Petang tadi hujan turun.... lega. Mlm ni agak dingin.... taraweeh pun lebih selesa.... now aku nak tulis "sikit" tentang concept paper... khususnya bagi anda yang belum jalankan kajian dan tiada data.
Kertas kerja konsep (concept paper) adalah analisis “mendalam” sesuatu idea yang masih fresh dan boleh mengundang persoalan / kontroversi / pendapat / argument / diskusi dari pelbagai sudut / school of thought. Tajuk seperti “ICT in education …” tidak sesuai utk concept paper kerana sudah “tidak fresh” lagi.
Penyediaan concept paper menuntut anda menguasai dgn baik tajuk “fresh” yang dipilih, khususnya isu yang dipilih. Anda perlu mencari satu research gap yang ada urgency utk dibahaskan dari pembacaan literature yang intensif. Sebagaimana research paper, journal tetap menjadi rujukan utama perbincangan.
Menyediakan kertas kerja konsep secara tidak lansung menguji pemahaman anda terhadap keunikan research gap kajian anda serta kemampuan anda mengupas isu berkaitan dgn research gap tersebut secara kritis dari perbagai perspektif.
Ambil contoh isu kemunculan mobile learning yang menggunakan tag “learn anywhere anytime”, satu extension baru kepada e-learning yang boleh dikupas dari pelbagai sudut. Mungkin dgn contoh tajuk2 berikut, akan memberi anda idea apa yang diperlukan bagi concept paper…
Contoh tajuk:
a. Standing at the Crossroads: Mobile Learning and Cloud Computing
b. Mobile application for mobile learning – A new learning theory?
c. Will mobile application really influence mobile learning?
d. From e-learning to m-learning: Moving Beyond “No Significant Difference”
Satu lagi bentuk concept paper adalah berbentuk "meta analysis"….yang ini lebih kepada membuat satu kesimpulan atau review dari gabungan kajian terdahulu (katakan for the last 5 years) dalam isu yang "masih panas" dibahaskan.... dgn menganalisis puluhan artikel dalam tajuk yang saling berkaitan utk memberi satu kupasan dan penilaian semula hasil dari analisis dapatan dan teori dari artikel2 terdahulu tersebut. Contoh tajuk yang sesuai spt:
a. A Meta-analysis of educational computer games as learning tools in e-learning.
b. An application of ICT in classroom: Differences Across Problem Types,
Implementation Types, Disciplines, and Assessment Levels
c. Internet-based learning in science education: a meta-analysis.
Dari tajuk2 di atas, anda boleh memikirkan tajuk yang sesuai dalam kajian anda sendiri,..... jadi mengapa tidak mencuba menerbitkan concept paper sementelahan kajian belum bermula dan tiada sebarang dapatan kajian lagi.
No comments:
Post a Comment