.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, July 29, 2014

Tajuk 629: PhD / Master – Contribution to Knowledge hanya “a piece of cake” !

Hari raya tidak menghalang aku utk menikmati juadah termasuk kek sambil mencuri2 masa utk menulis… sekali sekala termenung dan berfikir sambil menelan kek. Post semalam aku menulis tentang keperluan “Contribution To Knowledge” atau CTK yang perlu dijelmakan secara jelas dalam penulisan thesis. 

CTK yang aku maksud dalam tesis agak straight forward …. spt pembinaan model atau formula atau instrumen even prototype…. dalam bidang kajian masing-masing…..maksudnya calon PhD/master yang telah lulus hanya akan memberi fokus kpd fenomena dalam bidang kajian masing2 sahaja. 

Izinkan aku nak ber”futuristic” skit !

Fenomena dunia hari ini semakin diversed dan kompleks. Membuat kajian stail keibubapaan atau stail pembelajaran dan cuba mengaitkan dgn pencapaian pelajar adalah “one piece of cake” sahaja …. kerana pencapaian pelajar adalah jauh lebih diversed dan kompleks dari itu. Ini menjadikan dapatan kajian yang sekadar mengkaji stail itu dan ini tidak akan membawa banyak makna sebagai CTK. 

Begitu halnya dengan kajian pencemaran alam sekitar spt pembuangan sampah….. yang wpun kesannya dapat dilihat secara jelas dan straight forward… namun fenomena ini bukan sekadar kajian tentang persoalan sikap atau penguatkuasaan undang-undang…. kerana fenomena ini juga merangkumi budaya hidup, keagamaan, psikology, kesihatan awam, pendidikan, penyakit berjangkit, rasuah, politik, penyelewengan dll… !! 

Maknanya, CTK yang dihasilkan hanya mengkhusus kepada sesuatu bidang spt pendidikan, atau psikology ….. tidak akan membawa banyak makna…. malah dalam kebanyakkan kes… tidak membawa apa2 yang dianggap bermakna !!

Silakan makan kuih raya… sambil teruskan pembacaan. 

Menggunakan statistik yang advanced bagi menghasilkan satu model dalam satu disiplin tertentu berpandukan satu teori tertentu dalam hanya satu disiplin tertentu adalah baik tetapi ia masih “a piece of cake”. Maka aku terfikir…wpun hanya statistik yang basic / intermediate digunakan tetapi berfungsi memberi gambaran “how those pieces are connected” akan lebih memberi makna sebagai CTK dalam sesatu kajian. Kajian yg cuba utk mencari jawapan kepada “how those pieces are connected” akan melibatkan penguasaan beberada disiplin selain menagih “ceativity” dan mungkin juga “innovation” penyelidik. 

Maaf bahasa aku makin canggih.

Aku sekadar memikirkan bahawa calon PhD / Master yang telah menguasai satu disiplin… perlu sekurang2nya ada pengetahuan dalam disiplin2 lain yang saling berkaitan dgn kajian yang ingin dilakukan. Setidak2nya…. beberapa disiplin yang releven utk difahami dan jika boleh dikuasai. PhD yang selama ini “memberi fokus yang mendalam dalam satu2 disiplin” supaya terhasillah pakar dalam satu2 bidang tertentu pada hemat otak intel pentium aku ni telah semakin kurang relevan.

Aku terus berfikir.

Aku sendiri telah melaluinya. Aku mempunyai asas dalam pure chemistry diperingkat first degree. Oleh kerana aku nak jadi pensyarah, maka aku mengambil pedagogy (kaedah mengajar) diperingkat master…. dgn melalui sedikit kesukaran. Aku terpaksa belajar SPSS yg juga asing pada aku dan pelajar lain ketika itu. Then aku belajar membuat animasi dan mendalami teori multimedia yang juga asing bagi aku utk aku integret dalam pengajaran Kimia aku… dgn menambah komponen animation ketika diperingkat PhD. So aku masuk bengkel animation dan belajar software Flash from scratch !!

