.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, October 15, 2013

Tajuk 525: Raya korban – Relevenkah Kisah Nabi Ibrahim?

Sempena raya korban aku tulis sedikit pendapat aku yang naif ini....dalam entry "Relevenkah kisah Nabi Ibrahim?"

Wooo...takut aku baca tajuk entry ko bro?

Aku sendiripun takut…. tapi itu hanya persoalan kerelevanan yang bermain2 diminda aku…. sedang kisah Nabi Ibrahim adalah kisah sahih yang kita semua yakini dan tercatat pula dalam Al-Quran malah menjadi sebahagian procedure ibadah dalam mengerjakan haji.

Abis apa yang tak relevennya?

Kisah Nabi Ibrahim yang korbankan anaknya Nabi Ismail…. adalah kisah yang wajib diyakini sejak diceritakan oleh ustaz ketika di bangku sekolah rendah lagi. Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail bersifat siddiq….perbuatan mereka adalah benar, mimpi mereka juga benar. Jadi tiada sesiapa sanggup menyembelih anaknya sekiranya dia bukan Nabi atau Rasul. Maka aku  terfikir, kisah Nabi Ibrahim ini seperti tidak “releven” dikhutbahkan dalam “versi kenabian” semata-mata kepada masyarakat marhaien Islam... 

Apa yang ko maksudkan….versi kenabian? Lain macam jer bunyinyer?


Cam nilah…..Nabi Ibrahim unik dan tiada duanya.  Nabi Ismail juga satu. Kisah pengorbanan ini sangat unik dan hanya berlaku kepada dua beranak ini sahaja yang kedua2nya bertaraf Nabi dan Rasul. Takkan mungkin ada yang berani mengaku bermimpi utk menyembelih anak mereka selepas kewafatan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail. Jadi…. kisah ini unik dengan pengorbanan yang tidak akan berulang lagi selepas kejadian Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.  Sedang pengorbanan yang paling dekat yang boleh diikuti oleh umat adalah pengorbanan yang sepatutnya ditunjukkan oleh pewaris nabi …warisatul ambiya seperti  alim ulama dan para ustaz dan ilmuan2 Islam yang lain. Dlm kontek masyarakat marhaien sekarang ini…..maybe ustazlah  yang paling dekat dengan umat utk dicontohi kerelevenan pengorbanan mereka sejajar dgn pengetahuan yang mereka miliki. Mereka inilah yang patut dijadikan contoh dalam khutbah sebagai contoh yang releven dengan zaman ini bagi memanifestasi dan mengambil iktibar kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, berbanding dengan kisah2 Nabi yang disampaikan berulang2 kali dalam versi kenabian…..tanpa sesuatu contoh semasa yang realistik.

OK…. Aku dah mula faham…. then?

Jadi, jika ustaz yang dianggap paling menghampiri  warisatul ambiya sekurang-kurangnya dari segi ilmu yang mereka miliki tetapi  tidak dapat menunjukkan satu tahap pengorbanan yang lebih realistic utk dicontohi…. maka kisah pengorbanan Nabi2 dan Rasul2 terdahulu hanya akan jadi kisah2 yang tidak dapat dirasakan kerelevenannya kepada umat.

Apa yang ko nak sampaikan…aku dah confused balik?

Contohnya mudah….. dalam khutbah aidil adha…. khatib boleh sahaja menyebut….contohnya:

Pengorbanan Nabi Ibrahim ini boleh kita contohi dengan melihat kepada pengorbanan almarhum Ustaz Ibrahim yang tinggal di Sungai Merab Kajang  yang hanya memiliki motosikal kapcai untuk menyampaikan kuliah kerana sebahagian besar gajinya dikorbankan untuk Islam sehingga tidak mampu membeli kereta!! Begitu juga dengan anaknya Ustaz Ismail yang juga berkorban tenaga mengendalikan sebuah rumah anak yatim sebaik sahaja lulus dari University Al-Azhar tanpa mengharapkan gaji dari kerajaan…, malah beliau tidak memiliki sebarang kenderaan selain mewarisi motosikal kapcai aruah bapanya..... dan inilah pengorbanan yang perlu kita ikuti….kerana ustaz2 ini telah memberikan satu contoh pengorbanan yang realistik yang dituntut Islam yang kita semua boleh contohi…..tanpa perlu mengorbankan anak sebagaimana Nabi Ibrahim....”

Tapi bro…. pengorbanan tersebut mana sama dengan pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail ?

Tau tak per… memanglah tak sama…. tapi yang tak sama itupun hampir2 tak berlaku…. macamana mesej pengorbanan tahap nabi tersebut boleh sampai kejiwa umat ….jika warisatul ambiya sendiri tidak dapat menunjukkan satu contoh pengorbanan yang realistik ...  Apa yang kita selalu diberitahu…. Para nabi dan rasul hidup penuh pengorbanan….sehingga tak terkira pengorbanan mereka…… sementelahan terlalu sukar pula untuk melihat pengorbanan ustaz-ustaz selain mendengar kuliah atau ceramah dalam TV, majalah, forum2... malahan mereka sentiasa hadir lengkap berbaju Melayu beranika warna silih berganti....dengan samping songket tenunan asli…..sambil membawa kereta mewah…..

Mewah ker?

Lihat ler sendiri….sekurang2nya lebih mewah berbanding sebahagian besar kereta umat marhaien yang lain....sedang dalam kuliahnya ustaz tersebut meminta jemaah berkorban sebagaimana pengorbanan Nabi Ibrahim….dan Nabi Ismail

Tak boleh ker bermewah…. itu bukan salah….asalkan berkemampuan.......dari mendapat rezeki yang halal....

Aku tak ler pulak kata salah….aku cuma fikirkan seseorang yang banyak berkorban seperti yang dia sendiri diceramahkan atau dakwahkan.....tidak akan dilihat memiliki sesuatu yang mewah......itu sahaja pendapat aku...

Tapi bro..... Islam tu tak semestinya miskin.... mestilah nampak gah.... hebat !


Apanyer yang gah....dan hebat? Berapa ramai ustaz / pendakwah bebas yang berkorban masuk pub utk berdakwah... masuk kg orang asli..... berdakwah kepada bukan Islam.... kepada muaalaf.... kepada pembesar negara? Kalau tak boleh masuk pub..... kenapa tak berkorban berdakwah di pusat2 beli belah atau cyber cafe....atau gelanggang futsal atau penjara atau pusat serenti....dll..... cer ko sebut satu nama ustaz / pendakwah bebas yang lakukan semua ini.... cukuplah aku nak tahu satu nama jer........ yang bukan hebat berdakwah depan audien atau dalam forum atau program2 seminar....setelah mendapat jemputan atau di masjid...yang audiennya memang baik.....dan adakah ini pengorbanan yang menyahut seruan pengorbanan Nabi Ibrahim.....?

Abis ko sendiri sanggup ke buat macam tu?

Kalau ustaz / pendakwah bebas yang hebat dgn nas dan hadith serta berkeupayaan berhujah pun tak mampu nak buat..... ko tanya aku?  



OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...