Namun dalam satu majlis perkahwinan saudara sebelah isteri yang saya hadiri baru2 ini disebuah hotel di KL, tiba2 YUNA muncul memberi persembahan khas secara LIVE, kerana dia mempunyai perkaitan saudara dgn pengantin. Maka YUNA dgn selamba menyanyikan dua lagu termasuk TERUKIR DIBINTANG.... khas utk pengantin perempuan. Ini first time saya lihat YUNA secara LIVE.
Malam tadi sambil menanda kertas (macam cikgu jugak... bawa balik kerja menanda kat rumah) saya terdengar dari TV lagu YUNA, TERUKIR DIBINTANG.... yang dibawa oleh Aizat. Saya dapati lagu tu dibawa dgn jauh lebih sempoi dari YUNA, dinyanyikan dgn penuh keselambaan.... relex sambil memegang cawan.... enjoy dan santai jer mamat tu.... sempatlak minum air dan duduk dikerusi.....tak perlu terguling2... terkinja2 .... meneran2 suara sampai terkeluar anak tekak....dgn baju liplap penuh labuci lagi..... tup-tup wpun sempoi bila saya buka radio pagi ni ... lagu tu juara!!
Senyum sokmo macam NINE ni.... |
Apa kaitannya dgn thesis dan SV?
Emmm..... saya sering membaca article tentang thesis...yang sering dikaitan dgn "mimpi ngeri"....dan amaran2 awal yang menakutkan.... juga kebergantungan dgn SV. Saya sekadar ingin menyentuh bahawa kemudahan yang ada disekitar kita dgn kecanggihan komputer membolehkan thesis dihasilkan TANPA perlu TERLALU bergantung kepada SV lagi dari pelbagai aspek. Apa rasional saya?
Pertama:
Berapa ramai orang yang pandai bermain gitar hanya belajar di Youtube. Berapa ramai yang tiada masa menonton rancangan tertentu, boleh melihatnya kemudian dalam www.tonton.com. Berapa ramai anak dara yang tak tau masak sebelum kawin.... kecuali masak maggi.... tup2 boleh hidangkan 4, 5 jenis lauk selepas kahwin hanya kerana secara sembunyi2 membuka website www.1001resepi.com !!
Dulu nak tahu lirik lagu madu tiga P.Ramlee kena ambik pen dan kertas.... tunggu lagu tu kuar dulu....dengar dan salin. Silap2 lain yang disebut lain yang disalin..... tapi sekarang semua lirik dah ada dalam Internet. Google jer.
Malah bagaimana nak menambah keintiman itu dan nipun ada websitenya.... termasuklah soal jawab agama..... mencari doa qunut sehinggalah ... nak ulangkaji cara mandi hadas besar....maklumlah masa belajar dulu belum buat praktikalnya... so.... hampir semua perkara boleh dipelajari dari Internet... !!
Kedua:
Dulu jika pelajar yang buat thesis, maka jadilah dia kera sumbang. Dari banyak kawan, terus hilang..... sebabnya memerap di library... memerap dlm bilik penuh dgn kertas, buku .... bersepah atas dan bawah meja....muka berkerut sampai suami / isteri sendiripun takut nak tegur.
Kini, sebaik sahaja anda mendaftar sebagai pelajar MSc atau PhD... dan seangkatan dgnnya.... tiba2 anda dapat kawan baru.... dalam dan luar negara..... wpun secara maya....masuk jer dalam DSG... anda kenal Prof R.... dari USM tu... siap boleh ikut bengkel SEM/AMOS.... then tahu plak mamat yang dipanggil Dr OT yang tah sapa2 pada anda sebelum ini. Mamat ni pulak ada blog www.drotspss.blogspot.com/ yang boleh anda baca.... sambil mendapat maklumat tentang research yang dulu tak sapa nak bagi tau..... termasuk dari SV sendiri....
Ketiga:
Camner nak buat thesis? Ada contoh tak? Nak ambik mana articles? Hah kena subscribe? Tentu mahal kan?
