.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, March 11, 2014

7 tips UMRAH Mekah dan ziarah Madinah

Aku ingin merakamkan perjalanan buat pertama kali menjadi tetamu Allah utk menunaikan Umrah. Ini pertama kali aku jejakkan kaki ke Tanah Suci.... memang gelisah pun ada... namun Allah permudahkan dgn cuaca di Mekah yang selesa dan agak sejuk di Madinah. Segala urusan berjalan dgn baik.... kesihatan juga tidak terganggu....


Pakai ikhram di KLIA atau dalam penerbangan


Aku ingin berkongsi pengalaman singkat ini supaya teman2 yang belum berkesempatan ada panduan.... selain dari membaca buku atau mendengar dari teman2 yang lain.

Ketahuilah bahawa anda tidak boleh mengerjakan umrah secara sendirian, kerana keutamaan visa oleh Arab Saudi diberikan kpd agensi yang mengatur umrah dan ziarah. Ini   pesanan ringkas aku utk dikongsi...

Pertama:
Aku ke Tanah Suci melalui agensi Umrah / Ziarah, yang anda boleh lihat iklannya dimerata akhbar. Aku tidak mahu cadangkan mana2 agensi.... sebab anda ada byk pilihan.... aku sekadar menasihatkan anda memilih mana sahaja agensi yang established dan ada track record yang baik. Dgn membayar sejumlah bayaran, tunggu sahaja visa, tiket, penginapan dll anda diuruskan oleh agensi tersebut. Aku hampir tidak buat apa2 selain dari menyerahkan pasport dan hadiri satu taklimat umrah. Ini kelebihan agensi UMRAH / Ziarah

Bertanya kepada agensi dan cuba dapatkan flight direct ke Jeddah (singgah sekejap di Riyard) bukan flight yang round satu dunia baru sampai ke Jeddah atau Madinah.... sebab anda akan keletihan.... tambahan sampai je ke Jeddah terus naik bas ke Mekah then rehat sejam utk tunaikan Umrah. Ada agensi yang maybe murah tapi guna flight yg banyak transit .... cuba dapatkan pilihan yang lebih baik....  

Pastikan juga dgn jelas jarak hotel ke Masjidil haram... jgn sampai > 800 meter jauhnya....tambahan jika anda membawa mak ayah atau mertua yang dah tua.... tak larat berjalan....takut lebih berjalan dari buat ibadah... to be realistik....wpun berjalan jauh diberikan pahala....lainlah anda masih kuat dan sihat. Ada yang mengadu balik hotel terus macam nak pengsan !! Sebab itu pastikan semuanya sebelum anda memilih agensi anda....


Sebahagian Masjidilharam yang sangat luas... aku terjumpa pasangan suami isteri yang dah agak berumur dari Msia yang tak tahu balik hotel...selipar diapun hilang tak tahu letak mana.....nampak kepenatan dan hilang punca 


Kedua:
Persiapan pakaian tak perlu kecoh2.... yang utama adalah kain ikhram dua pasang.... lain2 tu pakai sahaja apa yang anda ada. Fahami betul2 syarat dan pantang larang ketika memakai ikhram. Hatta sehelai rambutpun anda boleh dikenakan denda / dam. Jgn sampai kejahilan yang sedikit membawa kerugian yang besar. Tanya kepada ustaz yang mengendalikan agensi.... ustaz anda sendiri, jgn pulak asal ada saja promosi utk beli itu dan ini kononnya sebagai persiapan ke Tanah Suci... semua nak beli... 

Bayangkan penutup hidung mini berharga RM40 perlu dibeli kononnya 2 set dgn harga RM80... sampai di sana kadang2 tak guna pun. Aku sendiri beli tapi satu set jer... tapi tak guna pun. Bayangkan kalau adalah 5 ahli keluarga yang ikut.... tak RM400 terbang macam tu jer. Jika tak yakin... satu set dah memadai... 


Hotel mewah sekeliling Masjidil haram....

Ketiga:
Jika boleh, pilih perjalanan terus ke Jeddah then naik bas ke Mekah utk tunaikan UMRAH dahulu. Ini lebih baik sebab itulah tujuan utama. Ramai yang tak perasan agensi juga sediakan penerbangan ke Madinah dahulu....sebelum ke Mekah

Di Madinah dikhuatiri lain jadinya sebab anda tak pakai ikhram lagi dan tak buat tawaf dan saie.... tambahan Madinah byk pulak pusat beli belah disekitar masjid Nabawi.... aku lihat berpusu2 ambil kesempatan shopping.... sedangkan matlamat utama UMRAH belum dilakukan. 


Jualan depan pintu Masjid Nabawi yang turut mengganggu jemaah.

