Ini catatan aku dalam penerbangan dari LCCT ke KK:
Jam menunjukkan pukul 8.20 am dalam penerbangan dari LCCT ke KK. Aku baru abiskan cheese cake dgn white coffee… sambil menunggu sampai ke destinasi. Semua penumpang tidur…. Aku yang bangun seawal 4 am pagi tadi tak pulak rasa mengantuk.
Kini labtop ultrabook SAMSUNG aku dah terbuka. Otak aku kini tertumpu kepada kelas master research method aku (EDU5900) minggu lepas. Mereka baru hadiri kuliah aku selama 4 kali kemudian aku minta pelajar aku siapkan Research Framework (RFOT) sementara aku dan wife ke Istanbul. Minggu depan mereka akan present RFOT dalam kelas.
Aku ingin mendapatkan copyright RFOT, jadi aku sedang memikirkan kesesuaian acronym RFOT tersebut. Aku cadang utk ubah RFOT menjadi Research Framework On Template – OK tak?
Bagi tujuan ini, aku telah modified sedikit RFOT spt rajah dibawah menjadi RFOT versi 4. Perubahan terletak kepada urutan aliran yang lebih sesuai dari versi yang terdahulu…. Wpun kedua2nya mempunyai content yang masih sama.
RFOT ini adalah versi ke 4 !! |
Template (pdf) RFOT
Aku juga ingin mohon copyright terminology 1file1thesis dan z-draft. Kali ini z-draft bukan bermakna zero-draft lagi sebab perkataan zero tu macam tak sesuai jer….. jadi aku ringkaskan sebagai z-draft sahaja sebagaimana z-test atau z-score.
Bebalik kepada RFOT, aku teruja bila 29 pelajar postgraduate aku, masing2 telah menghantar RFOT, hanya selepas 5 minggu sahaja mendaftarkan diri sebagai pelajar postgraduate, sesuatu yang aku sendiri tidak pernah menduga. Aku akan upload beberapa contoh RFOT tersebut selepas ini.
Kali ini aku ingin menyentuh kenapa RFOT adalah sesuatu yang aku anggap “ a small practical step which can bring a big progress in preparing proposal”. Aku ingin menggunakan terminology mental model (mm) dalam menterjemahkan apa yang aku maksudkan.
Secara simple, mm adalah skema knowledge atau idea atau konsep dalam minda seseorang terhadap sesuatu. Ambil contoh konsep “perkahwinan”. Ibubapa mempunyai mm yang lebih jelas tentang konsep ini berbanding dengan anak remaja mereka yang remaja berusia 17 tahun, walaupun remaja tersebut sudah akhil baligh.
Begitu juga dengan research, SV mempunyai mm yang lebih comprehensive terhadap keperluan sesuatu research. Jika research tersebut menghadapi halangan, SV akan gunakan mm utk mencari solution terbaik. SV juga berupaya memanipulasi mm mereka utk menghasilkan research yang pelbagai.
Bagaimana dgn supervisee? Mereka ini kadang2 belumpun sampai tahap novice sebab masih “zero knowledge” dalam membuat research. Mereka ini baru nak belajar terminology asas dalam research maka mm yang dimiliki terlalu simple dan banyak berasaskan andaian dari bacaan serta pemahaman mereka yang cetek. Jadi bagaimana utk memulakan research dalam keadaan sebegini? Nak tunggu jadi expert dgn mm yang canggih tentu memakan masa.
OK.. aku faham situasi ini. Maka atas alasan inilah aku ingin membantu postgraduate “accelerate” pembinaan mm mereka dengan RFOT. Jadi RFOT adalah satu mechanism bagi menvisualkan secara grafik hubungan yang comprehensive kesemua kerangka utama dalam sesebuah research iaitu – reseach gap, objective, problem statement, method, data analysis, sampling etc.
Semua ini terbukti apabila selepas hanya 4 minggu, pelajar research method aku berjaya menyiapkan RFOT masing2 yang mewakili pembinaan mm mereka secara lebih explicit and comprehensive. Dan sudah barang pasti, sebagai RFOT yang pertama, akan terdapat byk kelemahan.
Apa yang penting, mereka telahpun membina mm mereka sendiri dlm jangkamasa yang singkat supaya mm ini menjadi impetus kepada mm yang lebih appropriate utk research mereka… dan mereka dah boleh berkongsi RFOT ini dengan sesiapapun juga.
Setiap pandangan dan kritikan akan memantapkan mm tersebut secara lebih direct dalam bentuk penulisan, bukan lagi hanya dalam bentuk idea atau suruhan “kena buat itu dan kena tambah ini” dari SV yang kadang kala tak berkesudahan…. kesian....
OT
No comments:
Post a Comment