Aku baru balik dari penamaan calon P125
Putrajaya. Aku tak mahu lepaskan peluang untuk merasai kehangatan PRU13 kali
ni.... sebagaimana yang aku lakukan saban tahun.
Aku takkan panjangkan kisah PRU13. Blog2
PRU13 tumbuh bagai cendawan jadi anda bolehlah baca sendiri dari blog2
tersebut.
Aku ingin menulis ringkas... akan 10 perkara yang menjadi petanda pada SV yang perlu diberikan perhatian. Aku menulis kerana
sebagai SV aku sendiri sentiasa memerhatikan petanda tersebut pada diri sendiri
supaya aku dapat meningkatkan keberkesanan menyelia supervisee. Aku juga insan biasa, kadang kala alpa dan lupa.
Tulisan aku ini telah pun ada dalam entry2
yang lepas sedikit disana dan sedikit disini, namun aku ingin buat
kesimpulan.... bagi mudah dibaca. 10 petanda ini jika berlaku dan berterusan akan dianggap sebagai sesuatu yang “biasa” sehingga supervisee sendiri menganggap keadaan ini sebagai normal yang wajib mereka ditempuh.... betul kah begitu?
Aku mendapat respon dari ratusan malah
ribuan peserta bengkel menerusi email, fbook dan pertanyaan lansung. Kebanyakkan respon menunjukkan calon PhD dan Master bermula dengan naif.... zero knowledge sehingga ada yang tak tahupun
beza antara journal dan article....antara research dan dan problem statement... antara research question dgn hipotesis ..... dan kelas research menthodology kelihatannya spt terlalu umum dan tidak byk membantu !!
Menunjukkan cara mencari article dan references kepada peserta bengkel |
Oleh itu adik kakok....bimbingan awal dan terkawal dari
advisor / SV sangatlah crucial....
Berikut adalah antara 10 petanda yang kelihatan spt normal tetapi perlu anda ambil kesah kerana akan memberi kesan lansung dan tidak lansung kepada perjalanan anda utk bergraduate.
Petanda1 - Membiarkan supervisee “honeymoon”
di awal semester tanpa perlu ada perjumpaan atau perbincangan mengenai research
dan thesis..... hanya dinasihatkan ambil coursework itu dan ini.
Mengikut aku, semester pertamalah yang paling sibuk... paling kerap perjumpaan... dan paling penting dalam penentuan topik, tajuk dan hala tuju kajian.... mengenalpasti sampling frame dan membincangkan the strengths adn weaknesses of the topic... manalah supervisee sedar semua ini jika tidak dimaklumkan oleh SV.... bukan relex bro !!

Petanda 2 - Meminta supervisee mengemukan tajuk
kajian sedang SV tidak memastikan supervisee menguasai
terlebih dahulu topik kajian dengan mendalam dan menyeluruh
Petanda3 - Meminta supervisee membaca artikel, tetapi tidak
pula meminta mereka write as they go…. kerana supervisee tidak akan mampu
simpan semua maklumat yang dibaca dalam kepala… lepas 2, 3 hari gerenti lupa !!
Petanda4 - Meminta supervisee menyediakan proposal
mengikut chapter 1 dahulu, sedangkan proposal perlu disediakan serentak 3 chapter... malah SV hanya akan menyemak chapter
1 sahaja tanpa mengambilkira chapter 2, 3 dan chapter2 yang lain walaupun dihantar serentak!
Petanda5 - Meminta supervisee membuat kajian
quantitative / qualitative sedang SV sendiri tidak update dengan pengetahuan
dan software terkini yang berkaitan kedua2 approaches...
Petanda6 - Minta menjadi main author pada
artikel yang ditulis oleh supervisee. Membuat editing sana sini tidak melayakkan SV menjadi the main author...
malah tugas tersebut adalah tugas hakiki SV. Abis kalau bukan SV yang supervise
students siapa lagi... takkan Penolong Pendaftar ? SV sendiri akan dapat merit dalam
KPI apabila supervisee dapat di”graduate”kan....
Petanda7 - Memberi komen tetapi tidak
secara constructive ...… maybe dengan hanya memberi tanda “?” di sana sini
tanpa sebarang penjelasan... pandai2lah supervisee nak betulkan....atau sekadar komen "keep reading"... tanpa diketahui apa masalah sebenarnya...