Keempat:
Anda dan kumpulan anda akan diberikan seorang mutawwif utk memimpin kumpulan anda... lebih kurang 40 orang. Mutawwif2 ini ramai yang muda2...kebanyakkan lulusan agama yang buat part-time. Anda dan kumpulan anda kena desak dan pastikan mutawwifr ini jalankan tugas dgn memimpin kumpulan anda, khususnya jika terdapat "mak cik" dan "pak cik" yang tidak byk knowledge... kesian sebab mereka pun tak buka youtube utk lihat video cara2 lakukan ibadah UMRAH dll...byk bergantung kepada panduan mutawwif...jika tidak terpinga2 ler dihimpit jemaah lain ! Ada yang terkial2 nak baca doa dalam bahasa arab yang panjang spt dalam buku panduan... sampai dah nak abis satu tawaf doa tak abis lagi.....sedangkan baca sahaja doa2 lazim atau dalam bahasa melayu pun tak apa....

Jika di Madinah, pastikan mutawwif membawa anda sehingga boleh solat di Raudhah Masjid Nabawi, bukan sekadar beri ceramah sikit2. Ini kerana berebut2 jemaah seluruh dunia utk solat di sana. Aku lakukan sendiri sebab mutawwif hanya perkenalkan sahaja ruang2 dalam masjid Nabawi... spt lepas batuk ditangga.... jika anda terbaca tip ini dan akan ke Tanah Suci.... jgn lupa "sound" siap2 Mutawwif yg muda2 ni supaya jalankan amanah sebab mereka diberi upah !! Wpun bukan semua begitu.... lebih baik aku peringatkan...

Kelima:
Di Mekah juga ada program ziarah. Utamakan dahulu membuat umrah wajib dan sunat serta tawaf sunat. Jika ada banyak waktu, kongsi 2,3 orang pergi MIQAT sendiri (naik teksi) tanpa perlu tunggu kumpulan kerana anda boleh lakukan umrah lebih dari 3 kali (spt yang dijanjikan dalam pakej). Cuma maklumkan pada rakan kumpulan takut2 ada yang ingat anda hilang pulak !

Waktu lain banyakkan iktiqaf.... solat depan kaabah. Aku ingin cadangkan ziarah ke Gua Hira' sahaja yang agak signifikan sbg tempat Nabi di lantik menjadi Rasul...kerana tempat2 lain hanya pemandangan begitu sahaja... tak nampak apa2 selain gunung dan bukit... Namun agak penat dan mencabar utk memanjat anak tangga Jabal Nur utk ke Gua Hira'....40 minit naik ke atas puncak...memasuki gua hira'. Maknanya tak sesuai utk yang ada penyakit lelah, tak larat dll.... Satu jer kesedihan aku kerana lokasi tersebut tidak dijaga dan penuh dgn sampah pengunjung.... terutama botol air mineral. Memalukan sahaja!!


Salah satu laluan utk sampai ke tempat Nabi beruzlah


Keenam:
Oleh kerna anda dah lama berada di comfort zone...akan berlaku kekecohan, kelewatan, makanan tak sedap, lif rosak, bilik tak selesa dll sebab agensi umrah / ziarah mengambil kumpulan yang ramai.... adalah nanti yang tak berkenan di mata.... wpun anda telah membayar sejumlah wang...maka anggap jer hal itu terlalu kecil berbanding matlamat mengerjakan UMRAH dan peluang beribadah di depan Kaabah di Masjidilharam dan di Masjid Nabawi. Jgn merungut. Solat di Tanah Suci khususnya depan Kaabah atau di Raudzah Masjid Nabawi....adalah lebih besar dari isu2 lain yg remeh.

Jika ketika solat kepala anda dilangkahi, badan anda dirempuh dan ditolak.....adalah lumrah. Ini sedikit fenomena yang sudah pastinya akan berlaku lebih dasyat dipandang mahsyar. Jgn menyumpah atau masam muka plak.... 

Ini belum lagi jemaah yang pakai ala2 sari... main lilit jer atas kepala... nampak rambut dgn jelas.... dan yang lelaki pakai ikhram nampak pusat pun ada.... ...kalau nak solat atau tawaf... main langgar jer !!

Ketujuh:
Aku masih tak faham kenapa perlu shopping beli jubah dll di Madinah atau Mekah. Tasbih pulak.... yang longgok2 semua made in China, temasuk kopiah yg maknanya juga dijual di Malaysia. Belumpun tunai UMRAH.... beg dah penuh dgn berpasang2 jubah, kopiah, sejadah, cenderamata, kurma pelbagai nama, kekacang dan segala macam.... Bawa balik air zam-zam pun sudah memadai...sebab keberkatan dan tidak akan ada air zam-zam di Msia..... sdg barangan lain tu ada dijual di Jalan Tuanku Abd Rahman....dan seluruh negara.... dan kalau murahpun... niat utama adalah UMRAH bukan beli belah.