Jika peringkat master aku hanya buat quantitative…. peringkat PhD aku masukkan qualitative. Kini dgn sedikit creativity, aku cuba buat innovation sesuatu yang “baru” dalam dunia pendidikan kimia iaitu membina mobile application yang aku namakan OCRA – Organic Chemistry Reaction Apps. Mobile application ini dah siap dan akan dipresent dalam ECEL2014 di Denmark November depan. Aku sekadar ingin jadi seorang yang versatile… sekurang2nya utk kepuasan diri sendiri.

Aku dalam dilema.

Pihak pengurusan selalu persoalkan aku – apa bidang kepakaran aku sebenarnya? Mereka tak boleh terima jika aku katakan aku menguasai 3 bidang….Pendidikan Kimia, Pedagogy dan Multimedia… Bagi pihak pengurusan, kepakaran perlulah hanya satu…. barulah pakar sedang bagi aku kepakaran perlu colourful . barulah meaningful… dalam dunia yang semakin complex dan diversed ini...

Jika aku tanya…. semua kenal Edward de Bono…. medical doctor yang juga ada PhD dalam psychology. Tentu anda kenal juga Prof Muhaya (tak lama lagi confirm dapat Dato) yang juga pakar mata tapi menguasai pengetahuan Islam berkaitan psikologi. Kata2 dan pendapat kedua mereka ini jauh lebih mendalam dan berkesan dari hanya mendengar pandangan pakar psychology sahaja…. betul tak ?

Emmm…. !!

Jadi motif post aku ini adalah utk melihat graduate school mampu menghasillkn graduan yang multi skilled, multi disciplinary bagi mengkaji apa sahaja fenomena dgn lebih realistic dan bermakna. CTK mestilah terhasil dari intersection pelbagai perspective disipline bagi merungkai complexity fenomena tersebut. CTK tidak boleh lagi berkisar hanya “within one particular field” tetapi mesti menuju kearah “between different fields”….

Woo.. itu macam susah ler.

Apa yang susah? PhD / Master adalah self education in nature. Maknanya graduate school kena lebih flexible…. Maybe membenarkan pelajar mengambil kursus merentas disipline…. Dan ini perlu dimulakan diperingkat master. 

Aku faham…. akan wujud halangan… kebanyakkan expert khususnya dalam social science di institusi pengajian tingga tidak akan bersedia utk membuat “paradigm shift” tersebut.

Jika ada pelajar dalam pendidikan yang mahu membuat kajian pencapaian pelajar dgn aspek genetic….atau pelajar sport science utk kaitkan dgn “syariah compliance sport” maka siang2 lagi tajuk tersebut akan di reject ! Cayolah cakap den.... dgn alasan "Tidak berkaitan dgn kepakaran dijabatan ini"...

Ingat bro… aku bukan nak cadangkan pelajar pengajian Islam buat kajian pasal theory engineering…. Atau pelajar bidang psychology membuat kajian nahu dan saraf dalam Al-Quran. Tetapi sekurang2nya gabungan disipline yang saling berkaitan dan releven supaya CTK yang terhasil lebih memberi makna. 

OT

Tajuk 628: TUJUH BUKTI THESIS = CONTRIBUTION TO KNOWLEDGE

PERCAYA LAH.....contribution to the body of knowledge adalah sebab utama ko buat research dan menulis thesis malah aku telah meletakkan CONTRIBUTION TO KNOWLEDGE (CTK) ini lebih utama dari ko kecoh2 mencari tajuk kajian yang belum "kononnya" belum pernah dibuat lagi !

Macamana nak tahu wujudnya CTK tersebut?

Aku nak bagi 7 bukti kewujudan CTK dalam thesis ko... yang dicari oleh examiners atau yang akan ditanya semasa VIVA. Kalau ko dah siap thesis, tapi tak sure adakah thesis ko memiliki salah satu atau lebih dari perkara berikut.... siaplah ko !!

Pertama: Bukti dari kupasan dalam literature review
Semasa menulis isu dalam LITERATURE REVIEW, ko kupas "what is already known….. what is not yet known". Berikan argument kenapa research ko akan menghasilkan knowledge atau information kepada “what is not yet known” in your area of investigation… ini sebagai "hint" bahawa ko berada dalam track yang betul.

