.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, October 11, 2013

Tajuk 524:Bila SV tak tahu murnikan questionnaire - Inilah jadinya....

Aku terima satu qnaire melalui email, yang dikatakan sudah dimurnikan 3 kali dari pelajar yang aku tidak kenali. Namun sebaik sahaja aku baca dan terus memberi komen kerana aku mahu berkongsi apa yang aku tahu. Setelah meneliti setiap item..... aku terkesima.... hampir semua item aku komen !! Aku komen ringkas2 jer sebab nak cepat... ke LCCT utk bengkel esok di IPGM Tuanku Bainun Penang...

Fuhh... ganazz ko bro !! Item tu dah 3 kali dimurnikan.... senang2 jer ko nak komen.... tak berhati perut sungguh ko ni...

Jgn ler tuduh aku macam tu... sedih tau.....aku sekadar ingin memberi pendapat.... salahkah aku? Salahkah ? 

Tak adalah salah.... janganlah emotional.....dunia akademik perlukan komentar supaya boleh berkembang..... no heart feeling...

Item qnaire mesti objektif... spesific bukan umum sebab akan difahami dari pelbagai dimensi sedang item mesti unidimentional. Maaflah kalau yang murnikan tu SV.... 3 kali pulak tu....maknanya SV tu tak faham maksud unidimentional yang menjadi syarat membina item soal selidik....dan kalau yang murnikan tu "content expert".... dia hanya tahu content tapi tak faham keperluan membina item....Contohnya....Kalau ko nak tanya responden sama ada durian adalah buah kesukaannya tulis sahaja.

"Saya suka buah durian"

Jangan ler pulak ko melalut dgn menulis item spt berikut yang mempunyai pelbagai tafsiran / dimensi:

"Kebanyakkan rakyat Malaysia suka buah durian"
"Buah durian enak dimakan"
"Saya tidak suka buah yang tidak ada bau durian"
"Tidak semua orang tidak suka buah durian"
"Saya  rasa kenyang selepas makan durian"
"Saya berpuashati jika dapat membeli buah durian"

Ok...OK got you point....

Satu lagi.... pilih mana satu soalan yang lebih bersifat objektif bagi satu soalan dalam kelas Pendidikan Islam Tingkatan Satu berkaitan makanan dan manusia?

Manakah yang boleh dimakan oleh manusia?
A. Siput babi
B. Siput sedut
C. Babi hutan

atau

Manakah yang halal dimakan oleh seorang Islam?
A. Siput babi
B. Siput sedut
C. Babi hutan

Tentulah yang kedua.... lebih objektif dan difahami dengan cara yang sama oleh semua pelajar... . 

Tahu tak per...Kalau macam tu aku akan sertakan komen aku tersebut.... oleh kerana aku bukan SV atau sesiapa kepada pelajar tersebut.... aku anonymous kan...

Tapi pelajar tu sesuaikan dari kajian lepas.... dari soal selidik established tahun 1980....

Tulah pasal.... soal selidik tu dah 23 tahun bro... dan ini bukan formula matematik atau theory Archimedes  yang selamaya pun takkan berubah.... dan bukan semua qnaire yang standard tu baik.... kena teliti dahulu....


Ni double negative lagi.... ni kalau Dr OT tahu ni... siap ko kena berdiri atas meja !!

Ok.... Ok.... apa dia komen ko tu....

Komen aku berkisar kepada 3 aspek:
1. Halo effect error: pelajar suka tulis item yang terlalu umum... bak kata omputih (dengan izin) statement according to how respondents feel about it in general... such as ‘Reading is a good hobby’, ‘Most student like to read books’.... yang mendorong responden jawab "Sgt Setuju" bagi item positif atau "Gambling is an healthy life " mendorong menjawab "Tidak bersetuju"....walaupun respondent sendiri tak suka baca buku dan kaki judi !!


2. Masih ada item "double negative..... ini kesalahan yang TERANG lagi BERSULUH dilakukan oleh pelajar. Aku tak pasti... siapa yang murnikan item tersebut !

3. Item yang terlalu extreme seperti "Saya TIDAK berpeluang....." sebab tak mungkin tiada peluang lansung....ini soalan ancaman....

4. Aku cadangkan skala ke 3 "Sederhana setuju" tu dihapuskan sahaja kerana yang menjawab adalah guru.... .... sebab sederhana setuju masih mengelirukan sebab ada unsur tak setuju dalam tu !!

Inilah komen yang aku beri secara ringkas dan sepintas lalu (dalam tulisan merah) ...








Adanya.....

OT 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...