.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, April 16, 2013

Tajuk 469: the originality of thesis: Capsicum vs cili padi !!

Awas:
Tulisan ini mengandungi sedikit unsur geli geleman bagi sebahagian pembaca...


Bro.. tajuk 468 ko banyak dapat komentar..

Aah...memang tajuk tu mengundang beberapa komen dari pembaca. Aku suka mengetahui komen2 tersebut sebab akan menambah pengetahuan aku dari pengalaman orang lain. Terima kasih....

Memang membuat PhD sering berhadapan dengan pelbagai masalah.... dan sangat bergantung kepada background dan nature of the study. Contoh sempoi....jika ko tanam jagung utk buat satu experiment berkaitan baja organik... tiba2 hujan turun dengan lebat..... pokok jagung ko terbantut...... so ko kena tanam semula... then ko dah rugi masa 3, 4 bulan. Ada yang SV bertukar university.... ko kena cari SV baru plak... maybe tukar tajuk lagi.... semua ni masalah diluar kawal...tapi percayalah..... byk masalah kelewatan disebabkan "kejahilan" dan dibawah kawalan sendiri.... termasuklah procrastination...

Apa yang ko nak highlight kan sebenarnya?

Dalam entry lepas...aku sebenarnya cuma nak highlight perception terhadap "the best" thesis. Ramai yang sanggup buat projek yang besar2 lagi original utk capai "the best" thesis sehingga tak perasan bahawa PhD hanyalah "latihan praktikal kedoktoran". 

Ini satu email yang aku terima respon dari entry 468. Email ini sekadar satu pengalaman pelajar PhD utk dikongsi dengan fikiran terbuka... 

Dr tak ada butang Like dekat Blog Dr ni, klau tak sayalah org yg akan tekan 1000 kali butang like tu...sbb saya dah terasa peritnya bila ikut cakap SV supaya pilih tajuk yg kat Malaysia org tak pernah buat dan SV gunakan kata2 manisnya dgn mengatakan your thesis will become a big contribution in your field of study pada awal2 sem dulu utk persuade saya terima cadangan nya buat tajuk yg dia sendiri ada cita2 nak buat dulu tp tak kesampaian..... 

Setahu aku, tiada tercatat dimana2 , ko bertanggungjawab menghasilkan thesis yang tiada orang lain buat supaya thesis tersebut original... bagi aku lebih dari memadai jika ko dapat hasilkan "a good significant thesis completed within a given time frame".  

Ramai yang bermula lewat... maka  najitahnyer akan abis lewat juga sedang masalah memang ada dimana2. Kalau ko keluar rumah lewat.... ada pula masalah ditengah jalan.... so merah ler punch card ko... Kalau ko kuar awal.... dan jika ada masalah tengah jalan... maybe ko juga akan lewat tapi in a reasonable time.... tu jer...

Jadi apa cadangan ko?

Ini bukan cadangan. Ini mesti dilakukan. Langkah paling awal adalah membaca jurnal2 dalam topic of interest ko. Aku dah ulang jutaan kali perkara ini. Membaca  dan kumpulkan artikel yang releven. Selepas itu pembacaan perlu dimulakan dengan penulisan walaupun ko baru berada diminggu awal semester pertama. Inilah yang aku tekankan dalam bengkel aku menerusi Keep on Track (KOT) Cycle.

Kenapa ko sibuk2 kata menulis awal sangat penting?

Isskk... ko ni. Cam nilah....

(i) membaca sambil menganalisis dan diteruskan dgn menulis seawal mungkin akan membantu ko menyusun idea dalam kepala dan didalam draft proposal ko 
(ii) menulis awal akan membantu ko mengetahui samada ko berada dalam landasan yang betul dan kemudiannya mudah dibimbing oleh SV
(iii)menulis awal membantu ko mencatat apa yang ko faham walaupun masih dalam bentuk draf
(iv) menulis awal adalah progress  dalam penyediaan tesis.. 
(v) ko akan bermotivasi bila thesis ko sentiasa progress
(iv) membaca dan menulis awal adalah lebih baik dari hanya membaca sahaja.... ko buat research bukan baca novel !

Satu lagi.... ko juga ada kenen SV... 

Aku juga seorang SV....sebab dalam memulakan penulisan..... ko mesti ler  jumpa SV ko juga. Biasakan ko dengar "customer is always right". 

Dalam dunia research ni.... "Supervisor is always right". Sebab itulah bila ko siapkan proposal cepat2 dan jika memang "Supervisor is always right" maka jika 
(i) ko ikut apa cadangan oleh SV dan tulis cepat2...... dan cadangan itu bernas.... u are in a right track !!
(ii) ko ikut apa cadangan oleh SV dan tulis cepat2...jika cadangan SV ko tu tersasar disana sini.... ko punya masa utk membetulkannya... got it ?

