Pedia….aku baca tulisan ko makin lama makin lain macam jer.
Hah lain macam? Apa yang lain macam tu?
Ko tulis dalam entry yang lepas jgn kisah cousework lah… jgn ikut komen SV lah….sedang itu penting bro….
Bila pulak aku tulis jgn kisah coursework atau SV. Aku tulis, menyiapkan diri dgn preliminary literature search adalah lebih significant dari hanya tertumpu utk mendapatkan A dalam coursework…sehingga terbuang masa ko beberapa semester atau menunggu komen SV sehingga kerja penulisan tersekat2 ….
Bagi aku pembacaan mendalam dan menyeluruh diawal semester penting bagi ko mendapatkan fokus kajian seawal mungkin... bukan hanya masuk kelas….salin nota... membuat homework dan assignment utk dapatkan A+. Semua ini tak ader sapa yang kisah pun....
Now apa pulak idea ko pasal “the best thesis tu”?
Hoho.... aku ni straight to the point jer.... blog ni tak boleh tulis canggih2....bagi tulis sempoi2 jer supaya budak tadika pun boleh faham….
Terlalu banyak penerangan dan penjelasan dalam buku atau artikel atau bebelan SV tentang cara utk hasilkan thesis terbaik (wpun ada thesis SV sendiri yang jauh dari capai standard yang dibebelkan) bermula dari research problem.... methodology dll. Jadi aku tak mahu panjangkan lagi penjelasan tersebut.
Cuma aku nak bagi satu pandangan simple.... Selalunya dicanangkan the best thesis mestilah yang hasilkan sesuatu yang nobel... ....yang outstanding.....yang break through.. yang original dll yang bombastik.
Namun bagi aku simple jer....
"The best thesis is a thesis submitted in time” ... malah patut ada award utk ini !!
Kan aku dah kata ... jawapan ko ni pelik dan menyempang dari apa yang semua kita orang tahu.... atau yang kita orang diberitahu ....yang ko pulak bagi tau "The best thesis is a thesis submitted in time” yang lansung tak disebut dimana2 ....baik oleh SV mahupun department aku bro... ko ni rendahkan standard thesis calon PhD / Master jer.... apa rasional ko tulis cam tu?
Saya tak mahu jadi pelek...
saya akan habiskan master saya dalam 2 tahun...
Pertama:
Satu fakta yang aku nak bagi tahu ko.....antara kriteria the best thesis adalah tesis yang mengutarakan tajuk yang penting, thesis yang ditulis dengan baik, tesis yang banyak publication dan yang ada unsur originality.
Pada hemat aku, tiada thesis yang originalpun sebab dari format, research method, analisis data malah theori dan literature review semuanya telah ada... lihat sahaja citation2 dalam thesis. Maybe isu baru atau variable baru dalam kajian yang menjadikan thesis ada sedikit unsur originality, bukannya thesis tersebut keseluruhannya original.
Kedua:
Katalah setiap tahun ada 100 thesis dihasilkan disebuah IPTA. Dalam 100 tu berapa agaknya ada criteria the best thesis tu? Maybe satu.... maybe dua.... maybe tak ada !! Yang lain tu sekadar menepati criteria asas tapi taklah sampai mendapat title the best....
Ketiga:
Jgn lupa..... katalah 100 thesis tersebut dihasilkan oleh 100 pelajar PhD.... sedangkan IPTA tersebut mungkin mempunyai 1000 pelajar PhD dgn 500 darinya pulak dah luput tarikh cuti belajar mereka beberapa semester. Dan dalam 100 thesis tu pun maybe tiada satupun tesis yang berjaya disiapkan dalam tempoh 3 tahun !!
Maka.....
Aku berpendapat "the best thesis is a thesis submitted in time" .... sebabnya hampir2 tiada calon PhD yang berjaya siapkan thesis dalam tempuh 3 tahun spt yang ditetapkan oleh IPTA dan JPA walaupun dgn menghasilkan thesis yang hanya memenuhi criteria asas sahaja.
Cer ko jawab soalan sempoi aku ni pulak…
Mana lebih baik…. siapkan thesis dgn criteria asas dalam 3 tahun atau siapkan tesis dgn niat utk capai criteria yang bombastic tapi tak siap2 wpun dah masuk 5 tahun?
Mana ko nak bro? Sila jawab dalam hati ko sebab hati ko takkan menipu….
Kalau ko buat PhD kat Malaysia ko tak terasa.... sebab wpun dah masuk 4 tahun.... ko masih boleh "ek" lagi orangpun tak perasan. Tapi kalau ko gi oversea (bagi warna merah skit) .... visa ko dah mati....JPA tak bagi ko biasiswa lagi... abis mana ko nak pergi....?
