.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, February 26, 2013

Tajuk 445: Tip : Mendeley, citation tanpa surname dan Gaya UKM !

Kuliah dah masuk minggu kedua. Aku rasa seronok dapat mengajar.... rasa tenang.... Aku  juga dah tukar banner blog aku ni, dengan photo yang aku ambil sendiri... 




Kenapa ada penyengat pulak? Saja jer.... sekadar menggambarkan betapa penyengat berusaha dengan gigih....systematic.... collaborate... dan akan menghasilkan tesis yang menyengat !!

1File1Thesis

Sebelum aku sentuh pasal Panduan Penulisan Tesis Gaya UKM, terdapat satu blog menulis panduan Gaya UKM. Ini satu usaha murni walaupun nampaknya blog tersebut sudah tidak aktif lagi. Aku terbaca satu artikel yang ditulis dalam blog tersebut pd November 2011 spt berikut :


Print screen blog tersebut http://gayaukm.blogspot.com

Aku dapati penulis blog tersebut menggunakan perkataan 1Thesis1File iaitu trademark yang aku gunakan sejak 2010 dalam bengkel-bengkel penulisan aku... iaitu 1File1Thesis atau One File One Thesis (OFOT). Bukannya apa, jika penulis memang merujuk kepada trade mark tersebut, wajarlah memberi sedikit kredit kerana aku dah gunakan trademark tersebut secara peribadi sejak tahun 2002 semasa aku siapkan tesis aku di Australia.

Kenapa Gaya UKM?

Gaya UKM adalah buku panduan lengkap cara penulisan tesis mengikut format yang dipersetujui oleh satu jawatankuasa pakar2 di UKM. Aku sangat setuju UKM (malah semua IPTA) perlu ada satu format standard penghasilan tesis bagi semua fakulti spt format penyediaan kulit tesis, format ukuran penulisan dalam tesis dll. 

Namun, secara peribadi dan sebagai alumni UKM, aku tak nampak rasional perlunya Gaya UKM yang berbeza pula dengan format standard utk Bahagian "Rujukan" dan "Rujukan Dalam Teks".  Ini kerana semua reference manager spt EndNote, RefWork dan Mendeley dibina  mengikut format yang standard. Tambahan ini spt tidak selari dengan hasrat UKM sendiri utk menerbitkan sebanyak mungkin artikel dalam scorpus / ISI yang tidak mungkin akan menerima "Rujukan" dan "Rujukan Dalam Teks" Gaya UKM. 

Menyediakan satu format yang berbeza dari format standard spt APA dengan menulis (Othman Talib, 2013) ditukar kepada Gaya UKM (Othman Talib 2013) ataupun bahagian rujukan apabila Othman Talib (2013) ditukar menjadi Othman Talib. 2013. Perubahan ini tidak memberikan apa2 makna kerana perbezaan tersebut "tidak signifikan"pun sebab hanya dibuang comma dan bracket sahaja. Apa tujuan comma dan bracket yang dah ada dalam reference manager ini dibuang? Adakah salah comma dan bracket tu? Aku baca buku panduan tersebut tetapi tidak menemukan jawapannya. Ada sesapa boleh tolong bagi jawapan? Persatuan siswazah UKM bagaimana? 

Kalau zaman aku tulis tesis thn1985 dengan Gaya UKM menggunakan mesin taip Brother OKlah....sambil mendengar lagu Gaya Zakry penyanyi suara serak2 yang popular masa tu dengan lagu...."Biarkan Aku Derita". Pak cik dan Mak cik sezaman dengan aku mesti tahu lagu tu... laku berhantu tangkap lentok masa tu....


Inilah model type writer yang aku guna....
Kini hanya tinggal Azlan and The Typewriter sahaja..kumpulan Brother pun dah tak ada... 
(photo www.guardian.co.uk)


Kalau masa tahun 1980an atau awal 1990an OKlah  boleh jimat tenaga tak payah taip comma dan bracket tersebut dgn type writer.... kerana MSWord pun belum wujud....  tapi tentu dah tak releven lagi selepas wujudnya perisian reference manager kerana menjadi spt satu kontradiksi... pelajar UKM diminta guna reference manager spt EndNote then diubah pula mengikut Gaya UKM yang tak ada dalam reference manager tersebut?

Hati kecil aku merintih bila dalam bengkel2 penulisan, mesti ada pelajar UKM yang mengadu hal yang sama berulang2 kali.... aku simpati kerana keutamaan menghasilkan penulisan terganggu oleh hal2 yang tidakpun membawa kepada peningkatan kualiti isi tesis tetapi telah mendatangkan bukan sedikit kesulitan kepada pelajar UKM. Malah ini spt tidak kena apabila pelajar UKM terpaksa pula mencari jalan menyesuaikan apa sahaja reference manager spt ENDNOTE dan Mendeley supaya menepati Gaya UKM. Then selepas mereka bergraduate dan menulis artikel dll... Gaya UKM tidak akan digunakan lagi.... percaya tak? 