Last bro.... ko ada kenen jugak pasal coursework... cer ko tambah skit....bagi analogi ker he he...

Aku juga ada sentuh dalam entry yang lepas pasal coursework. Aku tulis jgn terlalu focus kepada coursework sampai tak buat apa2 pembacaan dan penulisan.... Aku nak analogikan dalam konteks penyediaan makanan....

Wo... macam siri Celebrity Chef ker?

Aah...coursework ibaratkan sebagai STARTER yang disediakan sedikit sahaja utk membuka selera sebelum makan. Tetapi memulakan pembacaan dan menulis adalah MAIN COURSE, yang ko kena siapkan dari awal2 lagi sebab inilah yang akan menguji kemahiran dan pengetahuan sebenar ko.

Malah jika perlu sebelum jadi chef....ko kena ikut bengkel masakan utk dapatkan pengetahuan yang khusus. Ko boleh ikut bengkel dgn Chef Azman... dgn masakan Pacal Lele menggunakan Mendeley atau Chef Dol dgn masakan merentasi ATLAS atau Chef Sam dgn masakan SEMpoi.

Ko pun tahu kan....takkan semasa final Celebrity Chef... peserta disuruh buat starter bro..mesti siapkan main course dan masa yang dibagi terhad.... contohnya 2 jam sahaja. Mmglah ada macam2 masalah dalam 2 jam...tapi kalau ko baru nak grill daging ketika tinggal 20 minit dan tiba2 overcooked.... jawab terlajak ler masa ko kalau nak ulang semula. Tapi kalau ada lagi 60 minit.... you are still in the track !!!

Ishkk.. terkesima aku dgn analogi ko....


Ni ler starter.. ciput jer


Hah..MAIN COURSE.... sampai burrpp !!
Last sekali aku sentuh pasal thesis originality. Sama spt MAIN COURSE.... takkan ada makanan yang tak pernah dibuat orang....sedangkan ko masih novice....tiba2 ko nak buat supaya hasilkan sesuatu yang original ....kalau bizarre food tu macam Cacing Masak Lemak .... oklah mmg tak pernah orang buat...termasuk waktu darurat....itupun masih tak original sebab ko guna santan yang dah lama digunakan dalam masakan tradisional....abeh camno? 

Masakan "original" iaitu Lalut = Larva + Pulut ?

Yang patut ko cuba adalah makanan yang diubahsuai... ditambah rencah yang baru... ingredient yang dipelbagai...atau kombinasi resepi Western dengan Middle East. Tapi perubahan dan modifikasi tersebut mestilah ada significant....dilakukan dengan teliti, dgn pengetahuan yang mantap... bukan main campur ikut sukati ko jer... 

Ambil contoh ni. Katakan ko nak sediakan SALAD sebagai makanan western. Tanpa berfikir ko tukar CAPSICUM yang ada dalam SALAD tu dengan CILI PADI .... sebab dua2 macam satu spesis jer.....dgn warna yang sama pulak tu.....

Then  bila judges panggil ko... dan mereka mula dengan salad ko dulu...

Bila judge pertama rasa ....terkunyah cili padi yang dia ingat capsicum....sure ko tersingkir dan di banned seumur hidup bro...!! Jadi ko mesti ada pengetahuan dan pembacaan serta penguasaan yang menyeluruh terlebih dahulu tentang apa yang ko nak buat. 

Maka originality bagi thesis juga mempunyai konsep yang sama iaitu menyumbang secara signifikan. Makna signifikan tu seperti contribution to the body of knowledge atau contribution to the discourse... yang memberi makna yang lebih comprehensive dari dapatan kajian ko berbanding kajian terdahulu. 

Ini termasuklah....antara lain adalah seperti...
a. menguji pelbagai theori dalam context yang lebih menyeluruh
b. applikasi model / theory dalam situasi baru / new setting
c. mendetailkan sesuatu fenomena dgn explanation yang lebih understandable
d. re-validation of existing instruments (macam kawan2 di UKM selalu buat..)

Jadi bro... ko perlu betul2 memahami bidang ko dahulu dan barulah selepas itu ko berhati2  memilih tajuk kajian. Jgn suka hati ko jer dah ada tajuk tapi satu nama jurnalpun ko tak tahu, satu artikelpun ko tak baca, sapa pengkaji tersohorpun ko tak tahu, apa teori dan isu berkaitan tajuk ko pun ko jahil dan buta kayu... malah ko tergagap2 bila ditanya apakan contribution kajian ko....so camner ko nak hasilkan "a good significant thesis completed within a given time frame"?

Sapa nak jawab?

OT





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...