.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Sunday, February 17, 2013

Tajuk 443: Adakah sistem dan SV juga bersalah jika anda lambat siapkan thesis?

Salam bro.... lama ko menghilang?

Aku ada.... cuma cuti panjang.... gi collect data..

Dah sem 5 bro baru boleh collect data?

Abih nak buat camner.... ni dah kira cepat ni compare kengkawan aku yang lain...

Kalau sem 5 collect data.... payah ler ko nak abiskan dalam 6 sem jangkamasa ko cuti belajar dan dapat biasiswa....then tunggu tarikh viva lagi....then buat correction lagi then...then tunggu kelulusan senet lagi...cam ni lotehlah den....paling tidak 5, 6 tahun baru nak settle !

Emmm tau tak per!

Aku fikir lah bro.... semua ini melibatkan sistem pengurusan di fakulti yang tidak efisyen..

Apsallak bro... tak baik ko kata cam tu.... apa rasional ko?

Aku cuma nak bagi 5 rasional ...untuk situasi pelajar sepenuh masa yang normal yang memang bersedia utk menjadi calon PhD dan master yang baik..... dan siapkan thesis utk tempoh 2 tahun (bagi master) dan 3 tahun (bagi PhD) .....aku dah tulis sedikit hal ini .... kat sini aku nak buat tambahan sikit...

Pertama:
Pelajar yang baru mendaftar diberikan advisor utk semester 1. SV hanya dilantik setelah pelajar bersedia dan memenuhi beberapa syarat. Jadi Sem 1 selalunya pelajar di "relex"kan dgn hanya berjumpa advisor. Dah namanya advisor.... tentulah yang dibincangkan adalah pengisian coursework.. bukannya research. Supervisor pula dilantik pada sem 2 atau 3 setelah pelajar konon2nya bersedia dgn mengisi borang2 tertentu..malah ada yang terlajak sampai 3 sem masih xader SV....

Kedua:
Semester 1 dan 2 selalunya pelajar dinasihat utk melengkapkan coursework dahulu..... dan tak ada cara pun pelajar boleh siapkan proposal sedang SV pun belum dilantik !

Ketiga:
SV dalam jawatankuasa supervisori mensyaratkan pelajar menghantar proposal yang "serba lengkap" malah adakalanya tebal menuntut pelajar menghabiskan 2,3 sem hanya utk proposal sahaja.... SV pun menunjukkan bakat mengomen proposal persis mengomen satu manuskrip thesis ...malah ada SV yang tak perasan naskah yang dikomen ada proposal bukannya thesis emmm....sehingga berlakulah keterlanjuran pelajar sampai sem 5 masih terkial2 dgn proposal yang dikatakan tidak mencapai satu standard yang tinggi. 


Tradisi SV yang sgt menitikberatkan pendetailan dalam penghasilan proposal adalah satu yang tidak kena pada tempatnya. Proposal hanyalah ASAS kepada kerangka kajian, dan pendetailan yang keterlaluan hanya akan membazirkan masa kerana naskah terebut masih bertraf proposal - kertas cadangan !!


Keempat:
Content dan pengajaran kursus peringkat PG hanya akan bersifat umum termasuk kursus Research Methodology dan Statistics jika pelajar tak mula fokus dan membuat pembacaan kepada isu kajian sendiri secara intensive dan extensive seawal sem 1 ... Ini menyebabkan kehadiran mereka dalam kelas2 wajib tersebut sekadar duduk dan mendengar tanpa sebarang perbincangan yang productive dan specific terhadap kajian sendiri.... sebab merekapun tak tahu apa yang nak dibincangkan. 

Tanpa membuat pembacaan seawal Sem 1...dan mengetahui lebih awal  sedikit sebanyak tentang kajian sendiri yang bakal dijalankan, serta hasil perbincangan dengan SV.... maka kelas seperti research methodology atau statistik sekadar satu pengisian umum sahaja.... mendengar sambil bersedia utk menjawab soalan peperiksaan bukannya bersedia utk memahami dgn lebih specific kajian sendiri dari kelas2 tersebut...Ini menyebabkan pelajar "tetap blurr" setelah mengikuti kursus2 tersebut.


