Salam bro.. amacam puasa?
Biasa jer... cuma penat dan mengantuk ler sikit2.....
Bila semester baru dibuka?
Semester baru akan bermula 10 September di IPTA, selepas raya. Pasti ramai calon2 PhD dan Master yang akan mula mendaftar.
Tajuk ko ni pasal document map ker?
Aah.... sedikit tambahan dari apa yang aku tunjukkan dalam bengkel aku....terutama yang ikut gaya UKM, first page tak bleh ada number.... entahlah.... apa ke he nyer pulak macam tu. Tapi bro....sebelum aku berikan steps bagi tajuk di atas, aku nak ucapkan tahniah kepada lebih kurang 30 perserta yang dah daftar untuk hadiri bengkel penulisan pantas dan effisyen pada 4 September 2012 (masih mood raya tu..) walaupun aku baru create event di fb. Aku jangka akan ramai lagi yang mendaftar selepas ini.
Emmm.... sure ramai muka2 baru?
Aah.... paling best ada yang takut nak ikut sebab belum ada tajuk !! Ada yang kata otak dia masih kosong? Tapi aku bagi tau... bengkel aku ni paling sesuai utk golongan macam ni ler....
Kenapa penulisan satu skill yang terabai dalam memastikan kelicinan dan kelancaran membuat PhD?
Tulah bro....ramai yang taking thing for granted.... menganggap kemahiran tersebut sesuatu yang sentiasa kita miliki, tak perlu dipelajari kerana kononnya dah mula menggunakan komputer bertahun2, takkan nak belajar lagi.....dan sekarang pula hampir setiap saat tangan menekan keyboard menulis dalam facebook....
Bulan puasa ni...menulis fb pun tak pernah kurang....siap tunjuk hidangan masa berbuka penuh satu meja.... takut2 ada show off sikit "aku pandai goreng ikan" (sebab yg lain tu beli kat bazar Ramadhan...emm).... sdgkan orang yang berbuka dengan air kosong dan sebijik tamar tu lah yang terbaik....tu belum lagi update statusmu ...tagging-tagging... flirting-flirting...poking-poking...chatting-chatting.
Menulis tesis sukar kerana ada format yang khusus. Jika ikut gaya UKM, lagi details.... sampai first page tak boleh ada number bla bla bla....dll sehingga memeningkan kepala yang tak sepatutnya pening !!
Aahlah... apasallak macam tu..... tu tak termasuk lagi headings, captions, lists dll.....kalau format yang standard spt APA citation adalah spt (Othman, 2010), gaya UKM pulak tak ada comma...(Othman 2010), iskh..... apa agaknya rasional format UKM ni?
Yang ko merungut ni apsal?
Aku ni almnumni UKM bro.... dah lalui semua gaya UKM masa aku buat tesis aku dulu..... tapi aku masih bertanya2 mengapa ada Gaya UKM, pastu nak hantar article ke journal ubah pula ke gaya STANDARD macam APA. Otak pentium IV aku ni tak nampakpun perbezaan yang "SIGNIFICANCE" antara (Othman, 2010) dan (Othman 2010) sekadar satu "," sahaja... sedangkan comma itu perlu utk pisahkan author dengan tahun publication !!
Relex lah bro....
Aku relex ler ni....Kali ni aku cuma nak bagi tahu bagaimana nak "invisible" kan number di page pertama spt mana gaya UKM. Ini pun aku tak faham... elok2 ada number di page pertama, kena hilangkan pulak. Pernah dalam bengkel aku bagi tahu peserta supaya gunakan "liquid paper" sahaja.... tapi tu tak canggihlah.... jadi aku nak bagi tahu cara guna MSWord.
Cam ner tu?
1. Pergi pada muka pertama (atau bab) yang ada number 1 (ini bagi bab 1 lah...)
2. Pergi ke Page Layout dan tekan arrow di bawah Hyphenation tu (lihat pic) supaya dapat pop-up Page Set Up
3. Kemudian di bahagian Headers and Footers.. Klik Different First Page. Langkah ini akan hilangkan number di page tersebut serta merta tanpa menggangu urutan page lain yang sedia ada.
4. Pergi muka surat pertama Bab 2 (atau Chapter 2), then ulangi perkara 3 diatas. Jika ada 5 bab, buat ler 5 kali.... nescaya hilangkan muka surat di muka pertama setiap bab.... dan bergayalah anda dengan Gaya UKM ...
Tu jer bro?
Aah.... cukuplah sebab ini tambahan kepada teknik document map yang aku ajar dalam bengkel2 aku...selamat berpuasa dan semoga raya kali ini ko lebih bergaya selepas berjaya membuat Gaya UKM....ehemm...
Selamat berpuasa dan berbuka !
OT
No comments:
Post a Comment