.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Wednesday, August 29, 2012

Tajuk 379: Template Menulis Jurnal Article - AROT


Aku ke Uitm semalam….menemui sifu atlas.ti Ani Munirah dan kawannya di Law Faculty. 

Emm.... makan kuih raya ker?

Tak... kuih buah melaka yang disebut di Negeri Sembilan sebut kuih kolopong. Paling best teh ais....sambil makan2 kuih… sempat juga berbincang pasal penerbitkan artikel. 


Duo-duo anak nogori suko kolopong !!
Dalam perjalanan pulang….. otak pentium IV aku yang dah tak ada slot nak upgrade ni terfikir utk sediakan satu templat menulis artikel bagi pelajar novice.. esp pelajar siswazah.

Template?

Aah.. aku ringkaskan sebagai AROT !

Woo… lagi satu acronym.. macam RFOT ker?

Tak… AROT to adalah Article’s Rules Of Thumb… he he jangan marah bro… ikut OT style ler… AROT ini aku siapkan paragraphnya sekali, pandai2lah ko nak isi paragraph tersebut....

Yang penting, templat ini boleh memberikan panduan umum utk yang baru2 berjinak nak tulis aricle... maybe belum pernah tulis artikel.. atau yang malu2 nak tulis artikel... dan yang sewaktu dengannya lah...

Cuma aku ada pesanan sikit.... sebagai pelajar yang menjalankan kajian, nama pengarang pertama mestilah nama pelajar.... kerana mengikut etika penulisan, pelajar adalah main researcher maka ko sebagai pelajar adalah main author... sebab data dan kajian tu ko punya. 

Kalau aku yang buat kajian.. apa bukti kajian atau data tu aku punya? SV akupun ada bagi idea... buat editing sana sini...

Pertama....kalau dah tak ada kajian... kajian tu ko tak tulis... camner SV ko nak buat editing. Betul tak? . 

Kedua.... dgn kajian yang ko tulis termasuk data ko tu lah maka ko di ijazahkan dgn master atau PhD...bukan SV atau orang lain.... Di halaman depan thesis awal2 lagi ko dah mengaku tu kajian ko....jadi bila tulis artikel maka nama ko lah patut jadi pengarang utama... dan bagi menghargai sumbangan SV... nama SV selalunya selepas nama ko lah...... win-win situation lah tu...

Emmm....


Dan template tu hanya satu yang umum dgn kandungan yang wajib ada... tetapi terdapat pelbagai style atau format yang ko kena ikut berdasarkan publisher yang berbeza. Namun, isinya tak akan lari dari template tersebut. Pendek kata, jika ko dah siapkan artikel mengikut template tersebut.. ko dah siapkan satu artikel yang considered complete !! Panjang pendeknya artikel ko tu jugak bergantung kepada keperluan journal yang ko nak hantar...dan kalau nak tambah paragraph pun tak ada...dan ada jurnal yang perlukan lit review di tulis juga.... itu tak kisah ler sebab ko mmg dah tulispun dalam thesis ko... tapi tak adalah sub heading utk LR pulak....

OK..OK... barulah aku ada satu panduan... at least.. kalau tak main taram jer.... ha ha

Aku bagi 2 option.... satu aku tulis template tu dalam entry ini... satu lagi ko boleh download di link berikut: 

AROT template

Inilah AROT - Article's Rules Of Thumb


TAJUK ARTIKEL SIMPLE
 TAPI CATCHY

Nama pengarang pertama1, Nama pengarang kedua2
1Universiti Putra Malaysia, Sedang, Selangor
2Universiti Multimedia, Cyberjaya, Selangor



Abstract
Abstrak adalah ringkasasan kajian yang mengandungi 1. Sedikit pengenalan terhadap tajuk 2. Problem statement 3. Rekabentuk kajian 4. Main findings 5. Kesimpulan. Kesemua ini ditulis secara paling ringkas bagi menggambarkan keseluruhan kajian. Semua variable utama mestilah tercatat dalam abstrak tapi tidak perlu dihuraikan. Tuliskan sahaja  reka bentuk kajian yang digunakan dan instrument, siapa sample / subject tanpa perlu huraikan dengan lebih lanjut prosidur kajian.

INTRODUCTION
Paragraph 1 – Perkenalkan tajuk kajian dengan menekankan kepentingan tajuk kajian tersebut dilakukan, dengan menyentuh secara ringkas gap dan problem statement.

Paragraph 2 – Kaitkan paragraph 1 dengan perkembangan semasa diperingkat international, regional dan local setting. Huraikan sedikit signifikan kajian dalam local setting dan kenapa kajian ini boleh menyumbang sesuatu yang baru to the body of knowledge.

Paragraph 3 – Maklumkan aim / tujuan kajian secara ringkas diikuti dengan objektif yang lebih khusus. 

METHODOLOGY
Paragraph 1 – Perkenalkan reka bentuk kajian … contohnya "In this research, the true experimental design was applied"…. This study examined how… The study was conducted …. Using pretest and posttest…

Paragraph 2 – Research procedure….sampling techniques….data collection…Ingat: jika prosidur kajian anda adalah procedure yang terlalu familiar (spt mengedar questionnaire…. tak perlu dihuraikan dgn panjang lebar). Jika prosidur ko kompleks sangat, ringkaskan dalam bentuk grafik, flow chart  mahupun jadual. Jangan membebel macam mak nenek semasa menulis artikel.

Paragraph 3 – Perkenalkan analisis data…. contohnya "A one-way between-group analysis of covariance (ANCOVA) was conducted to compare the effectiveness….. The normality and homogeneity were investigated beforehand…."

RESULTS AND DISCUSSION
Paragraph 1 – Berikan kesimpulan dapatan kajian yang utama sahaja which related to the objective of the study. Sertakan jadual atau graph bagi memudahkan pemahaman pembaca. Contohnya "Table 1 shows the descriptive analysis of pretest…. Table 2 shows the test between-subject….."

Paragraph 2 – Bincangkan dapatan di atas secara kritis to establish you own voice / ideas….

Paragraph 3 - give quantified proofs or triangulated proofs for qualitative research…write the most significant findings sahaja….discuss unexpected data, discrepencies (if any)

CONCLUSION
Paragraph 1 – answer the objective of the research… recap the importance of the findings as well as the implication and application in your area of research.

Paragraph 2 - give suggestion for future research.

REFERENCES

Yang ini kena pastikan cite betul2.. so gunakanlah reference manager macam Mendeley…. So tak derlah terkial2 nak menaip semuanya satu-satu…



OT - selamat menulis !





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...