Kedua: Dari framework ke pembinaan model
Theoretical framework ko menunjukkan knowledge yang sedia ada sebagai theory, maka kajian yang hasilkan pembinaan model adalah satu usaha mendetailkan theoretical framework tersebut dari data kajian – ini juga adalah bukti wujudnya CTK .

Ketiga: Algorithm / Formula / New Compound / Variable
Penghasilan formula / algorithms / new compound (selalunya dalam organic) dalam sesuatu bidang adalah juga CTK dalam bidang tersebut. Tak perlu dipertikai 

Keempat: Methodology 
Ko perlu menulis dan convinced examiners bahawa methodology kajian ko lebih comprehensive atau advanced berbanding dgn kajian2 sebelumnya…termasuklah sampling method, data collection yang lebih "appropriate" ini juga salah satu bukti CTK.

Kelima: Prototype / simulation
Kajian2 dalam bidang sains sering menghasilan prototype ataupun simulation. Ini adalah bukti CTK yang jelas.

Keenam: Journal article 
Ini bukan ditulis secara direct dalam thesis tetapi boleh menjadi bukti ampuh utk tunjukkan adanya CTK kerana manuskrip ko telah dibaca oleh expert sebelum diterima utk publication. Dalam hal ini...proceeding tidak boleh diambil kira.

Ko boleh senaraikan publication ko dalam thesis ko dibahagian appendix,

Tapi ko mesti pastikan artikel dihantar ke journal yang di indek sekurang2nya oleh badan spt Scopus

Ketujuh: Latest citation
Pastikn citation yg latest bukn outdated. Jika majoriti citation ko sekitar 2000 -2004... dah lebih 10 tu.... examiners akn anggap kajian ko pun outdated..

Berikut satu contoh proposal dari sebuah university di Australia yang menyediakan outline wajib proposal thesis dgn salah satu SECTION adalah CTK, menunjukkan bahawa komponen ini penting.... 

SECTION 1:AIMS AND CONTEXT 
SECTION 2: CONTRIBUTION TO KNOWLEDGE 
SECTION 3: LITERATURE REVIEW AND CONCEPTUAL FRAMEWORK
SECTION 4: APPROACH AND METHODOLOGY
SECTION 5: BUDGET 
SECTION 6: TIMELINE 
SECTION 7: REFERENCE LIST

OT

Sunday, July 20, 2014

Tajuk 627: Cari TAJUK kajian – 10 langkah jer bro !!

Aku terima beberapa PM dan salah satunya adalah spt berikut:

“Slm Ramadhan Dr. OT. Ble minta pandangan Dr tentang tajuk Proposal Phd saya - "Pelaksanaan Aktiviti Masjid XXX Sebagai Proses Pembelajaran Sepanjang Hayat".

Terima kasih kerana bertanya. Oleh kerana aku dah tulis banyak gak tentang ini tapi aku maklum…. pelajar pun silih berganti. Jadi aku akan cuba aturkan apa yang perlu ko fikirkan sebelum ko boleh dapat satu TAJUK yang “sesuai”.. secara simple sebab dah tak larat nak tulis panjang2….maklumlah dah petang2 cam ni plak....

Aku bagi contoh supaya mudah.

Pertama
Field of study - Computer education
Pastikan ko mempunyai asas (terutama dari peringkat undergrad) dalam field of study. Jika ko dari pendidikan komputer maka field of study ko adalah computer education.. jgn ko menggatal nak kona ke field of study lain plak.. . Dgn itu…. segala2 yang berkaitaan dgn computer education selepas ini mesti ada dihujung jari ko !!

Kedua
Topic – Mobile application 
Dari pembacaan dalam scholarly literature computer education yang beribu2….. ko akan menemui pelbagai gap / perbahasan / argument / issues dalam field of study tersebut… Dari perbagai isu dalam computer education, ko jumpa e-learning, m-learning, e-learning, web-based learning, multimedia learning, animation dll… maybe ko nak memilih topic yang sesuai dgn minat ko.. katakan mobile application sebab topik ini masih fresh… berbanding dgn yang lain.
Maksudnya... kalau ko tak mencari artikel dan mula membaca (gunalah MENDELEY) ... baik ko diam2 jer dulu !!