Kalau ko balik Msia tentu malu ler jugak..... sebab masa nak pergi oversea siap buat kenduri tapi selepas 3 tahun thesis tak siap-siap. Tentu kawan2 ko kata ko.... aaikk sambung lagi kat Msia.... cam tu baik buat kat Msia jer !
Tentu akan ada mulut2 yang kata ntah2 ko gi vacation bukan buat dissertation! Itu tanggapan org yang ko tak boleh elak.... ko tahu kenapa .....sebab dlm timeline facebook ko penuh dengan gambar ko kesana kesini.... main snow lagi ....dan tak der satupun gambar ko sedang buat research.....abeh cam no.....sorry bro....
Hah cam abang ni bagus... wpun kat obersi... study tetap study... |
Dah siap settle semua baru ronda2 satu dunia ! |
Masa nilah ko akan tahu betapa "The best thesis is a thesis submitted in time" !! dan Dekan ko tak akan tanya.... originalkah thesis yang ko siapkan tu atau.... dapat award the best ker.... sebab thesis yang dah lulus mesti melalui criteria tertentu... yang mencapai standard utk diluluskan.... itupun dah cukup baik....betul tak? Bagi Dekan ko.... balik in time is the best.....sebab ko kena mengajar bro... kesian kawan ko yang selama ini dok take over kelas ko tu....
Namun lebih sadis lagi…..tak kisahlah ko buat PhD kat UK ker atau kat UKM atau kat US ker atau USM ..... dahlah buat kajian yang terlalulah biasa-biasanyer tapi masa yang diambil untuk menyiapkan tesis tersebut tersangatlah luar biasa lamanyer !!!
Jadi tak perlulah kecoh2 nak mencari originality sebab memang tak ada thesis yang betul2 original.... dan terlalu sedikit yang bernasib baik dapat hasilkan tesis yang outstanding dll... sebab itu aku yang kerdil ini tetap percaya "the best thesis is a thesis submitted in time" sebab inilah cabaran sebenar ko… cabaran yang realisitik…. bukannya cabaran hasilkan tesis yang kononnya original yang mungkin hanya momokan sahaja tetapi sebenarnya bukanlah utk direalisasikan !!
Abis kalau macam tu…. tak perlulah nak buat kajian2 yang dasyat2 bro?
Apasallah darjah kelembapan ko tinggi sangat….ada aku kata tak perlu ker?
Bagi aku…..buatlah apa sahaja kajian yang ko nak buat antara langit dan bumi…dan segala isi laut…..yang outstanding yang break through yang apa sahaja….TETAPI pastikan ko dapat PhD ko dulu dgn menghantar thesis tu in time!
Barulah ko terbaik bro…. bukan sahaja ko akan dapat title “Dr” selepas 3 tahun… then ko boleh terus segera sambung berkhidmat semula…. terus dapat menyumbang kepada mesyarakat secara lebih signifikan ….dapat meneruskan kajian..... bukannya panic kerana selepas 5 tahun masih terkial2 menyiapkan tesis bombastic ko yang dah masuk fasa static…..
Last sekali.... apapun.... setiap calon PhD / Master tetap TERBAIK.... yang siap cepat (syukur) atau yang sedikit lambat (stay focus...) kerana perjalanan PhD dan Master adalah perjalanan yang unique...so dont give up too easy....
OT - adanya.....
Entri yg membakar semangat utk tidak takut siap thesis on time.tq Dr.
ReplyDeleteDr tak ada butang Like dekat Blog Dr ni, klau tak sayalah org yg akan tekan 1000 kali butang like tu...sbb saya dah terasa peritnya bila ikut cakap SV supaya pilih tajuk yg kat Malaysia org tak pernah buat dan SV gunakan kata2 manisnya dgn mengatakan your thesis will become a big contribution in your field of study pada awal2 sem dulu utk persuade saya terima cadangan nya buat tajuk yg dia sdndiri ada cita2 nak buat dulu tp tak kesampaian...What ever pun Dr...saya nak minta izin copy & paste kat FB saya supaya jadi panduan pada shabt2 saya yg ada hajat nak sambung PhD...smoga jariah nya berpanjangan, Inshaa Allah.
ReplyDeleteTq Dr. Tika saya hilang semangat.. pasti akan buka blog dan bace serta menanti ayat2 nasihat yg tak jemu2 membantu kami di luar yg sedang beuang utk phd. Nak lagi nak lagi! -Mhh-
ReplyDeletetq dr...aku sungguh bersemnagatttttt sekali..to finish on time! amin ya Allah
ReplyDelete