Ini soalan yang ditanya oleh seorang pelajar kepada aku. Aku dah tulis
dalam entry yang lepas (Tajuk 463) pasal jenis2 journal ni…. so nak tambah skit lagi.
Pelajar master dan PhD diperlukan menghantar artikel utk
penerbitan....sebagai pra-syarat bergraduasi..... sekurang2nya bertaraf CIJ. Jadi amende CIJ tu?
Jadi ko nak explain CIJ ler ni?
Bukan CIJ jer… tapi lain2 yang berkaitan juga…
Ok..ok…
CIJ adalah akronim “Citation-Indexed Journals” iaitu jurnal
yang selalunya bertaraf international seperti …. seperti yg diterbitkan oleh publisher tersohor ScienceDirect,
Wiley-Blackwell, Taylor dan Francis…. dll yang ko boleh baca dalam Tajuk 503. Pendek kata, jika ko dari bidang sains sosial dan artikel ko keluar dalam
13 publication disenarai Tajuk 503 tu…. CIJ ler !
Cam tu plak… apa yang jadikan publication tu CIJ bro?
Ini kerana publisher menyediakan system yang “agak” ketat
sebelum menerima sesuatu artikel… antara lainnya adalah bebas kesalahan dan ada
signifikan kepada body of knowledge. Selalunya mereka gunakan system “double
blind reviewing” oleh 3 pakar dalam bidang yang berkaitan. Ini bermakna
reviewer atau dipanggil juga referee (dalam BM nya wasit) tak tahu sapa
pengarang artikel tersebut. Artikel tersebut akan dipulangkan utk di revised semula sehingga mencapai
standard yang diperlukan. Sebab itulah….
Sebab apa bro?
Sebab itulah title
Prof… Dr… dll tu tak diperlukan dalam artikel. Mereka mementingkan content bro….
dan aku rasa “malu” bila ada artikel khususnya artikel open access di Malaysia ni yang authornya
siap ada title Dr… AP malah Prof…. tapi isi artikel hanyalah deskriptif gitu2
jer… dan hairan kenapa author tersebut tak rasa malu utk letakkan Prof didepan
namanya… apatah lagi dia menjadi penulis pertama wpun semua orang kampong den tahu…
itu paper yang ditulis oleh pelajar bukan Prof tu !
Biarlah bro…
Patutnya Prof tu kata “Tak nak… tak nak.. tak nak…” dan
hanya minta tulis nama tapi tak perlu title sebab akan menjejaskan credibility Prof
tu sendiri. Dan jgn pula "menggertak" pelajar utk letakkan nama sbg 1st author sedangkan artikel dan kajian tersebut adalah milik pelajar. SV yang beretika tidak akan merelakan dirinya menjadi 1st author pada artikel pelajar apatah lagi artikel yang simple2 gitu... !
Selain CIJ.....ada journal
dikatakan high impact journals. Ni macam ‘impak maksima” ! Journal ini diindeks
oleh badan spt SCOPUS (managed by
Elsevier) ataupun Web of Knowledge atau ISI Thomson (managed by Thomson-Reuters) dengan satu benchmark yang dinamakan Impact Factor (IF).
Amende ler pulak Impact Factor (IF) tu bro?
Secara ringkas
IF adalah ukuran purata sesuatu article tersebut dirujuk dalam artikel lain. ISI
Thomson telah menjadikan IF sebagai satu cara menentukan kualiti
sesuatu jurnal…Selain Thomson..... Elsevier juga mempunyai satu
data base yang dinamakan Scopus yang mengeluarkan IF… dan ada jurnal yang
diindeks oleh scorpus sebagai CIJ tetapi mungkin tidak mencapai tahap untuk
mendapatkan IF...
Kenapa plak?
Sebab artikel2 dalam journal tersebut telah melalui proses refereed dan mencapai standard yang baik malangnya artikel2 dalam journal tersebut "sangat sedikit" dirujuk oleh artikel dari journal yang lain sehingga tidak mencapai tahap utk mendapat IF !
Selain diberikan status CIJ dan IF, terdapat juga journal yang dinamakan sebagai “Open Access Journals” iaitu journal yang diterbitkan online samada percuma atau dgn sedikit bayaran. Ini termasuklah refereed journal spt Harvard Journal atau oleh OMICS Group ataupun jornal terbitan dari IPTA tertentu ataupun yang diupload oleh pengarang sendiri.
Bakal pemain yang akan beri impak kepada Harimau Malaya !! |
Kenapa plak?
Sebab artikel2 dalam journal tersebut telah melalui proses refereed dan mencapai standard yang baik malangnya artikel2 dalam journal tersebut "sangat sedikit" dirujuk oleh artikel dari journal yang lain sehingga tidak mencapai tahap utk mendapat IF !
Selain diberikan status CIJ dan IF, terdapat juga journal yang dinamakan sebagai “Open Access Journals” iaitu journal yang diterbitkan online samada percuma atau dgn sedikit bayaran. Ini termasuklah refereed journal spt Harvard Journal atau oleh OMICS Group ataupun jornal terbitan dari IPTA tertentu ataupun yang diupload oleh pengarang sendiri.
Boleh pakai ker journal open access ni?
Boleh...khususnya yang terbukti melakukan proses refereed yang ketat kerana terdapat juga journal common ground yang kononnya
berwasit (refereed) tetapi sebenarnya tidak dilakukan secara rigorous. Terdapat journal jenis ini yang diterbitkan secara online spt oleh IPTA tempatan….dan dari pengamatan aku terdapat journal ini tidak melalui proses yang ketat….kerana aku menjumpai perbagai kesalahan sana sini dalam journal tersebut....jadi pelajar
Master dan PhD perlu peka status journal2 open access sebegini samada untuk dirujuk mahupun
untuk dihantar bagi diterbitkan walaupun bernaung dibawah IPTA.
Bagaimana dengan proceeding?
Proceeding ni lazimnya tidak melalui proses refereeing yang
rigorous sebab panel hanya menilai kesesuaian artikel untuk thema2 dalam conference.
Namun ada proceeding yang mencapai tahap refereeing seperti journal seperti yang
diterbitkan dalam Procedia (Elsevier). So tugas ko adalah memastikan semua perkara ini
sebelum menghantar artikel….
Contoh2 di atas banyak lebih cenderung kepada bidang social science.... jadi pelajar dari bidang hard sciences dll silalah lakukan proses yang sama bagi memastikan tahap CIJ dan IF journal tersebut..
No comments:
Post a Comment