Petanda8 - Terlalu sukar utk ditemui....
atau dapat ditemui utk beberapa minit sahaja... atau kedua2nya sekali...
Petanda9 - Lambat mengembalikan draft yang
dihantar oleh supervisee... ada yang lupa kat mana dia simpan draft tersebut...
Petanda10 – Terlalu strict.... semua mesti
ikut apa sahaja yang SV propose.... seolah2 SV sahaja yang tahu, tiada yang dia tidak tahu melainkan tahu-tahu
belaka....
Jd ketahuilah simpton di atas adalah sebahagian sahaja dan anda boleh tambah lagi. Cuma jgnlah sampai menanggap simpton tersebut sebagai "biasalah tu"... itulah realiti dunia research sedangkan tugas supervision tu adalah tugas hakiki yang sama pentingnya dengan tugas mengajar..... kedua2nya mesti efisyen !
Kalau kat rumah suami culas ke dapur, lebih suka mengadap TV... jgn pula penyelesaian adalah dengan menganggap "biasalah tu orang lelaki".... sedang kedapur tu bukan tugas hakiki isteri... tapi tugas bersama sementelahan isteri juga bekerja...
Namun aku juga terfikir.... apakah yang boleh dilakukan jika secara consistent supervisee menerima dari mana2 amalan SV yang tidak efisyen di atas? Kepada siapa ingin disuarakan?
Kenapa aku mengutarakan hal ini? Apa masalahnya?
Aku percaya dan yakin bahawa nawaitu semua SV adalah baik... ingin melahirkan generasi penyelidik yang kompeten.... dan sebahagian besarnya adalah SV yang dedikasi, malah berjaya melahirkan puluhan "Dr".
Cuma dalam kontek supervision, sukar utk menetapkan satu standard sebagaimana standard dalam pengajaran... yang sekurang2nya ada silibus dan nota utk dikongsi sesama pensyarah.
SV tidak dilatih dan tidak adapun latihan praktikal menjadi SV.... lalu SV menjadikan pengalaman sendiri sebagai satu2nya rujukan, termasuk aku sendiri. Situasi ini tidak menjadi satu masalah besar 15 tahun lepas ketika hanya pelajar dengan at least 2 class upper dibenarkan membuat master. Sekarang, byk kelonggaran sehingga hampir sesiapa sahaja boleh membuat master !!
Bagaimana dgn PhD? Dgn wujudnya IPTA / IPTS yang semakin banyak, termasuk peningkatan taraf ITM ke UiTM menjadikan ribuan kakitangan akademik, termasuk dibawah MARA dan KPM yang dulunya hanya OK sahaja dgn 1st degree atau Master kini berlumba2 utk mendapatkan PhD.
Fenomena ini menjadikan tugas supervision bukan lagi sesuatu yang boleh dijalankan "begitu2 aja" berdasarkan pengalaman, sedang pengalaman ada kalanya tidak boleh dijustifykan dgn bilangan tahun jika amalan yang sama dilakukan bertahun2 tanpa sebarang perubahan.
Pengalaman SV pula berbagai2... bergantung bagaimana mereka di supervise ketika menjadi calon PhD....bagaimana acuan begitulah kuihnya. Malah ada kalanya pengalaman tersebut tidak lagi relevan dgn perubahan masa...
Contohnya..... SV dengan pengalaman 15 tahun mengendalikan analisis kualitatif secara manual tidak akan memberi banyak makna jika pelajar ingin menjalankan analisis menggunakan perisian komputer. 15 tahun dulu, sukar utk menghubungi SV... sekarang dah ada sms, email, twitter dan fbook.... malah 15 tahun dulu.... journal hanya dalam bentuk hardcopy berbanding sekarang dgn e-journal yang boleh diakses dalam sekelip mata !!
Aku ingin akhiri tulisan ini dgn persoalan:
Adakah SV anda mempunyai satu atau beberapa petanda di atas?

Jika anda adalah SV... adakah anda mengamalkan mana2 petanda tersebut?
OT
OT
No comments:
Post a Comment