10 Panduan !!

Ketiga
Area of Investigation – learning model for mobile application in Chemistry
Selepas mendapat topic (ingat…. belum lagi tajuk kajian), carilah pula area of investigation yang ko nak jalankan kajian berkaitan dgn mobile application.
Katalah ko nak jalankan kajian dgn membina model utk mobile application dalam kimia, kerana belum ada model yang dibuat lagi…. (ini satu gap) maka ko menjurus pulak pembacaan kepada artikel / bahan berkaitan pembinaan sesuatu model / modul.
.
Keempat
Original dan significant contribution to the knowledge
Ketahuilah bahawa bottom line kajian ko nanti mestilah original (maksudnya ko bukan reproduce kajian orang lain bulat2) dan ada significant contribution to the knowledge (at least berguna sebagai rujukan kepada scholars dalam bidang yang sama) utk mengembangkan lagi pengetahuan dalam computer education.

Kelima
Interesting
Jika ada peluang, carilah tajuk yang menarik minat scholars dalam bidamg yang sama…. Atau mereka yang dalam bidang yang hampir2 sama. Maksudnya bila ada presentation… ramai yang tertarik dgn tajuk ko…. bukan bila ko present… yang datang hanya ko, pengerusi dan presenter sahaja tanpa audien hu hu …

Keenam
Time-based 
Bolehkah skop tajuk tersebut disiapkan dalam tempoh pengajian ko? Jgn sampai ko nak buat mixed method… bina instrument…. sampai tak sempat 3 tahun nak siap SV patut boleh memberi pendpt dalam hal ini.

Ketujuh
Rigorous
Bolehkan kajian dijalankan secara rigorous, maksudnya terdapat banyak literature bagi kupasan secara kritis dan mendalam, analisis data dapat menggunakan intermediate ataupun advanced statistik, bukan sekadar descriptive sahaja. Kalau literature pun cipot.... sukarlah jadi rigorous....

Kelapan:
Researchable
Jgn cari topic yang sukar mendapat sample, atau sample terlelu exclusive, VIP…. skop kajian terlalu luas sampai satu MALAYA, variable terlalu banyak, atau terlalu baru dalam scholarly literature…. sampai sukar nak jumpa artikel… yang maybe tiada teori yang mantap.. atau yang menyentuh polisi orang politik yang boleh berubah2 atau yang menyentuh kepentingan pihak atasan…. atau ko menerima tajuk bombastic dari SV atas nama grant, RA dll yang tak tercapai aqal ko utk jalankan…. dll yang ko fikirkanlah sendiri !!

Kesembilan
Tajuk - So what?
Dah selesai lapan langkah di atas, bolehlah ko rangka TAJUK kajian. Namun, jgn sampai tajuk kajian ko “senang2” boleh dijangka jawapannya.. atau yang tak ada soalan utk dijawab. 
Kajian spt keberkesanan ICT berbanding buku…. Maybe dah tak berapa sesuai utk master / PhD kerna ko boleh jangka jawapannya… esp dari kajian2 lepas. 
Kalau kajian…. Hubungan antara faktor X dan Y…. dan ko tak leh jawab “So what?” maka kajian tersebut tak sampai makam master / PhD. 
Kajian spt “Pelaksanaan Aktiviti Masjid XXX Sebagai Proses Pembelajaran Sepanjang Hayat" pula tiada apa yang perlu dijawab. Ia spt satu pernyataan sahaja. Tajuk ini pun tidak akan menjawab apa2 dgn persoalan “So What?” atau jawapannya tidak memberi makna

Kesepuluh:
Selepas ko yakin dan bersedia dgn sembilan perkara di atas barulah ko tetapkan TAJUK kajian ko… utk dibawa berbincang dgn SV.... bukan awal2 lagi dah siap tajuk dalam kepala ko yang kosong !! 
Paling best ramai yang terus melompat ke langkah kesepuluh then tanya soalan cepumas “Sesuai tak tajuk kajian saya ni” !!