Persoalan ini hampir tak wujud lagi kerana library IPTA anda menyediakan semua kemudahan.... e-journal, e-book, e-database, dan semua yang ada "e-" kat depannya. Jika ada articles yang tak di subcribed di library anda, ada 19 lagi IPTA kat Malaysia ni yang maybe subcribe articles tu.... minta sahaja bantuan kawan di DSG.... facebook, google+, linkedin dll.... atau jumpa jer librarian tu mohon subcribe utk short term. Tak cukup gak.... minta kawan2 maya anda di obersi.... fuhhh... bukan satu articles bro.... 100 pun boleh !!
Keempat:
Abis kalau tak faham nak analisis data camner? Mana ada kuliah blaja SPSS, SEM/AMOS, NVIVO atau Atlas.ti? Kalau adapun tentu ribu2 tu.... buat kat hotel..... tak mampu den!
Ini semua dah jadi sejarah bro. Bengkel SPSS dah jadi macam bengkel kereta... kat mana2 pun ada. Cuma jgnlah masuk bengkel kereta Merc atau BMW, yang buat kat hotel, memang lah mahal. Carilah bengkel yang buat di bilik seminar jer.... budget tu... sedangkan content nyer sama jer, malah dalam kes tertentu jauh lebih efisyen dari bengkel kat hotel... caya tak?
Kelima:
Nak menulis thesis ni susahlah bro.... apatah lagi nak taip bibliografi..... ..... Kat pejabat taip 2, 3 helai jer.... tapi kalau thesis 2, 3 ratus muka surat dgn puluhan ribu perkataan ... mahu tumpul jari kita bro !!
He he.... kata2 tu dah ketinggalan zaman lah. Dgn kecanggihan reference manager spt Mendeley, dan kepakaran anda menggunakan MS Word....semuanya beres. Sesuatu yang pelajar kena taip berjam2 sebenarnya boleh disiapkan dalam beberapa saat sahaja. So, kenapa tak persiapkan diri dgn kemahiran ini!
Jadi?
Persiapkan diri dgn segala keperluan mental dan kemahiran yang akan menjadikan kerja2 penyelidikan dan penulisan thesis ada sesuatu yang lebih santai.... sesantai Aizat menyanyikan lagu TERUKIR DIBINTANG..... sambil terukir senyuman diwajahnya.... lalu terukirlah nama YUNA sebagai juara.... dan terukirkan sejarah YUNA yang menghasilkan lagu santai dgn lirik yang simple berjaya mengalahkan lagu yang memerlukan pelantun suara yg power giler dgn liriknya yang kitapun tak berapa nak faham ....
Inilah lirik TERUKIR DIBINTANG yang simple tersebut kalau gak caya....(apa lagi saya ambik dari Internet lah) dgn sedikit perubahan.... :-)
Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku tulis tesis dari laptop ku untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku coba
Kerana aku ada kawan2 yang buat ku bahagia
Tesis ini bukan milikku lagi
Tiga tahun lagi sanggupkah kau nanti
Sayangku jangan kau persoalkan tesis ini dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu....
Sekadar terfikir.....telah tiba masanya, persiapan thesis boleh dilakukan dgn cepat dan efisyen tanpa terlalu bergantung kepada SV. Malah terdapat kes tertentu SV sendiri tidak se efisyen pelajar. Contoh simple, pelajar nak buat analysis SEM/AMOS, tapi SV tak tahu ler pulak analisis tersebut !!
Ini satu shot DSLR saya waktu malam yang pekat selepas hujan .. wpun tiada bintang namun bangunan yang indah spt mengukir malam di Kota Singa tersebut.... |
Oleh itu bergantunglah terlebih dahulu kepada kekuatan sendiri, persiapkan sendiri, kekuatan pengetahuan, kekuatan collaboration yang boleh dicapai dgn mudah dalam zaman wifi ini. SV tetap mainkan peranan penting... tetapi dalam bentuk yang lebih mudah bagi memastikan kualiti thesis mencapai apa yang diharapkan bersama... anda bukan pelajar Tingkatan 5 yang perlu diberitahu semuanya apa yang perlu dilakukan....
Semuga senyuman sentiasa terukir diwajah anda sepanjang anda menjadi post graduate....
OT
TERIMA KASIH DR. MAY ALLAH BLESS U.
ReplyDelete