan ini jika ko terlebih dahulu menjadi kritis terhadap kajian ko sendiri. Camana SV nak beri pandangan kritis dan membina…. Kalau SV  baru tanya soalan basic ko dah tenganga tak boleh jawab…. terkebil2 ...SV sergah sikit ko dah panik dan pucat lesi macam baru lihat aktiviti paranormal..…. SV tanya semua ko jawab tak pasti…..macam budak tadika jawab soalan add maths SPM..... abih camno?

Keenam:
Aku harap SV gunakan kepakaran yang dia miliki utk bantu research aku

Alasan utama ko dapat SV tersebut kerana kepakaran yang dia miliki. Oleh kerana kajian ko selalunya focus kepada satu2 masalah dan teknik tertentu…. adakalanya, perkara tersebut diluar kepakaran  khusus SV ko. Spt yang aku selalu bebelkan.... SV bukannya wikipedia... tahu semua benda... Ini termasuk jugak school of thought yang mungkin berbeza. 

Katalah SV ko pakar kajian kualitatif , tapi bila ko nak buat kuantitatif…. mulalah muka dia berkerut.... dah ler memang dia banyak kerut... Jika ko kena buat jugak kualitatif tapi nak guna software ler pulak macam atlas.ti katakan… dia mungkin tak leh bantu ko sebab dia sendiri mungkin tak der kepakaran guna atlas.ti. Malah ada SV yang tanya supervisee.... amende atlas.ti tu?  Ini kisah benar bro....

Katakan dia pakar focus group bagi kaunseling dadah, bila ko nak buat kaunseling kaedah hypnosis…. SV ko maybe tak boleh tolong….sebab diapun tak ada kepakaran dalam kajian berkaitan hypnosis.... bila dia tanya ko balik.... ko pun diam.....sebab ko pun tak tahu.... akhirnya dua2 pulak macam kena hypnosis.....abih camnor ?

Alamak bro….tulisan ko ni menakutkan aku jer…

Bukan nak menakutkan sesiapa…. itu bukan niat aku…..aku menulis ni sekadar memperingatkan ko supaya bersedia menghadapi kemungkinan di atas sebab situasi IDEAL yang ko harapkan tak semuanya akan diperolehi.  Inilah reality….jadi bersedialah utk bertahan di Gunung Tahan....yang boleh tahan juga cabarannya dari kecewa akibat terpukau dengan dejavu di Kinabalu......yang akhirnya tak kesampaian...


OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...