Syukur.... kehadiran aku di KK utk kali ke-5 masih mendapat
sambutan, malah lebih dari jangkaan. Kehadiran peserta bengkel yang memenuhi
ruang kompleks TH KK sangat mengharukan....
Tahniah bro… dan selamat Hari Merdeka !
Sempena merdeka ni…..aku ingin berpesan…
calon2 PhD dan Master boleh berbangga jika mendapat MAJOR CORRECTION (MC) semasa
viva.
Woi…
apsallak ko nak calon PhD dan Master dapat MC… kan elok dapat minor correction!
Tulah
ko…. jangan melihat dari hanya satu aspek…. lihatlah secara global dan holistic!
Amende
tu bro…. jgn kasi aku fening… straight to the point please….
Ada
nak singkap beberapa scenario…. katalah ko jadi subjek scenario tersebut yang
sedang buat master, sebagai contoh…
Pertama:
Ko
akan menulis tesis sebaik mungkin supaya dapat minor bukan?
Mestilah….
Sapalah nak MC bro
Betapa
ramai pelajar yang takut…. tak yakin….termasuk SUPERVISOR pun tak yakin.. sehingga ko terpaksa buat perubahan itu dan ini dalam penulisan dan terpaksa submit tesis ada kalanya melangkau 5 tahun…. namun itupun tiada jaminan utk dapat minor sebab
panel VIVA maybe mempunyai pandangan yang berbeza…dan kemungkinan mendapat MC
selepas 5 tahun tetap ada dan ini banyak kali berlaku
Kedua:
Katakan
ko mempercepatkan penulisan, memastikan perkara asas kajian ko dipersetujui
supervisor dan bersegera menghantar tesis setelah mencapai 2 tahun.... masa yang diberikan kepada ko …
Abis
kalau dapat MC?
Sapa
ler pulak nak dapat MC? Jika semuanya dah disemak oleh supervisor, tapi masih
dapat MC, sepatutnya ko masih boleh berbangga kerana:
i.
Ko telah berjaya menghantar tesis ko dalam tempoh yang sepatutnya iaitu 2 tahun...
ii.
Tesis ko telah diperiksa oleh panel VIVA yang tersangatlah pakarnyer....dan mereka bermurah hati memurnikan tesis
ko walaupun dgn MAJOR CORRECTION !
iii.
Ko akan diberi tempoh 6 bulan utk baiki tesis ko bermakna ko akan selesaikan
semuanya selepas 2 tahun 6 bulan
Setuju?
Tak faham lah bro...apa
yang ko cuba bagi tau ni ?
Aku
cuma nak bagi tahu…. adalah lebih baik tesis ko berjaya disiapkan wpun dgn MC dan kemudian buat pembetulan berdasarkan report yang disiapkan oleh panel... dan selalunya report ini agak objective bagi memudahkan pembetulan dilakukan oleh pelajar.....dan pelajar boleh submit selepas 2 tahun 6 bulan dan selepas itu MERDEKA berbanding ko submit selepas 5
tahun kononnya utk buat yang terbaik sedang tiada jaminanpun ko akan dapat minor bukan major correction ! Bayangkan selepas 5 tahun…. ko masih dapat MC ?
Emmm…..plausible ...
Jgn
confused…. aku bukanlah kejam dan bermaksud supaya ko buat tesis utk dapat MC…. Tapi siapkan tesis
dgn cepat tanpa menunggu terhasilnya naskah yang SEMPURNA.. kerana kesempurnaan
tesis hampir tidak wujud....biarlah kesempurnaan tersebut ditentukan oleh panel VIVA.
Jadi?
Jadi.... letakkan
PRIORITY kepada menyiapkan penulisan secepat mungkin…dan biarlah panel VIVA
menilainya….. kalau minor syukur…. kalau major…. pun syukur sebab kedua2nya
adalah satu proses yang biasa jer dalam penilaian tesis. Percaya tak.....berapa ramai professor yang tersohor sekarang ni dan maybe termasuk SV ko yang dulu dapat MC bro.... so what a big deal?
Malah ada kalanya ko
akan belajar LEBIH BANYAK benda dengan mendapat MC dari mendapat minor. Maka
persoalan major atau minor tu bukanlah sesuatu yang perlu ko bimbang sangat…. mengatasi
usaha ko untuk menyiapkan tesis secepat mungkin dan kemudian MERDEKA !
Merdeka?
Aah merdeka.... sebab kalau
ko calon master…. ko dah merdeka untuk meneruskan pulak pengajian ko peringkat
PhD. Kalau ko calon PhD… ko dah merdeka untuk meneruskan kehidupan ko sebagai
penyelidik bergelar “Dr” tanpa dibelenggu oleh status calon PhD yang melemas dan
merimaskan….setuju?
Dan last sekali aku nak bagi pendapat...... pemurniaan thesis semasa viva adalah penting bagi memantapkan kajian pelajar....masih perlu dibuat mana2 pembetulan tetapi aku berpendapatan yang lebih wajar istilah "pass with correction" sahaja digunakan tanpa perlu adanya major atau minor....sebab kalau major - adakah bermakna pelajar telah salah dibimbing oleh supervisor ?
Saksikan pics bengkel di kompleks TH KK...
No comments:
Post a Comment