Aku terjumpa dlm lif satu mak cik tu shopping boleh tahan sambil berkata..... dah beli utk anak2.... tetapi teringat cucu pulak....yang bukan sorang dua.... jenuh ler mencari saiz jubah lelaki dan perempuan dgn corak yang berbeza2... sambil tawar menawar berjam2..... belum lagi teringatkan pesanan kawan2  ....!!  

Ada yang dah deman dan beg dah sarat utk ke Mekah..... takut2 hilang keberkatan perjalanan...dan terpesong niat... sampai bergaduh2 tawar menawarpun ada.... Jika nak beli cenderamata utk kenangan sendiri..... jubah sehelai dua utk anak2 misalnya....tidak ada masalah asal jgn sampai membazir... sampai beg tangan pun nak beli di Madinah.....!


Solat di Masjidilharam depan Kaabah patut menjadi keutaaman

Pesan aku jika kepada agensi UMRAH / Ziarah:

Tahniah kepada seluruh agensi UMRAH / Ziarah kerana anda telah berjaya membawa ratusan ribu malah jutaan jemaah Malaysia ke Tanah Suci selama ini. Anda telah mengambil amanah yang berat.... 

Namun aku sempat juga menyelami hati beberapa jemaah.... Ketahuilah bahawa sebahagian besar dari mereka tidak pernah ke Tanah Suci, yang bukan dari golongan berada, yang belum berkesempatan menunaikan haji, tidak ada pengetahuan yang mendalam tetapi menyimpan hasrat bersolat depan Kaabah dan menatap makam Nabi.... maka bertanggungjawablah kepada mereka dan tunaikan hasrat mereka.... jgn sampai mereka kecil hati di Tanah Suci kerana pengurusan agensi anda yang tidak sistematik....dan ketamakkan anda mengambil ramai jemaah dgn pengurusan yang lemah !! 

Namun syabaz kepada agensi dan mutawwir yang lakukan lebih dari sekadar tugasan rasmi.. memberi nasihat dan membantu jemaah...

Berikut beberapa pic yang saya upload tak mengikut sequence sebab saya ke Mekah dahulu then baru ke Madinah. Apapun pic berikut dapat menjelaskan sedikit situasi di Mekah dan Madinah dari lensa compact camera aku.... 

Madinah:

Makam keluarga dan sahabat nabi di Masjid Nabawi

Arkitek Masjid Nabawi yang fantastic dan artistik. Payung ini boleh dibuka dan ditutup

Bahagian dalam Masjid Nabawi yang cantik dan dijaga rapi

Suasana gerai di depan Masjid Nabawi - kenapa dibenarkan berniaga disini aku sungguh tak faham sebab mengganggu jemaah


Salah satu kubah Masjid Nabawi

Mutawwif sedang beri penerangan 


Suasana dewan makan yang selalu crowded bila semua jemaah balik dari solat.. ada yang merajuk lauk dah abis !!

Masjid Quba yang menjadi kewajipan utk ziarah kerana menjadi masjid pertama yang Nabi bina di Madinah 

Jabal Uhud.... tempat peperangan dan syahidnya ramai sahabat Nabi termasuk Sy. Hamzah. Bukit dibelakang adalah bukit memanah yang menjadi teladan bila mereka turun mendapatkan harta rampasan sehingga tentera Islam hampir tewas

 Semua ini Made in China


Beg2 dari satu agensi di atur secara sistematik sebelum bertolak ke Mekah atau Ke Madinah


Masjid Nabawi yang sentiasa penuh 5 waktu solat

Kenangan sebelum bersiap utk balik ke Tanah Air

Mekah:


Ruang solat di depan Kaabah terbuka luas.... asalkan datang 1 jam sebelum azan utk ikhtiqaf dan solat sunat. Kalau awal pagi datanglah 2 jam awal sebelum subuh utk tahajjud...


Suasana tawaf di Kaabah.. lelaki perempuan bercampur 

Miqat adalah sempadan tanah Haram. Anda mesti ke Miqat sebelum membuat umrah


Gua Hira'

Tawaf boleh dilakukan 24 jam....

Sebahagian jemaah suka solat di ruang terbuka Masjidilharam

Suasana jemaah yang datang setiap waktu solat... 

Aku merakam diri sendiri didepan Kaabah

Jemaah menuju ke Kaabah utk solat


Aku dan isteri sebelum memulakan Tawaf dan Saie...
Kami lakukan tanpa mutawwif, InsyaAllah dgn panduan dan pengetahuan semuanya tidak ada masalah

 Perjalanan Safa dan Marwah selesa dgn aircond.... lampu hijau menandakan kawasan di sunatkan lari2 anak

Alhamdulillah.... selesai saie dan potong rambut...maka tertunai UMRAH wajib... then lakukan umrah sunat seberapa banyak.... tanpa perlu ikut kumpulan

Ziarah Jabar Ar-Rahmah


Air zam-zam yang sedia utk diminum terletak disegenap penjuru dan ruang Masjidil Haram dan Masjid Nabi



OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...