Hah! Hal apa plak?
Ialah….. tiba2 ada filem Istanbul Aku Datang….
dan filem Hollywood Taken2 pun buat di Istanbul.
Wooo… cam tu plak... tulah... aku gi Istanbul semua nak buat pasal Istanbul.....setahu aku, org Istanbul marah filem Hollywood Taken2 yang gambarkan org Islam (siap dgn azan sekali) sebagai penjenayah dan lokasi pulak dibuat
dilorong2 sempit, menggambarkan Istanbul yang “miskin”. Filem Melayu tu mesti
pasal cintan cintun kan?
Aku dah tunjukkan Istanbul yang cantik dan menarik…. dalam blog
aku ni….dan aku bukan nak citer pasal cinta atau anak yang hilang…..
tapi nak citer pasal data yang hilang... omputih kata missing data..
Data questionnaire ker?
Aah…. supaya ko tak buang kes yang tiada data. Terdapat macam2
cara treatment missing data. Aku sendiri
mengaku fening, almaklumkan aku bukan statistician yang mampu berkata2 dgn
numbers dan formulas! Aku sekadar
menjejak mana2 yang tercapai oleh aqal Pentium IV aku jer, khususnya yang dapat
dianalisis dgn mudah melalui SPSS.
SPSS?
Aah....Ingat bro SPSS bukan bermakna “Statistical Package for
Social Science” mcm yang byk ditulis dalam thesis ….buat malu kaum jer sapa yang masih tulis macam tu... sejak version 15….SPSS adalah SPSS….
Camner SPSS boleh tolong jika ada missing data tu?
Camni….. katalah ko mengedarkan qnaire dan mendapati ada
beberapa missing data. Ini aku buat dummy jer…. Katakan ada 20 responden… bukan
betul2 hanya sebagai contoh seperti screenshot berikut.
Lihat ID #6 ada 3 missing data. Begitu juga dengan ID #10, #15, #18 pun ada missing data. Selalunya apa yang ko buat?
Aku run jer SPSS tu… buat tak tahu jer missing data tu…. Sapa suruh tak isi….lagipun mmg aku tak tahupun apa nak buat …. he he !!
Iskh ko ni… ada ke cam tu ! Abis kalau SV tanya ada missing data tak… ko jawab apa?
Aku jawab…. No problem boss semua OK…
Perhatikan beberapa missing data dalam rajah SPSS kat atas tu….apa yang ko perlu buat adalah....
Ko klik Analyze – Missing Value Analysis
Bawa masuk variable yang ada missing data dalam Quantitative Variables dan Tick EM, then klik OK. EM adalah Expectation-Maximization. salah satu cara dapatkan missing data selain Listwise, Pairwise ataupun Regression.
Sebaik sahaja anda klik OK… ada keluar output dan satu data
set “baru” akan muncul tanpa missing value lagi semunya lengkap…. yahoo!!
Then kenalah merge variable baru ke dalam file yang asal guna function:
Data – Merge – Add variables
Yang ini ko kena explore ler camner nak buat.... the last sekali bila ko klik OK…. Jeng..jeng… ko akan dapat data yang lengkap tanpa missing data spt berikut.
Berikut adalah set data ko yang lengkap bro…. no missing data…
Jadi ko kena study ler sendiri kenapa guna EM, sekurang2nya ko ada rasional utk TIDAK membuang kes missing data begitu sahaja atau menganga jer bila kena soal...!!
Kalau ko hilang cinta... cinta boleh cari bro... kalau hilang data.... SPSS boleh carikan .... guna EM !!
Selamat mencuba dan jumpa lagi bro..... jgn ko pulak "missing in action" sudahlah !!
Kalau ko hilang cinta... cinta boleh cari bro... kalau hilang data.... SPSS boleh carikan .... guna EM !!
Selamat mencuba dan jumpa lagi bro..... jgn ko pulak "missing in action" sudahlah !!
OT
No comments:
Post a Comment