OT 

Sunday, July 13, 2014

Tajuk 626: LAPAN SEBAB SEKSANYA STATISTICS dan SPSS !!

Apa maksud SPSS?

Jika ko tulis SPSS adalah “Statistical Package for Sosial Science”…. IBM mungkin akan saman ko.. sebab secara rasmi IBM dah guna nama "IBM SPSS statistics", atau ringkasnya "SPSS" sahaja. Dalam thesis tulis jer macam “after analysing this data using SPSS …” atau “after analysing this data using IBM SPSS statistics” ….. Ada faham ka?

Maybe ada 100 sebab kenapa ramai yang takut dgn statistics. Tapi aku nak tulis lapan sahaja. Aku tak terror maths…. maknanya aku lagi tak terror statistics. Darjah keyakinan aku tinggi berdasarkan taburan normal utk aku membuat inferens dari statistics paramatrik, setelah memenuhi semua assumption, jika aku ambil sample secara random maka aku percaya lebih 90% calon master/Phd termasuk dalam kategori ini. Mulalah tak faham tu? Emmm…

Aku ringkaskan jerlah…. 8 sebab tersebut adalah:

Pertama
Jargon – belajar statistik sama spt ko belaja bahasa baru…. katakan sebagai contoh org kelantan belajar bahasa JAWA… sedang anak JAWA pun dah tak tahu (dan malu) nak cakap JAWA selain “Kabare Wak” apatah lagi ko yang kecek klate sokmo. Terdapat pelbagai jargon – type 2 error, statistical power, regression, eigen value, weighted average, Z score, confidence interval, least square, chi square, sum of square, critical….. sebijik macam bahasa JAWA, ini belum formula maths yang ntah apa2….

Kedua
Different context – jargon di atas bukan sahaja sukar difahami, malah mempunyai maksud berbeza dalam context yang biasa digunakan. Dalam context seharian …. Jika ko critical maknanya ko “KO” tapi dalam statistik critical bermakna data ko “OK”. Pulok !

Ketiga
Different perspective – statistik dijalankan dgn mengambil SMALL data (sample) to draw a conclusion / generalisation to a BIG data (population), dgn mengarapkan a SMALL p value (p < 0.05) supaya hasil dari a BIG effect size. Kejap SMALL kejap BIG !! Oooo aloh !



Keempat
Ko bukan sahaja kena faham statistik yang ko run dgn SPSS tu, tapi ko kena faham juga research design ko. Dari research design atau hipotesis…. Ko mesti faham bila nak guna t-test, ANCOVA, MANOVA, regression dll. Jika ko tak faham research ko sendiri… then ko pun tak faham statistik dan tak tahu pulak nak run SPSS… maknanya ko ni diselubungi 3, 4 lapis tak faham – Mak ai ….

Kelima
Bukan semua statistics cover dalam SPSS - SPSS kadang-kadang guna term yang berbeza dari statistics, kalau statistics ko blaja dependent sample, SPSS plak guna paired-sample… Factor Analysis dalam SPSS adalah factor reduction. Bukan tu sahaja, dalam statistik tak cover pun Kromogrov-Smirnov for normality test, dalam SPSS benda tu ada ler plak. Mampuih !

Enam
Setakat mana ko blaja statistik? Paling tinggipun sampai factor analysis, itupun dah dinamakan advanced statistik.. wpun pemahaman ko tak lah se advanced mana.. Ko faham ker maksud rotated component matrix, eugine value > 1, KMO dll tu? Berapa kerat lah pulak yang ambil advanced statistik ni? Tapi bila ko nak buat research, FA tu kira macam statistik tahap biasa-biasa jer…. sedang ko tak belajarpun sampai tahap tu…. ini belum lagi guna dan faham amende SEM/ AMOS atau M-Plus…yang melibatkan multivariate yang multi level !! Perghhh !

