.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Saturday, August 17, 2013

Tajuk 506: Feature baru Mendeley – Literature Search ! Jangan cari tajuk tapi generate tajuk !!

Sebelum aku tulis pasal Mendeley dan fungsi Literature Search, ada sikit kesah aku pada Jumaat lepas. Selepas solat Jumaat  aku didatangi oleh pelajar PhD yg belajar di sebuah university di obersi…balik cuti raya. Aku salute jugak sebab datang jauh berjumpa aku kerana ingin membeli buku Tulis Tesis Cepat dan Atlas.ti. Maknanya buku2 aku wpun dalam BM tapi dah bertaraf international…. dibaca dan dibawa ke obersi….

So bro… ada apa2 yang menarik ker?

Biasalah…. aku ambil kesempatan bertanya itu dan ini….

Apa yang ko tanya?

Aku tanya…. Dia ada guna doc map ker utk menyiapkan proposal? Bagaimana dengan reference manager dan dropbox?

Dia jawab memang guna doc map skit2…. guna EndNote …. cuma dia tak guna dropbox… sebab selesa dgn “cara lama” bawa thumb drive yg comel dan makin nipis ke sana sini. Dia kata…. takut guna dropbox… takut tak selamat !! (Dlm hati aku berdoa... Ya Allah selamatkan lah budak ni...) 

Akupun minta di tunjukkan doc map…. tapi dia kelam kabut…. maknanya tak mahir… sekadar tahu gitu2 jer... yang lebih baik anggap tak tahu jer !

Emmm..

Then akupun tunjukkanlah Mendeley…. apa lagi…. Dia terkezut sebab EndNote yang dia tahu hanya diguna utk masukkan reference jer. Dia terkesima keupayaan Mendeley mengurus artikel secara digital ...

Aku tanya, kenapa tak mahu mahirkan diri dengan doc map dan Mendeley.

Dia jawab…. tak ada pengalaman sebab ketika membuat Master.. dia hanya buat coursework…. Jadi dia nak fokuskan dulu pada pencarian tajuk dan kemudian baru membuat pencarian artikel. Bab kemahiran penulisan mengguna doc map tu tidak penting lagi katanya…

OO…. Aku tahu apa yang ko komen bro?

Pedia….?

Mesti ko kata… jgn cari tajuk dulu tapi kuasai topic of interest.. kan kan !!

Bagus… pandai ko teka… lagi?

Tu jer…. mana aku tahu apa lagi yang ko komen..

Aku kata… menguasai topic of interest lebih utama dari pencarian tajuk. Menguasai topic of interest akan membuka “pintu hijap” utk mengetahui perbincangan terkini dalam bidang yang nak dikaji. Menguasai topic of interest akan mendedahkan pelajar kepada latarbelakang kajian, hala tuju kajian dalam bidang tersebut, isu yang banyak dibincang, penyelidik tersohor, teori terkini dll.

Lagi?

Namun, semua itu tidak mudah tanpa dimulakan dengan Literature Search dahulu dan kemudian artikel yang diperolehi di sorting, categorising dengan baik dan pembacaan secara selective dilakukan. Dengan Mendeley, ko boleh terus mengasingkan ratusan artikel tersebut mengikut tema – latar belakang kajian, penulis tersohor, theory semasa, isu dll… diikuti dgn membuat pembacaan secara fokus hanya berdasarkan tema tersebut. Dari pembacaan inilah ko akan generate beberapa tajuk yang paling sesuai.. siap dengan latar belakang, theory, methodology….. Jadi ko bukan cari tajuk then cari artikel… tapi ko cari artikel berdasarkn topic of interest dan mengurus artikel tersebut dgn Mendeley dan membuat pembacaan berdasarkan tema2 yang ko nak tahu. Inilah yang aku war2kan lama dulu supaya ko bermula dengan Literature Search…. bukan Literature Review.

Apa bezanya kalau dah ada tajuk yang nak dibuat?

Mana boleh ada tajuk sebelum ko kuasai bidang kajian ko. Lainlah ko dah membuat kajian dalam bidang tersebut bertahun2 sebelum itu… macam pensyarah.

Then aku tanya lagi… camner dia nak tahu detail statement yg penting yang yang dia dah baca?

Dia terdiam….

So aku jawab…. gunalah doc map dgn mahir…. buat heading dan sub-heading berdasarkan tema yang sama dengan tema pada folder Mendeley (aku akan tulis lanjut benda ni dalam ebtry akan datang...) boleh sahaja buat “copy-n-paste” dan terus lakukan cite while you write…. barulah tajuk akan ter”generated”…. dgn isi sekali…. barulah excitement akan muncul…. dan inilah the beauty of starting your research .. and this is how you get started ! Tumpuan akan wujud dan masa tak membazir tak keruan…. bukan dapatkan tajuk dulu tapi kosong… tak ada isi !!


Dalam tajuk ini aku juga nak war2kan satu feature dalam Mendeley – Literature Search !! Ha.. ha… sama dengan apa yang aku war2kan sebelum ini…. Buat Literature Search sebelum Literature Review. Tak sangko den… Mendeley baru menggunakan istilah ini…. bermakna idea aku memang tepat dengan keperluan pelajar PhD memulakan langkah dengan Literature Search !!!

Fungsi Literature Search ini sekurang2nya memberikan ko senarai sumber yang boleh ko cari... dgn sekali klik jer...samada terus melalui Mendeley ataupun melalui IPTA ko....

Screen shot1:

Screen shot1 menunjukkan senarai 34881 artikel apabila ko search dengan kata kunci - creativity "science education". Jadi pandai2 ler ko gunakan kata kunci yang sesuai..

Screen shot2:


Seterusnya lakukan langkah berikut:

  • Langkah 1 ko klik pada senarai artikel. 
  • Langkah 2 akan muncul abstract artikel tersebut. 
  • Langkah 3 kalau artikel tersebut sesuai ko boleh terus dapatkan artikel tersebut dari Mendeley.... (dgn syarat ko ada wifi)


Ko boleh ulang dgn kata kunci yang lain utk dapatkan senarai artikel yang lain atau gunakan advanced search berdasarkan author dll. Katalah aku nak cari artikel yang ditulis oleh sifu David Treagust dalam bidang berkaitan chemistry yang dipublished dalam jurnal berkaitan science education...aku cuma perlu klik Author then type treagust... diikuti dgn klik title  then type Chemistry then klik publication names then type science education maka ko akan dapat spt berikut (screen shot3):

author:treagust title:chemistry published_in:science education

Screen shot3:


Bila ko enter jer... maka keluarlah senarai semua artikel berikut spt screen shot 4 !! 

Screen shot4

Mak oii... ada 1481760 paparan.... mahu muntah keluar lomang yang ko makan di open house kalau ko nak klik dan baca semuanya.... wpun abstract !!

Apapun....fungsi ini menjadikan kerja2 Literature Search "just a click away"...yang semakin melampau2 pulak mudahnya.... jadi mengapa tidak mencubanya sendiri....

Last sekali bro....tak ada sapa buat open house ker... ajak ler aku sekali...esp yang dok bangi tu.... :-) sebab tahun ni aku tak buat open house sebab sentiasa open....

OT

1 comment:

  1. Terima kasih Dr. OT kerana memberi pencerahan bagaimana nak bermula research "topic of interest" melalui "Literature Search. Thank you! Thank you! Thank you!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...