.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Sunday, October 14, 2012

Lawatan Istanbul 2 - Hebatnya Empayar Uthmaniah - terkesima !!

Pagi ini saya dan wife berpindah hotel yang di Bandar Istanbul supaya mudah utk melihat peninggalan istana Empayar Uthmaniah setelah berjaya menawan Constantinople. Bandar ini didirikan tahun 330 M oleh Maharaja Bizantium yakni Constantine I. Kedudukannya yang strategis, membuatnya punya tempat istimewa ketika umat Islam memulai pertumbuhan di masa Kekaisaran Bizantium. 


Sultan Mehmed II atau juga dikenal sebagai Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan Turki Uthmani yang menaklukkan empayar Romawi. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam juga telah beberapa kali memberikan kabar gembira tentang penguasaan kota ini ke tangan umat Islam seperti dinyatakan oleh Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam pada perang Khandaq.


Saya terkejut dgn kemewahan Istana Topkapi milik Kesultanan Uthmaniah ini. Juga dipamirkan pedang Nabi Muhammad, Sy. Ali, Sy. Omar, Sy. Uthman dan Sy. Abu Bakar. Juga dipamirkan beberapa janggut Nabi Muhammad....

Kemudian kami ke Blue Mosque....iaitu masjid Sultan Ahmed...... antara masjid terbesar di Istanbul yang dipenuhi pelawat serata dunia. Kami juga bercadang utk melawat Hagia Sphia,tetapi terlalu ramai yang beratur....jadi kami hanya melawat diluar sahaja dan bergambar. 

Inilah kenangan hari ke 2... sempat juga membeli sedikit buah tangan..... dan sampai hampir maghrib di hotel.... penat !!


Hari  ni cuaca dijangka panas.... so saya pakai santai....


Saya sempat merakamkan beberapa universiti dgn DSLR saya


Baca lah sendiri......


Jika dulu bertudung diharamkan tapi kini pemadangan spt ini sudah biasa.... mmg cantik mereka yang menutup aurat !!




Tekun.... wpun map tu dalam bahasa Turki.... main agak2 jerlah...


Akhirnya sampai di Istana Topkapi dan Hagia Sophia (pic dibelakang)

Camni rupanya pengawal zaman Kesultanan Uthmaniah.....


Dihadapan istana.... nasib baik datang awal pagi sebab jika lambat sikit... berduyun2 pelancung datang !!


Saya dapati semua pintu bertulis ayah Al-Quran.  Malah istana ini penuh dgn ayat2 Al-Quran. 


Kami melawat Harem... kawasan "perempuan" istana yang diasingkan dari dunia luar. Namun keadaan dalam istana ini lebih dari apa yang ada diluar termasuk ada gundik, hospital, sekolah dll.... fuuhh !


Satu bahagian Harem. Paling best tawanan perempuan diajar dgn pelbagai ilmu dan bekerja secara pro dgn wanita2 sultan.... Yang cantik dan masuk Islam akan kahwin dengan pegawai2 istana... standard lah tu !!


Dari lensa DSLR..... ketelitian seni bina dan ukiran memukau mata saya !!


Ini baru anjung....


Ayat Al-Quran dari tembaga menghiasi salah satu pintu


Kawasan luar utk pekerjapun dihiasi marmar....


Satu laluan ke dalam istana


Pintu yang diukir....


Semuanya marmar bermutu tinggi.... masih tahan dan cantik...


Dah tak tahu apa tempat ini.... terlalu luas.....


Tempat basuh tangan..... fuhhh..... belum tempat mandi lagi !!

Ini syiling istana..... 

Ini tempat istirehat selepas makan.... ada pulak !!

Ini dinding luar dan anjung.....  terkesima melihatnya...

Lagi satu bilik di istana ni...

MasyaAllah..... ini syiling tau bukan lantai !

Berada di depan istana mengadap laut Bosphorus..... semuanya marmar putih....

Mujur ada tempat solat sebab dimaklumkan, solat ada satu perintah Sultan kepada semua orang istana... emmm bagus !!

Ini masa kami keluar.... mak ai.... berduyun2 yg datang.....

Depan Hagia Sophia, muzium milik bersama Islam dan Kristian....
Sebab tu dinamakan Blue Mosque.... ada marmar biru...

Blue Mosque dari jauh..... 

Lensa DSLR saya merakamkan pula Blue Mosque yang sgt terkenal tu...


Inilah tiang dari marmar putih.... punyalah besar 

Solat di Blue Mosque.... sambil rehat sekejap....

Lagi dari lensa DSLR ku.....


Macam2 barangan seramik ada di bazaar jika membeli belah






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...