.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Wednesday, December 25, 2013

Tajuk 540: 5 langkah awal sebelum mendapatkan tajuk kajian

Aku hairan bro…. kenapa pelajar selalu tanya aku soalan ni “Dr OT, ok tak kalau saya buat tajuk ini?”

Apa yang ko hairan?


Memangler…. Sebab kat mana dia dapat tajuk tu? Kalau main jumpa2 jer bolehlah dia tanya soalan macam tu.

Jumpa?.... tak fahamlah pulak aku….apa yang ko maksudkan?

Maksud aku, tajuk kajian mesti dimulakan dengan pencarian yang teliti supaya yang empunya diri tahu kenapa dia sendiri pilih tajuk tu…. apsallak nak tanya orang lain.. kan pelik tu ! 


Ini samalah macam ko tanya “ Bro…. sesuai tak awek cun ni jadi bini aku?” sedangkan dia sendirilah yang patut tahu dan orang lain yang patut tanya….”Bro… kenapa ko nak jadikan awek cun ni bini ko?” Ini tak terbalik !

Jap aku fikir…. Isteri dan tajuk….emmm

Cakap jer lah ko tak faham lagi….. sebelum ko nak jadikan awek cun tu isteri ko, ko kena berkenalan dulu, tahu asal usul awek tu, pekerjaan, latar belakang keluarga dll… barulah ko buat decision. Jgn main tangkap muat…. Asal jumpa jer ko nak rembat….then lepas tu tukar awek lain plak….banyak ko punya cokodok…

Cari tajuk kajian sama cam cari awek ker?

Sort of…… tapi pencarian tajuk perlu ikut 5 langkah ini…

Ingatkan satu langkah..... pedia sampai lima langkah tu ?

Pertama: A general area

Pilih a general area of investigation in your own area. Maksudnya, ketahui apakah bidang yang ko nak buat kajian dan bidang ini mestilah ko ada pengetahuan mengenainya. 

Katalah ko graduated dgn degree in Science Education, maka bidang science and education adalah your general area of investigation. Jgnlah pulak ko nak buat sesuatu yang lansung tak ada kaitan dgn dua perkara ini.

Kedua: A specific issue in a general area

Then ko kenalah bukak semua sumber berkaitan science and education, termasuk journal, handbook, tesis, proceeding utk ketahui apa yang dah dikaji, terminology yang digunakan, kata kunci dalam bidang science dan education utk dapatkan specific problem...

Ketiga: A focused problem in a general area

Lepas dapat problem tu... katakan 3D animation tu ko kenalah tahu bahan2 yang paling releven utk dapatkan pulak kajian2 terkini, utk mengetahui secara specific apa yang telah, belum dan sedang dijalankan oleh penyelidik dalam bidang science dan education. Kenalpasti bidang 3D animation yang baru berkembang, bidang2 lain yang berkaitan dgn animation, mendapatkan current methodological approaches termasuk latest data analysis, kenalpasti the historical development of the specific area, aspek2 yang akan meletakkan kajian ko in the current frontier

Keempat: A specific resource for a focused problem in a specific isu in a general area

Kemudian ko kena dapatkan specific resource spt jurnal mana yang menerbitkan secara detail kajian2 berkaitan 3D animation utk ko baca secara intensive plak, siapa pulak scholars yang mengkaji dan menulis dalam specific problem tersebut iaitu “the most cited scholars” atau “the scholars conducted extensive studies in the area” dan semua rujukan yang berkaitan dgn scholars tersebut , mendapatkan the latest findings, terminologies…..

Kelima: A working title after reading a specific resource for a 
 focused problem in a specific issue in a general area 

Fuhhhh… Barulah dapatkan tajuk bro !! Selepas dah tahu semua aspek ….. susur galur, jurnal yang perlu dirujuk utk meneruskan kajian, prolific authors, leading scholars, terminologies, the current studies and debates….. supaya ko dapat mencelah dgn membuat kajian yang menyambung perkembangan pengetahuan dalam a specific area tersebut….barulah ko decide utk dapatkan “working title” utk kajian ko…

Cam tu plak…. payah lah oo… banyak le langkah yang nak kena ikut.

Apa ko ingat main2 ambik2 tajuk jer…

Abis banyak kawan aku dah ada tajuk…. Tak ada masalah pun

Ha ha…. Betul ker tak ada masalah atau terpaksa menelan jer masalah tersebut. Kalau tidak masakan awal2 lagi dah tanya soalan yang patutnya ditanya dulu pada diri sendiri….“Sesuai ke tajuk ni utk saya buat kajian?” … bukan ditanya pada orang lain…

OT

1 comment:

  1. terima kasih atas catatan ini...sgt memberi semangat, inspirasi dan pengukuhan untuk saya ke persada seterusnya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...