Tujuh
Yang ini sensitif skit - yang jadikan statistik bukan sahaja susah tapi menderitakan.. apabila MAYBE ada lecturer statistik syok sendiri tanpa dia sedari. Apatah lagi yang pure statistik… yang buat research, makan dan tido dgn statistik…. then ajar plak buah cempedak luar pagar yang dari group social science…. Maka membebellah sorang2 semasa mengajar statistik…. sambil sorang2 menganga mulut mendengar tanpa sehabok pun faham !! 

Lapan
Sering kelas stat tak ajarpun SPSS atau ajarpun dah hujung2 kelas.... maka tak tahulah nak guna SPSS dgn stat yg diajar....

Last sekali..... ini utk peringatan ! 
Garbage in garbage out – ini bab paling best… sebab SPSS main klik2 jer dah dapat outcome. .. sebab kalau tak faham sangat statistik pun macam ok jer…. buka SPSS… masuk data dan run… TA DAAAAA …. dapat lah jawapannya !! Salah ke betul ker, blakang kira bro…. he he he. Tapi yang ini jgn ko amalkan….nanti data ko masuk longkang !!

Cukup dulu… aku nak jumpa wartawan hari ni…

Tajuk 625: Phd / Master – U can’t have everything you want simply bcoz U want it !

Dulu hanya anak2 contractor besar saja yg boleh jadi jutawan.... anak2 kerabat boleh terus hidup mewah.... La ni.... anak sapa ntah...dgn kemahiran ICT, Kak Dah yg mula jual tudong online pun dah jadi jutawan... anak sapa ntah..... jadi chef masuk tv... si Wan pun jd jutawan... anak sapa ntah.... tulis novel remaja.... boom.... Maisarah pun hampir jadi jutawan....anak Pak Latif nyanyi satu lagu dlm youtube terus meletop....now dah jadi jutawan 

Apa ni bro …. bulan2 posa cita pasal kemewahan duniawi ni?

Bohonglah klu ko tak nk jadi jutawan.... tapi aku bukan nk tulis pasal jutawan.... tapi perubahan zaman mmbuka ruang utk sapa sahaja mencapai apa saja...dgn syarat.... manfaatkan sumber yg boleh mmbantu mencapai kejayaan tersebut...samada ICT, FA, kawan2, youtube dll…. 

Memahami proses mbuat kajian... klu ikut skema dgn ikuti kelas research methodologi.... atau tunggu abis coursework.... macam undergrad dolu2…. ko akn hanya dapat asas sahaja macam orang len....tanpa sebarang kelebihan…. zaman dah bergerak laju bro... sistem di graduate school macam tu jugaklah... jadi ambillah inisiatif sendiri....

Nasihat aku PhD/ master bukan macam undergrad bro….. ko ikut silibus, study.. then exam.... ko akan selamat…. Tapi PhD/master adalah pembelajaran “gaya bebas” maka “take advantages of ALL resources available around u” utk membina your own specialization dgn skill yang perlukan…… wpun ko terpaksa “leave your cliques behind”…. .bukan ikut2an…. apatah lagi ko bersikap wait and see..

Perhatikan kemahiran berikut sebagai contoh… yang tak diajar secara mendalam di IPTA ko dgn teknik2 yang boleh ko apply…. macam how to…

a. identify sources of information
b. synthesize variety n large amount of i formation
c. do critical reviewing
d. organise ideas from varies sources
e. write fast and effectively
f. analyse raw data with diff kind of statistical analysis
g. plan and select research methodology etc…

U can’t have everything you want simply coz U want it ….. kerana itulah antara langkah yang perlu ko lakukan berbeza dari zaman ko undergrad iaitu networking / collabotare …..yang ini ko sendiri jer yang boleh buat.... dan tak ada coursework yang nak ajar ko benda ni spt...

