Dulu ada DBA holder merajuk bila dikatakan PhD lebih tinggi makamnya dari DBA. Bila aku tanya soalan "bodoh", mana lebih tinggi makam PhD dalam bidang bisness dari universiti ranking 500 atau DBA dalam bisness dari Princeton, universiti ranking 3.... tak ada jawapan....
Kini ada yang tanya adakah makam thesis lebih tinggi dari dissertation, sebab uni tempat dia belajar guna perkataan "dissertation" bukan "thesis". Ini macam budak2 kata.... "spiderman lebih hebat dari batman....." then berbalah sampai menangis !
Izinkan aku kupas sikit pemahaman aku akan dua benda ini.
1. Kajian perlukan argument, dalam bahasa akademiknya “thesis statement”
2. Kajian perlu dijalankan bagi menguji thesis tersebut.
3. Kerja2 penulisan atau mendokumenkan hasil kajian terhadap thesis tersebut dalam bentuk manuskrip dinamakan dissertation.
4. Dissertation adalah proses menyiapkan manuskrip yang memerlukan format yang tersendiri (sehingga ada gaya itu dan ini...), sebagai naskah akademik sebelum diterima sebagai pra-syarat mendapatkan master / PhD.
5. Jadi yang anda hantar adalah dissertation bagi membuktikan kajian anda dalam menguji thesis statement kajian anda.
6. Oleh kerana dissertation itu pembuktian bertulis untuk satu thesis, walaupun yang dihantar itu adalah dissertation.... tapi lebih "canggih" disebut “Thesis Submission”.. lalu di kebanyakkan uni.... naskah tersebut pun disebut "thesis", dan sebahagian uni memanggilnya dissertation.
7. Jadi jgn bergaduhlah pulak thesis tu lebih tinggi makamnya dari dissertation....atau sebaliknya... sebelum mengetahui context penggunaannya...
OT - Seoul, South Korea
No comments:
Post a Comment