Siapkan proposal bukan macam masuk hutan ....
mengadap komputer je...
Kelima:
Tidak mungkin pelajar master dpt bergraduate atau submit thesis jika selepas 2, 3, 4 sem baru nak present proposal. Hal yang sama berlaku kepada calon PhD. Tak mungkin oh... tak mungkin ....

Jadi bro?

Aku nak kmen sikit jer......

Pertama:
Melengahkan perlantikan SV adalah tidak wajar.  Perlantikan SV jika lewatpun perlu diselesai paling tidak pada 7 minggu pertama Sem 1 supaya pelajar boleh mulakan perjumpaan utk 7 minggu seterusnya dan di WAJIB kan present proposal SEBELUM Sem 2 bermula.... sebab tiada istilah cuti bagi pelajar research....tak kira calon master atau PhD. SV yang gagal selesaikan proposal pelajarnya dalam jangkamasa ini perlulah bagi alasan pada fakulti....Kalau nak harapkan pelajar.... mereka pun maybe tak tahu nak baut apa.... so mereka pasti relex dgn alasan mengambil kursus dan ketiadaan SV...

Kedua:
Menyediakan satu proposal dgn asas atau kerangka yang lengkap mestilah menjadi keutamaan mengatasi penyediaan proposal yang PERFECT... sebab dah namanya proposal atau cadangan... tentulah ianya bersifat idea dan asas kajian bukannya perfection !!

Tambahan menulis proposal dgn detail sehingga mengharapkan satu tahap penulisan yang kritis adalah satu proses yang  memakan masa. Jadi jgnlah memaksa pelajar menyediakan satu proposal yang kritis sedangkan proses ini boleh diperbaiki semasa pelajar mula menulis thesis.

 
Ketiga:
Proposal hanya perlu dipertahankan dan dibentang depan supervisori committe sahaja...dgn mengundang beberapa pensyarah lain yang releven jika perlu.....Selepas proposal diterima oleh jawatankuasa supervisori....maka pelajar dah boleh memulakan kajian... then selepas itu tak kisahlah jika nak adakan acara presentation dpn pelajar2 lain....atau pergi seminar mana2pun utk dapat input tambahan!

Menunggu event utk present proposal selalunya menjadi spt cosmetic sahaja.... kerana yang datang dahlah 2, 3 kerat pelajar.... kadang2 committee sendiripun ada yang tak datang.... jadi kenapa nak kecoh2.... dan bertangguh2....sdg kepakaran jawatankuasa supervisori sudah lebih dari memadai utk melaksanakan tugas ini...!!

Cam tu plak ker... abis ko salahkan sistem dan SV ker?

Aku tak salahkan sistem dan sebagai SV akupun tahu apa yang berlaku...... cuma aku tidak nampak dgn sistem yang ada akan menyebelahi pelajar yang memang komited dan dedikasi serta motivated utk memulakan kajian secepat mungkin....dan supaya sistem serta SV berlaku adil kpd pelajar untuk tamatkan pengajian dalam tempoh yang diberikan...malah lebih awal lagi jika berkemampuan !!

Apa yang berlaku sistem di IPTA secara umumnya sah2 menafikan satu semester kpd pelajar dgn hanya assigned seorang advisor bukan SV. Paling sadis.... selepas dinasihatkan macam2 then tukar pulak kepada SV yang lain....dgn satu idea dan approach yang lain pulak !!

Juga pelajar yang dah ada kajian yang baik, mantap tetapi dilengah2kan pula dgn mensyaratkan satu proposal yang perfect sehingga memakan beberapa semester utk mencapai tahap perfect tersebut ! 

Ini termasuklah co-SV kata buat cenggini.... main SV kata buat cenggitu.... co-SV kata kena tambah ini.... main SV kata kena buang itu... sedangkan rangka kajian secara umumnya dah OK dan mantap lama dah... dan patutnya pelajar dah boleh mulakan kajian... tapi masih tersangkut dgn kelulusan proposal yang masih belum perfect2 di mata SV dan co-SV utk dibentangkan.... 

Soalan terakhir aku:

Ada tak ko tahu atau dengar pelajar master di Msia yang tamatkan pengajian 4 semester atau PhD 6 Semester ? 


OT











No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...