.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, June 7, 2011

SOALAN 20: TIDAK CUKUP SAMPEL !!

Soalan:


salam en zahin

saya merupakan pelajar sarjana dan akan menjalankan kajian keberkesanan mengenai suatu alat bantu mengajar (ABM) dalam suatu subjek. masalahnya, bilangan pelajar yang mengambil subjek tersebut hanyalah 12 orang dan tiada pelajar lain yang mengambil subjek tersebut pada semester ini. setahu saya bilangan sampel mestilah sekurang-kurangnya 30 orang. 
soalan saya, bolehkah saya membuat satu lagi eksperimen yang berasingan terhadap kumpulan lain (kumpulan senior) dengan mengambil bilangan sampel seramai 20 orang bagi mencukupkan bilangan sampel 30 orang. kdua-dua eksperimen adalah untuk mencapai objektif kajian yang sama iaitu untuk melihat keberkesanan ABM tersebut.

pertolongan tuan amat saya hargai dan dahului dengan ucapan terima kasih..



Respon:


Maaf, saya bukan zahin. Itu nama anak saya. Elok juga anda baca latarbelakang saya, barulah tanya soalan. Buka apa, anak saya Zahin baru 4 tahun lah !!  Apapun tq kerana bertanya.


Begini......
Saya fikir anda tidak faham konsep kajian keberkesanan / eksperimental. Anda perlukan bukan 30 subjek tetapi 60 orang iaitu 30 kumpulan eksperimen dan 30 kumpulan kawalan. 


Anda tidak boleh buat satu kumpulan atau one-shot experiment design, kerana design ini lemah bagi kajian eksperimental peringkat sarjana. Jika peringkat projek bagi kerja kursus boleh lah.


Apa yang anda boleh buat adalah mencampurkan pelajar junior dan senior menjadi 32 di IPTA anda dan ambil 32 pelajar lagi di IPTA lain yang mempunyai ciri yang sama. Kaedah quasi-experimental ini lebih sesuai di sekolah kerana pelajar yang homogen, tetapi sukar di IPTA.


Cadangan lain - anda terpaksa fikirkan kajian lain yang tidak memerlukan sampel yang ramai seperti kajian kuantitatif. 


Jika ada soalan lain tehtang hal ini saya saya tidak jawab, sila maklumkan.
Suatu hari di France




OT



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...