Aku telah menulis pasal SLOT (story line of theme) dalam tulisan aku sebelum ini.
Talk aku di JOM HEBAT UPM Serdang !! |
SLOT ini adalah usaha aku utk memecahkan code dalam penulisan LR yang menjadi kesukaran kepada sebahagian pelajar, termasuk aku sendiri.
Ingat: SLOT ini adalah satu story line sebagai permulaan untuk anda menyediakan LR kerana ramai yang tak tahu sebenarnya apa yang nak ditulis selepas atau ketika membaca artikel. Pandai2lah anda utk membina heading dan sub-heading dalam LR anda.
SLOT ini cuba membantu anda menulis LR supaya SEMUA ingredient utama tidak ketinggalan 3 tujuan utama LR adalah:
1. mendemonstrasi apa yang anda tahu tentang bidang kajian anda supaya anda boleh menetapkan "stand" yang anda pilih bila mengupas isu yang ingin dikaji serta mengetahui kajian semasa yang berada di frontier of knowledge
2. memberikan justifikasi kepentingan kajian serta "what else need to be done" utk sumbangan yang signifikan kepada knowledge dan bagi menarik perhatian scholars dalam bidang yang sama
3. menunjukkan rasional pemilihan methodology (khususnya theory) yang betul
LR terbahagi kpd Intro, Body dan Conclusion.
A: INTRODUCTION
ini bukan introduction spt Chapter 1 yang berkaitan dengan background kajian anda. Ini adalah introduction kepada isi LR yang akan anda tulis. So tak ada hal punya…. anda boleh tulis kemudian.... yang penting adalah BODY atau isi bagi LR yang perlu anda buat dulu....
Terdapat 10 SLOT utk menyediakan asas BODY bagi LR yang lengkap.
B: BODY
SLOT 1 : Common topic
Baca kajian-kajian yang mempunyai topic (katakan animasi dalam sains) yang sama wpun dlm bidang / context berbeza spt animasi dalam subjek lain selain sains. Tulis secara umum isu yang disentuh dan kepentingan setiap kajian.... brmakna anda mendedahkan secara ringkas isu2 utama yang telah mendapat perhatian kajian lepas dan mengapa isu tersebut penting. Kupasan ini utk membuka minat international readers atau scholar dalam bidang tersebut.
SLOT 2 : Main idea
Sudah pasti ada common idea mengapa kajian2 yang berkaitan animation misalnya dilakukan sehingga kini dan bagaimana isu yang dikaji menjadi main idea dalam kajian lepas. Contohnya , potensi animation menjadi isu kerana dapatan kajian lepas tidak mempunyai hasil yang konsisten antara penggunaan animasi dgn kaedah tradisional dalam pengajaran sains. Main idea ini penting kerana anda perlu tahu the frontier of knowledge serta mengembangkan main idea tersebut dgn menjawab soalan “what else need to be done”.
SLOT 3 : Definition of terms / keywords
Tak semua kajian guna terms atau keywork yang sama. Jelaskan mengapa terdapat perbezaan ini dan mengapa anda memilih apa yang anda gunakan. Istilah misconception misalnya digunakan juga istilah spt pre-conception, student’s conception yang membawa maksud yang umumnya sama. SLOT ini akan mengurangkan kekeliruan pembaca yg mungkin menggunakan terminologi yang berbeza.
SLOT 4: Main authors
Terdapat (mungkin) beberapa leading , prominent authors / researchers – what are their stand about your topic. Dalam animasi nama spt Mayer, Russel dan Tsai perlu dikupas kajian2 mereka. Mengunakan kajian2 dari main authors ini akan memberi kekuatan kepada LR anda.
SLOT 5 : Theoretical approach / Models
Terdapat banyak teori / model / theoretical framework yang releven perlu dikupas - to get a good overview of the prominent approaches to your concept. Wbpun, selepas kupasan overview ini, sediakan satu sub-heading hanya untuk theory akan anda gunakan sebagai asas kajian anda.
SLOT 6 : Methodology
Bandingkan method utama dalam kajian lepas, dan anda mungkin tertarik untuk menjalankan kaedah yang lebih baik / advanced / comprehensive / mixed method – apa sahaja asalkan menepati tujuan kajian.
SLOT 7 : Debatable / arguable statement – aggrement
Kajian lepas yang membahaskan isu menyebelahi thesis statement anda – apa rasional dan bagaimana ia selari dgn hipotesis kajian anda, dan dapatan yang novel yang anda jangka membawa kepada contribution dan signifikan kepada knowledge dalam bidang kajian.
SLOT 8 : Debatable / arguable statement – disaggrement
Kajian lepas yang membahaskan isu yang tidak sepenuhnya menyebelahi thesis statement anda – apa rasional dan bagaimana ia bertentangan dgn hipotses yang anda uji. Ini bagi mengupas pelbagai perspektif lain yang melingkari isu yang anda kaji.
SLOT 9 : Main Finding and conclusion
Kupas dapatan utama dan conclusion kajian lepas yang menyediakan “what else need to be done” bagi menyokong apa yang anda lakukan dlm mengembangakn pengetahuan dalam bidang kajian anda. Kupas supaya pembaca mengetahui novelty yang anda akan kaji.
SLOT 10 : Specific / Special issues / findings (if any)
Ini adalah SLOT terakhir jika terdapat apa2 kelainan utk anda nak kupas yang releven dgn kajian anda. Misalnya, ada artikel yang kaji simulation atau avatar yang juga ada kaitan dgn animation.
C: CONCLUSION:
Yang ini adalah kesimpulan LR…. Pandai2lah anda simpulkan apa yang dah anda tulis dalam BODY LR sambil menegaskan kepentingan kajian dan pendirian anda mengikut thesis statement yang sendiri.
OT
No comments:
Post a Comment