.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, December 17, 2013

Tajuk 539 - Soal selidik - Sapa yang soal sapa?

Aku terima satu soal selidik. Jadi tanpa banyak soal, aku cubalah baca.

OK ker?

Fuhhh..... aku terpinga2.... soal selidik ni tanya apa yang aku buat sebagai pensyarah... tapi aku terlebih dahulu nak tanya, apakah yang sebenarnya ditanya?

Apsal cam tu plak....

Ialah.... item soal selidik mesti objektif bagi mewakili konstruk yang subjektif. Abis... kalau dah itempun subjektif.... bukanlah soal selidik namanya !!

Tak fahamlah bro...

Camnilah.... katalah ko nak ukur "Pengajaran Berkesan" seseorang pensyarah. Pengajaran berkesan tu terlalu subjektif, jadi ko kena siapkan item yang bersifat objektif. Katalah salah satu variable dalam pengajaran berkesan adalah memberi pelbagai contoh semasa pengajaran...

Contoh item yang objektif:
Item 1: Pensyarah saya memberikan pelbagai contoh ketika menjelaskan konsep abstrak seperti Tauhid supaya mudah difahami
(Kalau pensyarah tu tak buat - jawab lah Sgt tak setuju - tak berkesanlah tu)
(Kalau pensyarah tu buat cam tu - jawablah sangat setuju - berkesanlah tu)


Contoh item yang subjektif:
Item 1: Pensyarah saya memahami pendekatan pengajaran yang baik yang memberi pemahaman kepada pelajar ketika mengajar sesuatu konsep yang abstrak kepada pelajar. 

(Item ini vague, kabur...)


Ini adalah komen "sepintas lalu" yang aku sempat coretkan.... soal selidik ini "anonymous" utk tatapan umum...


Inilah komen sepintas lalu aku.... 

A: Skop KEPIMPINAN ISLAM dalam pekerjaan pensyarah


1= Tidak Dilaksanakan  
      2= Jarang Dilaksanakan
      3 = Tidak Pasti / Tidak Berkaitan
      4 = Kerap Dilaksanakan
      5 = Dilaksanakan Secara Tetap (ada yang dilakukan secara tetap tapi tidak kerap…. Contoh: bersedekah setiap 2 bulan… tetap tapi tak kerap)

No.
Penyataan
1
2
3
4
5
1.
Menggunakan panduan al-Quran dan al-Sunnah dalam perkara yang melibatkan perbincangan hukum
(item terlalu vague…kalau saya sure tak berani nak jawab 1 dan 2)





2.
Memahami pendekatan tauhid dalam kepimpinan.
(item terlalu vague – seperti item adalah satu konstruk yang lain!)





3.
Menggunakan pendekatan tauhid dalam kepimpinan.
(contohnya? Item terlalu vague seperti item adalah satu konstruk !))





4.
Menjauhi perbuatan yang boleh menjejaskan akidah dalam kepimpinan
(Ini termasuk ajaran sesat ke?)





5.
Membuat perbincangan dengan kumpulan bagi mendapatkan sesuatu keputusan.





6.
Memberi peluang kepada individu lain untuk menyuarakan pendapat.





7.
Membangunkan kerjasama yang produktif dalam kumpulan.
(contohnya? Item terlalu vague seperti item adalah satu konstruk !)