Aku cenderung menyatakan bahawa Gaya UKM bukan sahaja penting utk menyeragamkan penghasilan tesis pelajar UKM tetapi juga sepatutnya membantu memudahkan penulisan tersebut dilakukan, khususnya bahagian rujukan dalam teks (citation) dan bibliography.... bukan sebaliknya... setuju?

Berapa ramai pelajar yang melabur masa yang banyak hanya kerana perkara ini dan ada sebahagiannya mengambil jalan menaip sahaja rujukan bagi menepati Gaya UKM. Kalau Gaya UKM disediakan utk membantu dan memudahkan pelajar.... hal ini perlu diberikan perhatian semula. Banyak IPTA yang juga ada format gaya sendiri tetapi tetap mengikut penulisan citation dan bibliography yang standard. 

Then.... apabila pelajar diminta sediakan artikel, kenalah pulak sekali lagi rujukan tersebut ditulis mengikut gaya standard, APA, IEEE dll sebab kalau gaya UKM alamat kena reject lah artikel tersebut...setuju? 

Ini belum lagi ada gaya khusus dalam penulisan rujukan mengikut fakulti yang berbeza... seperti Fakulti Undang-Undang dan Fakulti Pengajian Islam.... phew....

Melakukan kerja penulisan rujukan yang sama dan kemudian diubah2 hanya mengundang lelah dan membuang banyak masa.... setuju? Setahu aku pelajar di IPTA lain spt UPM tiada masalah ini dan tak pening kepala sebab mereka mengikut format in text citation dan bibliography yang standard...


Aku pinjam photo dari http://team-kufah.blogspot.com

Mendeley dan Gaya UKM

Sebagai alumni UKM, aku hanya boleh membantu sedikit dalam hal ini. Jadi entry ini aku tulis bagi membantu sedikit mereka yang tidak tahu nak guna CSL Editor yang baru disediakan oleh Mendeley bagi mengubah format citation ikut format yang lain selain format standard. CSL adalah Citation Style Language.....yang boleh digunakan bagi mengubah style mengikut style yang sedia ada. CSL Editor disediakan oleh Mendeley di http://support.mendeley.com 



Pelajar UTM tentu lebih selesa dgn gaya standard 

Aku sendiri belum mencuba CSL Editor ini. Apapun aku berikan beberapa tips sempoi bagi membantu di mana yang boleh...utk mendapatkan Gaya UKM. Aku tetap sayangkan UKM.... sejak aku belajar di Matrikulasi UKM di Jitra lagi....



Tip 1:
Mendeley boleh merge 2 atau lebih citation menjadi satu iaitu dari (Kasim Selamat, 2013) (Othman Talib, 2013) menjadi (Kasim Selamat, 2013; Othman Talib, 2013) dengan highlight kedua-dua citation dan icon Mendeley akan bertukar menjadi icon merge.... klik saja icon ni, kesemua citation anda merged !!




Perhatikan anak panah, icon merge menggantikan icon Mendeley muncul selepas highlight kedua2 citation. Aku tak bagi contoh nama Mat Salleh sebab Mendeley tiada masalah dengan nama yang ada surname. Klik sahaja icon Merge Citations tersebut dan inilah hasilnya....


Tip 2:

Bagaimana nak tulis nama tanpa surnama supaya Othman Talib tidak menjadi (Talib, 2013) tetapi mengikut gaya UKM (Othman Talib 2013) spt contoh di atas......

Anda boleh dilakukan supaya nama yang tiada surname spt nama Melayu dan India dgn menaip bahagian authors dengan nama "Othman Talib" dan klik (Institution / Organisastion) seperti rajah berikut:


Inilah hasil yang akan anda perolehi:



Tip 3:

Timbul satu lagi masalah.... Gaya UKM menidakkan tanda koma "," antara nama dan tahun. Maka anda boleh gunakan fungsi Find and Replace dengan Find "," dan biarkan ruangan Replace tu kosong jer seperti berikut...


 dan hasilnya semua "," dah hilang....



Tip 4:

Dibahagian rujukan pula akan terhasil seperti berikut. :




Dengan menggunakan fungsi Find and Replace, anda boleh taip Find "(" dan kosongkan ruangan Replace. Pastikan anda letakkan cursur pada Biblography supaya hanya ruangan ini sahaja yang diproses. Gunakan juga fungsi "Find Next" supaya anda boleh membuang "(" secara selektif. Ulangi dengan ")" pula..... Inilah hasilnya...dah tiada (    ) lagi....




Selamat mencuba....

OT



2 comments:

  1. laaa.....kenapa selama ni tak perasan pulak tools merge citation tu huhuhu....selama ni saya buat manually edit je selepas insert citation...rasa mcm buang karan jer....nasib baik drot tulis entry ni...tqvm...

    ReplyDelete
  2. Dr OT...bagus sangat entry nie....terima kasih yg tak terhingga...Dr, jadi jual tak? hihihi gurau jer...nanti saya buat ikut mendeley support tue...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...