.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Saturday, December 7, 2013

Tajuk 536 - Another annoying stories...

Apahal lama ko tak menulis entry dalam blog ni?

Emmm lama gak…. tapi bukan tak menulis, aku concentrate menulis buku  ke 5 (zero draft of thesis - proses proofread) dan ke 6 (Research and Thesis: If only I had known...) dan yang ke 7 (Kompilasi berkaitan SV) jugak… insya Allah akan diterbitkan awal 2014.

Mak ai… banyak nyer ko tulis?

Tak ler… sekadar catatan dari bengkel-bengkel dan observation aku…

Banyak ler tu… aku ni proposal pun masih tak siap2….Apa citer ni?

Pertemuan aku semalam dengan beberapa peserta bengkel…. mereka meminta pendapat aku.

Aku boleh agak bro… mesti pasal SV lagi ni… baca tajuk entry ko pun aku dah tahu..

Ada 3 perkara yang aku nak kongsi….

1. Tersemat dihati SVs that they are never wrong?
2. Whatever they do, no supervisees can argue
3. Most SVs feel that they “own’ their supervisees…..

Bila ada 3 perkara di atas, terdapat SV yang “take their supervisee for granted”

Maksudnya bro?

Terdapat SV yang menerima supervisee dgn niat utk mendapat keuntungan dan take advantage....


Woiishhh...jahat mulut ko bro !

Maaf ler... aku sekadar mengupas perbincangan aku semalam .... jika betul sama2 ambil pengajaran....

Bagilah contoh bro?

Dua kes yang diceritakan kepada aku semalam…. SV telahpun siapkan tajuk kepada supervisees masing2…

Baguslah bro?

Bagus? Baguslah utk SV tersebut !

Kenapa..... lain macam jer bunyinyer?

Cer sama-sama fahami dua situasi ini...dgn sedikit ubahsuai utk bacaan umum...

Situasi 1
SV mempunyai pet project…. dan setiap supervisee akan diminta buat kajian yang mesti ada berkaitan dgn pet projek SV tersebut…. barulah dia sudi menjadi SV. Salah seorang supervisee diminta membuat kajian pasaran via internet akan projek tersebut wpun supervisee tidak ada apa2 kemahiran komputer dan tidak berminat untuk membuat kajian sedemikian

Permintaan supervisee untuk membuat kajiannya sendiri tidak diendahkan….. dgn diberikan berbagai hujah dan pastilah supervisee sukar untuk membantah.

Sayugia.....semasa perbentangan proposalpun telah ditegur oleh penilai supaya tidak memasukkan element internet kerana tidak sesuai ditambah dengan supervisee yang tidak ada pengetahuan... Kegembiraan supervisee hanya bertahan sebentar kerana SVnya hanya mengubah sedikit tajuk dari internet menjadi social networking tapi masih berkaitan dengan perkara yang sama.... Kini supervisee tersebut spt kehilangan arah dan “maruah” dan mula berfikir utk menyerah kalah….

Situasi 2

SV ada menghasilkan beberapa product dari projek tahun akhir pelajar diplomanya. Bila ada supervisee baru, SV tersebut tidak teragak2 lagi akan menghulurkan tajuk PhD yang dijuruskan kepada menguji keberkesanaan product tersebut sehingga boleh dipasarkan. 

Maka ramailah supervisee yang senior dan junior terasa amat tertekan akan situasi ini.... sedang masing2 telah ada kecenderungan lain...bukan tajuk yang disediakan oleh SV.....ramai supervisee yang rasa bersalah… mulanya dia pasrah… kini spt hampir mengalah…

Abis apa jawapan ko?

Aku tak nak beri apa2 jawapan… sebab SV tu bukan “lulusan PMR” …..

Ko tak suruh mereka jumpa sapa2 ker?

Tak payah suruh.... mereka sendiri dah pergi jumpapun...

Abis.... apa solutionnya?

Tak ada solution sebab yang menerima aduan pun kawan2 SV tu juga.... sambil berkata lebih kurang "kami tak boleh buat apa2….” 

Emmm...... supervisee kan nak menuntut ilmu.... nak dapat PhD.... kena ikut dan akurlah kehendak SV yang serba serbi tahu..... abis cerita.... ni tak asyik2 buat cerita !!

Memanglah abis cerita bro sebab...... tak kena batang hidung ko sendiri....

Aku cuma nak tulis skit jer kat sini.... sebab aku percaya, sebagaimana aku, SV yang lainpun ada anak yang maybe dahpun berada di IPTA....

Bagi aku.....apakah respon, reaksi dan perasaan SV dalam dua kes di atas jika anak sendiri yang mereka sayangi mengadu tertekan, kecewa, dan nak withdraw..... kerana diperlakukan demikian oleh SV mereka? Adakah dia akan gembira... seronok atau menyokong tindakan tersebut sebagai tindakan terbaik utk anaknya sendiri?

Ada dua sahaja kemungkinan jawapan:
1. SV tak suka..... sambil terbeliak bijik mata
2. SV tu suka ler pulak..... sambil tersenyum simpul meraikan kekecewaan anaknya sendiri....

Kalau jawapannya 1. itulah namanya hipokrit
Kalau jawapannya 2. something wrong somewhere !!

Tu dia...

Menjadi SV adalah tugas hebat …tugas mulia dan tegas berat….kerana SV perlu menyumbang dalam membimbing untuk perkembangan pengetahuan supervisee….bukan meletakkan keutamaan kepada diri sendiri.

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...