.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Monday, August 6, 2012

Tajuk 377: Aku, PhD, FB dan program reality ciptaan sendiri !

Bro…..Kali ini aku sedikit menyimpang skit….. kebetulan hari ini cuti Nuzul Al-Quran…cuaca pulak redup….nak citer sikit based on my simple observation  pasal facebook. Ada berbagai kategori orang yang menggunakan facebook, aku cuma nak sentuh secara umum sahaja. 

Ini tak termasuk member2 Doctorate Support Group Facebook kerana sebahagiannya matang dan menggunakan FB sebagai medium berkongsi maklumat. Aku percaya DSG adalah satu contoh fb yang menepati fungsi sebenarnya dalam berkongsi maklumat. Inilah cara terbaik memanfaatkan fb. Namum diluar fb DSG, terdapat juga calon2 PhD, Master termasuk member DSG yang mungkin melalui senario berikut…. Sama2 kita renungkan….

Senario apa bro?

Aku ni pengguna FB juga… most of the time aku berada dalam DSG, jarang diluar DSG…. Cer ko peratikan keliling ko…dan lihat senario yang berlaku…

Pedia?

Sebelum tu ko perasan tak…. Kalau ko gi  mana2 ada saja org depan ko yang sedang tulis dan baca fb? Kat kedai, pasar malam, library, dalam masjid, hatta masa kuliah pun ada… dan pengalaman aku baru2 ni…aku berbuka dlm satu restoran sambil melihat satu keluarga sedang makan dengan dua anak remaja mereka. Aku perhatikan dua-dua anak remaja tersebut (lelaki dan perempuan) sambil satu tangan menyuap nasi… satu tangan lagi memegang smart phone sambil texting…. dan tersengeh sendirian.....tanpa bercakappun dengan kedua ibubapa mereka…..dari mula makan sampai abis….fuhhh dasyat !! Hanya mak dan ayah sahaja yang sekali sekala berbisik sesuatu…..

Bagi ko la…. Apa tujuan ko berfb?

Ha ha…..Untuk letakkan muka aku yang boleh tahan ni ler dalam fb….

Tu jer?

emmm…. supaya boleh berkomunikasi dgn kenalan lama dan baru atau dgn org yang  aku kenal dan tak berapa kenal dan yang pernah aku kenal…..dan yang nak kenal aku….

Kenapalah ko kata fb macam program reality bro?

Aku nak kongsi 10 scenario berikut dgn pembaca termasuk pelajar PhD dan Master yang perlu berhati2 supaya FB yang mula dilancarkan sejak 2004 tak menjadi pencuri masa anda…. Dgn membuat sesuatu yang unnecessarily…dan tak signifikan kepada progress kajian dan penulisan thesis 

Pertama:
Mula2 wujud rasa rasa ketinggalan zaman bila semua org mengguna dan bercakap pasal fb, sedangkan kita masih tak ada fb.

Kedua:
Oleh kerana tak mahu ketinggalan zaman, mulalah berjinak2 dgn fb…. Mulalah membaca post orang lain…. Then excited ler pulak……dan sedikit tercabar….Emmm….

Ketiga:
Mulalah aktif dgn fb ni…. tunjuk pic sempoi2….. then pic anak kalau dah ada anaklah…..then pic kat rumah tgh masak asam pedas….then pic kat ofis… pic pergi shopping….pic pergi picnic… pic pergi obersi…. Pic itu dan ini……lama-lama…pic kucing tido, pic buat cekodok pun nak di post kan......wujud perasaan “aku nak tunjukkan aku buat ini dan itu, dapat ini dan itu, pergi sini dan situ…”

Keempat:
Bila setiap post mendapat pujian, “like” tanpa disedari akan wujud sedikit perasan “wow” dalam diri….

Kelima:
Dalam masa yang sama apabila membaca post orang lain…. Yang nampak “dasyat” akan mencuit perasaan sendiri sehingga wujud semacam satu “competition” sapa yang boleh tunjukkan sesuatu yang “dapat menarik perhatian” orang lain membacanya… bagi mendapatkan banyak NOTIFICATIONS, MESSAGES dan FRIEND REQUEST.....mulalah persaingan secara tak sedar….. supaya pembaca membaca post tersebut…semuanya utk satu tujuan….”impress” kan orang lain kepada diri sendiri!!

