Saya terfikir suatu ketika berada di rantau orang. Penduduk disana menggunakan istilah "taxpayers money". Jadi apa yang difahami di sana adalah kerajaan mengagih-agihkan duit rakyat yang menjadi pembayar cukai. Oleh itu, kerajaan disana sentiasa mengucapkan terima kasih kepada rakyat yang menjadi pembayar cukai.
Apa kena mengena pulak dengan thesis? Thesis adalah pra-syarat untuk mendapatkan MSc dan PhD atau ijazah yang setara dengannya. Yang dapat MSc dan PhD adalah post graduate (PG). Ijazah itu hanya dianugerahkan kepada supervisee bukan SV. Maka perlulah supervisee berterima kasih kepada SV yang menjadi pembimbing dan ucapan tinggi melambung-melambung ini diabadikan dalam thesis masing-masing. Saya juga berbuat demikian.
Apa yang anda fikirkan ? |
Pernah tak kita mendengar SV mengucapkan terima kasih kepada supervisee? Maybe ada .... tetapi tidak ketara sebagaimana supervisee lakukan kepada SV. Kenapa pulak nak ucap terima kasih kepada supervisee?
Walaupun bunyinya agak pelik, tetapi supervisee telah menyumbang sekurang-kurang perkara berikut kepada SV.
Pertama:
Berjaya menyiapkan thesis dan ini memberi kredit kepada keupayaan SV. Jika anda gagal.... SV juga akan kelihatan gagal.
Kedua:
Berjaya menerbitkan articles... dan meletakkan nama SV sebagai co-author atas sumbangan menyemak article tersebut malah ada yang bermurah hati menjadikan SV sebagai main author dan pastinya akan memenuhi KPI SV
Ketiga:
Berjaya menambah koleksi article SV yang secara significant akan "membantu" menjadikan SV anda senior lecturer, AP dan seterusnya.
Keempat:
Berjaya melalui penat jerih dan usaha gigih anda meneroka pengetahuan baru yang kemudiaannya dibincang dan dikongsi bersama SV.
Kelima: Mengumpul bahan kajian, buku, articles dll termasuk menguasai perisian baru yang juga dapat dimanfaat dan dikongsi bersama SV.
Universiti dan kolej berlumba-lumba menambah bilangan supervisee kerana ini adalah salah satu criteria yang perlu dipenuhi. Tiada supervisee maka tiadalah panggilan SV. SV juga akan menjadi panic untuk mencapai lima perkara di atas jika mereka tiada supervisee. Oleh itu SV dan supervisee saling memerlukan. Jadi keduanya saling menyumbang maka janganlah ada yang saling menyombong...
OT
No comments:
Post a Comment