8.
Kemampuan menggerak terhadap pimpinannya
(apa ni tak faham ?)





9.
Memotivasikan pimpinannya
(apa ni tak faham ?)





10.
Membahagikan tugasan dalam kumpulan mengikut kepakaran seseorang dalam sesuatu bidang.





11.
Pegangan kuat terhadap prinsip keadilan
(contohnya? Item terlalu vague)





12.
Mendidik secara praktikal dengan melalui contoh
(Didik sapa? Maksud secara praktikal ?)





13.
Mempunyai kepercayaan penuh terhadap misi kumpulan.





14.
Mempunyai keberanian untuk menentang arus.





15.
Sabar dalam menyampaikan ilmu pengetahuan.





16.
Mempunyai kesedaran sosial.





17.
Serius dalam melaksanakan sesuatu matlamat.





18.
Memahami persekitaran.
(Persekitaran apa? Memahami apa?)





19.
Menguasai persekitaran
(Persekitaran apa? Menguasai apa?)





20.
Mempamerkan perilaku yang baik
(Macam Nabi atau Rasul ker? Vague).





21.
Memiliki akhlak yang terpuji
(Macam Nabi atau Rasul ker? Vague).







B: Skop KOMITMEN dalam kerjaya

      1 = Sangat Tidak Setuju
      2= Tidak Setuju
      3=  Tidak Pasti (mana boleh tak pasti sesuatu yang telah dilakukan dlm kerjaya sendiri
      4 = Setuju
      5 = Sangat Setuju

No.
Penyataan
1
2
3
4
5
1.
Saya berusaha menambah ilmu pengetahuan dalam bidang berkaitan pengajaran.





2.
Saya mendedahkan pelajar dengan perkembangan semasa dalam aktiviti pembelajaran.





3.
Apa yang saya laksanakan dalam metod pengajaran membina keterampilan dalam profesion saya
(Bahasa canggih… tak faham)





4.
Saya membuat persediaan awal untuk setiap sesi kuliah
(Saya dah mengajar 10 tahun.. tak payah buat persiapan awalpun… kelas saya excellence !)





5.
Saya menggunakan teknik yang menarik perhatian pelajar sewaktu mengajar
(Teknik apa tu? Teknik mana satu? Betul ke pelajar tertarik?)





6.
Saya membuat pemerhatian (maksud – perhatikan sahaja?) terhadap pencapaian pelajar di bawah seliaan.





7.
Saya membuat perancangan khusus dalam meningkatkan motivasi pelajar.
(Vague)





8.
Saya memberi garis panduan penyelidikan kepada pelajar siswazah.
(Vague)





9.
Saya memastikan pelajar di bawah seliaan saya menepati matlamat yang diberikan.
(Matlamat apa? Sapa yang beri matlamat?)





10.
Saya mengambil tahu tentang kebajikan pelajar
(Maksud kebajikan ? Item tak boleh tyerlalu umum)





11.
Saya memperuntukkan minimum 1 jam sehari untuk penyelidikan atau kajian saya
(Camner dgn saya… saya peruntukkan minimum 3 jam selang sehari?)





12.
Saya mewujudkan rangkaian dengan pihak luar institusi bagi perkara berkaitan dalam penyelidikan saya.
(Contoh FB ker?)





13.
Saya merujuk kepada pakar dalam perkara-perkara yang mengelirukan
(Perkara apa – hukum, penyelidikan, pengajaran..?)





14.
Saya membuat penyelidikan sebagai sumbangan kepada masyarakat.
(Tapi saya buat kajian utk sumbangan kepada pengetahuan bidang saya…. saya ada berpuluh2 artikel..)





15.
Penyelidikan yang dibuat benar-benar memberi inspirasi kepada saya untuk terus mempertingkatkan prestasi kerja saya
(Benar-benar tu maksudnya 100% ker? )





16.
Saya menggunakan ilmu dan kemahiran yang ada untuk disampaikan kepada umum.
(Saya bukan ustaz. Jadi saya cuma sampaikan pada pelajar saya jer… bukan kepada umum… abih tu camno?)





17.
Saya membentangkan hasil penyelidikan kepada umum untuk panduan bersama
(kepada umum? Kat mana tu…. central market ke?)





18.
Saya melibatkan diri dalam sesuatu keanggotaan jawatankuasa / badan profesional.





19.
Saya menyertai program bersama pelajar.





20.
Kerjaya ini memberi peluang terbaik kepada saya untuk
menggunakan segala kebolehan yang saya miliki.







1 comment:

  1. Ahsanta ya Duktuur. Penjelasan menarik, lengkap dengan contoh dan soal balas.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...