Tag “Think Outside the box” membawa maksud spt “think creatively” or “think from a new perspective”.... maka berlumba2lah nasihat diberi supaya PG "think outside the box" lebih2 lagi bila dikaitkan dgn originality, novelty dan "buat sesuatu yang xpernah orang lain buat". Aku tak nak kupas lagi, bacalah post aku yang lepas tentang 3 benda ni.
Sebagai PG yang masih asing dgn topic kajian, dgn pengetahuan yang masih dangkal, kemahiran membuat research yang masih “zero”, anda disarankan “think inside the box” kerana dunia scholar memerlukan anda menguasai apa sahaja “dalam kotak” topik kajian anda !
Jadi masuk ke dalam kotak bidang kajian anda…. belajar secara sistematik semua pengetahuan dan kemahiran membuat research. Selongkar apa sahaja yang ada dalam kotak tersebut….jgn sampai ada yang tertinggal atau terkurang..
Ini bukan bermakna jadi katak melalak dalam kotak…. Sebab anda masih boleh bina networking, discussion tetapi dgn kotak yang mpunyai paradigm yang sama…
Setelah memahami bidang kajian dan mendalaminya terlebih dahulu… barulah anda boleh berfikir sesuatu perkara tersebut dari perspective anda… dari dalam kotak.
Tak faham?
Anda berminat dalam bidang multimedia. Jadi anda kena masuk dalam kotak multimedia dan menyelongkar apa sahaja pengetahuan dalam kotak tersebut… membaca dan membina network dalam kotak tersebut. Selepas anda menguasainya, barulah anda boleh melihat apa sahaja dari perspektif multimedia…. bukan dari perspektif berbeza kerana yang berbeza tu apabila dilihat oleh orang lain…. BUKAN ANDA ! Anda masih ada dalam kotak. Semakin anda mendalami bidang multimedia, semakin luas pula kotak anda.
Contoh:
Adakah Steve Jobs berfikir luar kotak spt yang ditulis oleh hampir semua "best seller book" serata dunia?
Steve Jobs mengasaskan computer peribadi bersama APPLE kerana itu kotak dia….wpun dia bukan Professor…. dia berfikir dalam kotak… macamana computer peribadi boleh dipermudahkan sehingga keyboard akhirnya tinggal satu button sahaja ! Ini adalah kerja dan idea dalam kotak...
Anda mungkin berfikir setelah menguasai bidang multimedia…supaya anak down syndrome boleh di ajar dgn multimedia atau menjadikan mezium satu tempat yang interaktif utk anak2 zamam ICT dll. Jadi anda tetap berfikir dari “dalam kotak” anda utk memberikan sesuatu yang dilihat berbeza dari perspektif orang lain sedang anda masih berada dalam kotak anda... sambil mengembangkan lagi kepakaran anda dalam kotak tersebut.
Anda juga boleh menguasai beberapa bidang…. jadi anda mesti berada dalam beberapa kotak… dan ini lebih mmberikan kelebihan utk anda memberikan sesuatu yang berbeza dari perspektif orang lain…. bukan anda !!
OT - Yang ini kalau tak faham... tak apa, sebab anda berfikir secara "luar kotak" !
No comments:
Post a Comment