.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Sunday, July 20, 2014

Tajuk 627: Cari TAJUK kajian – 10 langkah jer bro !!

Aku terima beberapa PM dan salah satunya adalah spt berikut:

“Slm Ramadhan Dr. OT. Ble minta pandangan Dr tentang tajuk Proposal Phd saya - "Pelaksanaan Aktiviti Masjid XXX Sebagai Proses Pembelajaran Sepanjang Hayat".

Terima kasih kerana bertanya. Oleh kerana aku dah tulis banyak gak tentang ini tapi aku maklum…. pelajar pun silih berganti. Jadi aku akan cuba aturkan apa yang perlu ko fikirkan sebelum ko boleh dapat satu TAJUK yang “sesuai”.. secara simple sebab dah tak larat nak tulis panjang2….maklumlah dah petang2 cam ni plak....

Aku bagi contoh supaya mudah.

Pertama
Field of study - Computer education
Pastikan ko mempunyai asas (terutama dari peringkat undergrad) dalam field of study. Jika ko dari pendidikan komputer maka field of study ko adalah computer education.. jgn ko menggatal nak kona ke field of study lain plak.. . Dgn itu…. segala2 yang berkaitaan dgn computer education selepas ini mesti ada dihujung jari ko !!

Kedua
Topic – Mobile application 
Dari pembacaan dalam scholarly literature computer education yang beribu2….. ko akan menemui pelbagai gap / perbahasan / argument / issues dalam field of study tersebut… Dari perbagai isu dalam computer education, ko jumpa e-learning, m-learning, e-learning, web-based learning, multimedia learning, animation dll… maybe ko nak memilih topic yang sesuai dgn minat ko.. katakan mobile application sebab topik ini masih fresh… berbanding dgn yang lain.
Maksudnya... kalau ko tak mencari artikel dan mula membaca (gunalah MENDELEY) ... baik ko diam2 jer dulu !!

10 Panduan !!

Ketiga
Area of Investigation – learning model for mobile application in Chemistry
Selepas mendapat topic (ingat…. belum lagi tajuk kajian), carilah pula area of investigation yang ko nak jalankan kajian berkaitan dgn mobile application.
Katalah ko nak jalankan kajian dgn membina model utk mobile application dalam kimia, kerana belum ada model yang dibuat lagi…. (ini satu gap) maka ko menjurus pulak pembacaan kepada artikel / bahan berkaitan pembinaan sesuatu model / modul.
.
Keempat
Original dan significant contribution to the knowledge
Ketahuilah bahawa bottom line kajian ko nanti mestilah original (maksudnya ko bukan reproduce kajian orang lain bulat2) dan ada significant contribution to the knowledge (at least berguna sebagai rujukan kepada scholars dalam bidang yang sama) utk mengembangkan lagi pengetahuan dalam computer education.

Kelima
Interesting
Jika ada peluang, carilah tajuk yang menarik minat scholars dalam bidamg yang sama…. Atau mereka yang dalam bidang yang hampir2 sama. Maksudnya bila ada presentation… ramai yang tertarik dgn tajuk ko…. bukan bila ko present… yang datang hanya ko, pengerusi dan presenter sahaja tanpa audien hu hu …

Keenam
Time-based 
Bolehkah skop tajuk tersebut disiapkan dalam tempoh pengajian ko? Jgn sampai ko nak buat mixed method… bina instrument…. sampai tak sempat 3 tahun nak siap SV patut boleh memberi pendpt dalam hal ini.

Ketujuh
Rigorous
Bolehkan kajian dijalankan secara rigorous, maksudnya terdapat banyak literature bagi kupasan secara kritis dan mendalam, analisis data dapat menggunakan intermediate ataupun advanced statistik, bukan sekadar descriptive sahaja. Kalau literature pun cipot.... sukarlah jadi rigorous....

Kelapan:
Researchable
Jgn cari topic yang sukar mendapat sample, atau sample terlelu exclusive, VIP…. skop kajian terlalu luas sampai satu MALAYA, variable terlalu banyak, atau terlalu baru dalam scholarly literature…. sampai sukar nak jumpa artikel… yang maybe tiada teori yang mantap.. atau yang menyentuh polisi orang politik yang boleh berubah2 atau yang menyentuh kepentingan pihak atasan…. atau ko menerima tajuk bombastic dari SV atas nama grant, RA dll yang tak tercapai aqal ko utk jalankan…. dll yang ko fikirkanlah sendiri !!

Kesembilan
Tajuk - So what?
Dah selesai lapan langkah di atas, bolehlah ko rangka TAJUK kajian. Namun, jgn sampai tajuk kajian ko “senang2” boleh dijangka jawapannya.. atau yang tak ada soalan utk dijawab. 
Kajian spt keberkesanan ICT berbanding buku…. Maybe dah tak berapa sesuai utk master / PhD kerna ko boleh jangka jawapannya… esp dari kajian2 lepas. 
Kalau kajian…. Hubungan antara faktor X dan Y…. dan ko tak leh jawab “So what?” maka kajian tersebut tak sampai makam master / PhD. 
Kajian spt “Pelaksanaan Aktiviti Masjid XXX Sebagai Proses Pembelajaran Sepanjang Hayat" pula tiada apa yang perlu dijawab. Ia spt satu pernyataan sahaja. Tajuk ini pun tidak akan menjawab apa2 dgn persoalan “So What?” atau jawapannya tidak memberi makna

Kesepuluh:
Selepas ko yakin dan bersedia dgn sembilan perkara di atas barulah ko tetapkan TAJUK kajian ko… utk dibawa berbincang dgn SV.... bukan awal2 lagi dah siap tajuk dalam kepala ko yang kosong !! 
Paling best ramai yang terus melompat ke langkah kesepuluh then tanya soalan cepumas “Sesuai tak tajuk kajian saya ni” !!

OT 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...