.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, February 26, 2015

Tajuk 710: 20 pantang larang item dalam qnaire - jgn buat selamba !

Tujuan qnaire utk dapat informasi tentang pendapat dan nilai yang responden sendiri tidak pernah defined secara explicit utk diri sendiri. Oleh itu, item mestilah tepat, jelas dan seringkas mungkin supaya mudah responden memberikan respon.

Banyak qnaire singgah dimeja aku. Pergghh... byk sungguh yang langgar pantang larang membina item... ada yang hampir semuanya melanggar pantang larang berikut, tapi buat selamber jer...

Paling best...siap tunjuk bukti item yang diambil dari tesis lepas... tetapi ini tak bermakna item terlepas terlepas dari komentar aku...




Baca 20 perkara berikut.... dan semak semula item anda....11- 15 perlu dielakkan ... 16- 20 tu pesanan

1. Leading: Sebagai seorang Islam, saya ….. 
2. Direct : Pendidik mestilah peka kepada perkembangan….
3. Double barrelled: Saya menjadi pendidik kerana minat dan pengaruh kawan…
4. Double negative: Organisasi tidak memberi keutamaan kepada kakitangan yang tidak mencapai KPI
5. Andaian: Saya akan ..... sekiranya dilantik sebagai…
6. Future intention: Dalam tempoh 5 tahun lagi, saya akan…
7. Jargon: Pelajar perlu didedahkan kepada ubiquitous learning 
8. Kabur: Pendekatan e-learning memerlukan penguasaan terhadap m-learning.
9. Exclusive (jgn sampai bertindih): Sebagai bapa dan guru, saya…. 
10. Sensitif: Merokok adalah penyumbang kepada pencemaran udara
11. Emosi: Plan strategik pasca banjir….. mangsa yang tidak berdosa sama sekali.
12. Responden bukan penilai: Cara pengajaran guru saya berkesan kerana …
13. Menyusahkan responden: Perbelanjaan sehari untuk elektrik pada tahun lepas….(akhirnya responden main taram jer...) 
14. Diluar pengetahuan responden: Penurunan harga minyak global memberi kesan kepada kenaikan kadar inflasi Malaysia (akupun tak leh jawab....). 
15. Dah tahu tanya pula: Penguasaan Bahasa Inggeris penting dalam kerjaya...
16. Semua item mestilah mempunyai dimensi positif, kalau ada item negatif perlu di kod semula (recode)
17. Item yang tidak menepati objektif kajian
18. Menyediakan item yang terlalu banyak kepada responden yang anda tidak boleh kawal (spt orang awam)
19. Gunalah bahasa biasa-biasa bukan bahasa terlalu “akademik”
20. Menyediakan item yang hampir sama berulang-ulang sampai boleh muntah responden menjawab...

Jawap 10 item berikut tentang ciri-ciri persembahan A.
Jawap 10 item berikut tentang ciri-ciri persembahan B.
Jawap 10 item berikut tentang ciri-ciri persembahan C.
Jawap 10 item berikut tentang ciri-ciri persembahan D.

Kalau sendiripun naik muak tengok item yang banyak... tentu responden lebih lagi...

Jika tanya aku..... approx 30 item memadai utk satu qnaire.... Jika ada 5 konstruk, 10 item setiap konstruk .. 50 item utk pilot... then kurangkan jadi 30 item terbaik (plus 5 - 10 demografi) !

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...