Keenam:
Jgn tak tahu bro… ada yang setiap saat up date status dalam FB dengan memaparkan apa sahaja yang dia buat…. Bangun tidor… gosok gigi… siapkan sarapan…. tersekat dalam jam… makan tengahari….dapat hadiah….. makan malam…. Phew…. sehinggalah sampai cerita "Aku dan hubby nak masuk tido.. he he..." mujurlah tak ada kisah dalam selimut….Dan setiap kerja yang dibuat mesti otak berlegar2 camner nak di “facebook” kan ….Dah macam program reality ….. semuanya supaya dibaca oleh orang lain secara “real-time” fuhh!!

Ketujuh:
Bila buka komputer jer….. WAJIB buka facebook dulu….. jika tidak tak boleh buat kerja lain…. Betul tak?




Kelapan:
Dulu ada pic kita simpan jer….. buat tatapan sendiri.,, syok sendiri….sekarang, senang2 boleh share pic tersebut bila post kat wall facebook sendiri atau wall kawan…. Emmm… incredible… contohnya seperti sengaja post ucapan selamat tinggal kepada kereta lama (sebab nak bagi tau semua orang “aku beli kereta baru”) atau sengaja post pic baju raya anak2 (sebab nak bagi tau “baju anak2 aku semua branded”) atau post kan lauk pauk atas meja (sebab nak bagi tau “aku pandai masak – ko pandai ker?”) dan lain2…. Ko tambahlah sendiri…. Semua ini terselit rasa “gah” pada diri sendiri …Jangan tak tahu bro…. ada yang mengambil pic bukan utk tatapan sendiri tetapi mengambil pic khas utk dipaparkan dalam fb dan tag segala kawan yang dikenali !!

Kesembilan:
Ini adalah satu tahap yang mana pengguna fb merasakan spt satu "kewajipan" utk update status dan melaporkan setiap yang dibuat di fb! Rasa resah jika tiada yang boleh dikongsi dalam fb dan terasa bersalah jika ini berlaku. Akhirnya bukan fb lagi menjadi wacana berkomunikasi dan berkongsi maklumat tapi akhirnya menjadi "beban" ciptaan sendiri yang akhir tidak mendatangkan apa2 yang signifikan pun kepada research dan kemajuan tesis anda, kepada pembaca selain.... membuang masa.....dan mengundang gloating showoff.... tanpa disedari....wpun ada yang pasti tak setuju dengan aku... 

Kesepuluh:
Paling best wujud kumpulan yang mula2 "just for fun" dan "saja isi masa lapang" dan "boring tak buat apa" tapi tak disedari akhirnya  kemaruk fb.... ko tulis aku komen... sebab bila aku tulis ko pun rajin komen... he he. Ini ditambah dengan sekumpulan yang tak suka post tapi suka baca... dan suka komen... apalagi naik tochanglah kumpulan kemaruk tu...sampai tunjuk dalam fb benda pelik2 termasuklah berus gigi anak, stokin suami yang lusuh, baju tidor.... patutlah sampai ada kes ibu suruh anak kecik gi kedai sendirian sebab asyik dengan fb... mudah2 tak sampai ler ke tahap itu...

Abis bro... fb ni tak baik lah?

Yang tak baik bila dah kemaruk.... bukan setakat kat rumah, kat ofispun asyik tersengeh melayari FB.... dan tak hairanlah byk ofis dah sekat FB....bayangkan sambil menaip surat sambil layan FB....  jika tidak sekat FB ni.... bangkrup ler company.... dan ko jgn tak tahu... selain temuduga utk pekerja baru...employer dah mula siasat FB bakal2 employee... dan kalau bakal2 employee ni kemaruk FB.... mintak maaf ler..... "you are fired" wpun belum dapat kerja tu lagi.....memanglah asalnya Fb ni mmg baik dan informatif jika dikendalikan secara wajar....sama macam makan nasi... wajar makan nasi ketika lapar... tapi kalau makan tak henti-henti.....dari meja makan bawak ke bilik tidor.....boleh bawa mudarat ....mati terlebih makan..... mudah2an jadi peringatan bersama....

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...