Terbaca akan aku satu komen seorang sarjana bahawa PG sekarang adalah generasi “copy-paste”…. Bukan saja di sini… di mana-manapun aku terbaca komen yang hampir sama.
Aku ingin memberi sedikit respon dgn komen simplistic tersebut:
Pertama:
Adakah generasi dahulu, tidak pernah melakukan “copy-paste”? Adakah budaya ini hanya muncul ketika ini – ketika mudahnya diperolehi bahan dari sumber digital?
Aku percaya, budaya copy-paste telah lama berlaku, turun temurun diamalkan bagi oleh "segelintir pelajar" di Timur mahupun di Barat…cuma caranya sahaja yang berbeza.
Aku juga percaya,….segelntir PG dahulupun pernah melakukannya apatah lagi bila terdapat ratusan artikel dalam senarai references yang aku percaya sebahagiannya tidak dimiliki oleh PG tersebut, sekadar membaca dari sumber lain diikuti dgn "copy-paste" cara manual menulisnya kembali seperti dia yang membaca dari sumber tersebut.
Bezanya, PG dahulu tidak boleh copy-paste direct daei sumbernya kerana type writer yg digunakan tiada fungsi tersebut….. ditambah tiada TURN-IT-IN utk mengesan amalan tersebut !
Kedua:
Tentulah tidak logic ada mana2 individu yang tidak pernah menggunakan fungsi copy-paste la ni. Jadi copy-paste memang satu budaya….tambahan copy-paste adalah fungsi WAJIB dan PENTING dalam mana2 perisian computer….
Ketiga:
Dalam dunia PG… budaya copy-paste memang sedia maklum…. bezanya copy-paste (termasuk PG yang buat jadual… rubric utk preparation LR) ini perlu diikuti dgn paraphrase dan sintesis idea dari perbagai sumber supaya difahami perkaitannya antara satu sama lain dan hubungannya dgn kajian yang dilakukan….serta membuat komentar dan extrapolation bagi menggambarkan pemahaman PG tersebut.
Keempat:
Adakah wujud kelas atau pengajaran peringkat PG yang mengajar bagaimana utk lakukan paraphrasing, rewording, summarizing, rephrasing dari pelbagai sumber... diikuti dgn synthesizing.... sedang hampir semua PG tak tahu amende semua ini dan bagaimana nak lakukan dgn betul.
Kenapa kemahiran ini tidak diajar? Adakah kemahiran ini sesuatu yang remeh atau kemahiran "pandai-pandailah sendiri" sedang jika tersilap langkah akan membawa padah !
Kelima:
Last sekali.... bukan sahaja copy-paste, apa sahaja budaya dalam research pun boleh menjadi satu kesalahan jika disalahgunakan - termasuk meminta meletakkan nama dalam senarai pengarang wpun tanpa sumbangan... malah budaya inilah "ibu" kpd segala copy-paste!
OT
No comments:
Post a Comment