.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Saturday, January 19, 2013

Tajuk 438: Contoh RFOT - selepas lakukan OFOT !

Jam menunjukkan 12.04 am. Suasana dingin (sebab pasang aircond) di Hotel Pantai Puteri Tg Keling Melaka gagal melelapkan mata ini, wpun seharian melayan kerenah 2 anak bujang, kerana wife berkursus di sini. 

Saya buka email....dan mendapati beberapa pelajar EDU5900 kelas Research Methodology saya telah menghantar RFOT. Ini adalah RFOT yang mereka hasilkan bersama proposal dalam kelas saya. Saya sengaja meminta RFOT tersebut bagi membuktikan bahawa postgraduate (PG) mampu menghasilkan proposal yang lengkap wpun baru berada di Semester I.  

Di kedinginan ini, saya lampirkan 3 RFOT.... supaya dapat menjadi tatapan bersama  bagaimana pelajar peringkat Master tersebut mendapatkan pilot articles.... research gap.... menulis pernyataan masalah.... sehinggalah penentuan analisis kajian....sedang mereka belumpun mengambil kelas statistik !! Moga RFOT ini akan terus jadi panduan dan contoh bagi yang bakal bergelas PG pada masa akan datang...


RFOT 1

RFOT 2

RFOT 3

Di Pantai Puteri..... Tg Keling Melaka...

Mulanya pelajar saya sendiri musyhkil utk hasilkan RFOT apatah lagi sebuah proposal yang lengkap. Namun semua ni dimungkinkan kerana mereka "dipaksa" melalui proses Literature Search utk hasilkan RFOT tersebut dan kemudiannya menulis proposal lengkap menggunakan aplikasi konsep OFOT. 

Apa pula OFOT?

He he.... OFOT ini adalah singkatan dari konsep popular saya - OneFileOneThesis yang baru saya "acronym"kan..!! 

Apapun.... terima kasih kepada pelajar yang empunyai RFOT yang saya lampirkan di atas... supaya anda dan rakan2 anda akan terus berjaya dalam perjalanan terindah anda..... RFOT yang lain akan saya share dari masa ke semasa terutama kepada bakal pelajar kelas EDU5900 saya yang akan datang...... LUV U ALL GUYS !!


OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...