Pertama:
Ini sebenarnya tak adalah
kena mengena dgn Mendeley secara direct tapi saya menerima email apabila ada
SV yang menggunakan EndNote tak dapat menerima pelajarnya yang ingin
menggunakan Mendeley. Pelajar tersebut yang mulanya bercadang utk menggunakan
Endnote telah dikatakan sebagai “tidak berpendirian” atau “berpaling tadah” apabila
ingin menggunakan Mendeley pulak.
Pada
saya tidak timbul soal “tiada pendirian” kerana Mendeley hanyalah satu
perisian…. asalkan ianya mudah digunakan dan memberikan hasil yang diperlukan….sama
spt kereta…. tak kisah jenama apa… asalkan boleh dibawa dgn selesa. Maybe
SV tersebut selesa nak guna Merc… tapi pelajarnya kata lebih selesa dgn MyV…
tak kisahlah…
Kedua:
Ada pelajar yang mengadu tak
boleh nak copy-n-paste article pdf dalam Mendeley. Saya pun minta artikel tersebut dan
mendapati ianya adalah artikel yang di photocopy…. then di save sebagai .pdf,
maka sebab itulah Mendeley detect. Bagi article photocopy, anda hanya
boleh membaca dan membuat citation / bibliography setelah anda Add Manually. Anda boleh highlight tapi tak boleh copy and paste. Jadi dapatkan artikel pdf yang asal.
Ketiga:
Ada yang tak pasti banyak
mana artikel yang boleh dimasukkan dalam Mendeley. Kalau nak tahu setakat mana
yang boleh dimasukkan dalam Mendeley, anda hanya perlu klik Tool – Option..
Contohnya pic berikut menunjukkan saya yang ada 85 file
pdf dalam Mendeley saya…. dan saya dapati artikel sebanyak itu hanya mengunakan 41 MB dari 1GB. Oleh kerana 1
GB = 1000 MB, anda boleh buat anggaran berapa byk lagi articles yang boleh di masukkan.... selain dari 85 artikel tersebut... yang pasti lebih 500 artikel !!
Keempat:
Ada pelajar yang ingin
lakukan Speed Reading On Target (SROT), tetapi mendapati ada beberapa article yang Mendeley gagal highlight kan keyword yang dicari. Selalunya artikel pdf yang
bukan dari journal yang menghadapi masalah ini. Artikel dari journal terutama dari journal yang establised biasanya
tiada masalah.
Saya bagi contoh spt berikut:
Saya bagi contoh spt berikut:
Article 1: Mendeley tidak dapat mengesan keyword "Learning" (lihat bulatan merah) dalam petikan artikel ini yang diambil dari sebuah buku |
No comments:
Post a Comment