Pertama:
Manfaatkan networking spt FB…. cari rakan2 satu bidang…. utk bertanya dan mendapat hint serta collaborate supaya sama2 dapat upgrade pengetahuan dalam research bidang yang sama

Kedua
Cari rakan2 yang advanced spt dalam analisis data…. tanya dia bagaimana dia memperolehi kemahiran tersebut…. jika perlu ikut jejak langkah yang dilalui termasuk hadiri kursus, kelas dan bengkel 

Ketiga:
Bersemuka dan communicate dgn pensyarah yang wpun bukan dari jabatan atau IPTA yang sama, tapi diketahui expert dalam mana2 aspek kajian ko. Contohnya, ko communicate dgn Prof XYZ utk beri pdpt tentang data gathering kajian ko serta langkah menjalankan sesuatu analysis….. jgn berada hanya dibawah ketiak SV ko sahaja

Keempat:
Present paper di kolokium, seminar konferens yang sesuai…. Cari rakan2 malah lecturer yang present dalam bidang yang sama…. Dan communicate apa sahaja terutama pengalaman rakan yang dah berjaya for your own advantages… dan jika dapat dari obersi juga satu kelebihan… jgn tunggu kena suruh oleh SV... alamak leceh lah macam tu bro !!

Kelima:
Berkomunikasi rapat dgn librarian yang menjadi liaison officer dalam bidang kajian ko…. supaya ko dapat apa sahaja sumber yang perlu dalam tempuh pengajian ko 

Yang lain2 itu akan berkembang dgn sendirinya….dan percayalah…. momen2 ini akan menjadi “saat terindah dalam hidup” selepas ko bergraduate ! 

Sebagai contoh terdekat dgn aku..... seorang calon PhD yang tiga semester lepas ZERO, habukpun tak tahu tentang SEM / AMOS tapi dgn langkah2 di atas beliau kini telah menguasai analisis tersebut sehingga boleh mengajar aku pulak... malah kenal rapat dgn pakarnya sendiri.... dan segala perkara yang berkaitan dgn nya..... selain menguasai Mendeley, navigation pane. 

Beliau kini dah bersedia dgn beberapa instruments utk mendapatkan data bagi dianalisis utk membangunkan satu model pengajaran Kimia Organik dgn SEM…. sedang rakan2 yang lain dalam semester 3 juga yang mengikut skema …. maybe masih dalam proses mendapatkan tajuk kajian !

Tajuk 624: Uji keunikan “research gap” dan penguasaan “literature review” dgn concept paper

Petang tadi hujan turun.... lega. Mlm ni agak dingin.... taraweeh pun lebih selesa.... now aku nak tulis "sikit" tentang concept paper... khususnya bagi anda yang belum jalankan kajian dan tiada data.

Kertas kerja konsep (concept paper) adalah analisis “mendalam” sesuatu idea yang masih fresh dan boleh mengundang persoalan / kontroversi / pendapat / argument / diskusi dari pelbagai sudut / school of thought. Tajuk seperti “ICT in education …” tidak sesuai utk concept paper kerana sudah “tidak fresh” lagi. 

Penyediaan concept paper menuntut anda menguasai dgn baik tajuk “fresh” yang dipilih, khususnya isu yang dipilih. Anda perlu mencari satu research gap yang ada urgency utk dibahaskan dari pembacaan literature yang intensif. Sebagaimana research paper, journal tetap menjadi rujukan utama perbincangan. 



Menyediakan kertas kerja konsep secara tidak lansung menguji pemahaman anda terhadap keunikan research gap kajian anda serta kemampuan anda mengupas isu berkaitan dgn research gap tersebut secara kritis dari perbagai perspektif.

Ambil contoh isu kemunculan mobile learning yang menggunakan tag “learn anywhere anytime”, satu extension baru kepada e-learning yang boleh dikupas dari pelbagai sudut. Mungkin dgn contoh tajuk2 berikut, akan memberi anda idea apa yang diperlukan bagi concept paper…

Contoh tajuk:
a. Standing at the Crossroads: Mobile Learning and Cloud Computing 
b. Mobile application for mobile learning – A new learning theory?
c. Will mobile application really influence mobile learning?
d. From e-learning to m-learning: Moving Beyond “No Significant Difference”

Satu lagi bentuk concept paper adalah berbentuk "meta analysis"….yang ini lebih kepada membuat satu kesimpulan atau review dari gabungan kajian terdahulu (katakan for the last 5 years) dalam isu yang "masih panas" dibahaskan.... dgn menganalisis puluhan artikel dalam tajuk yang saling berkaitan utk memberi satu kupasan dan penilaian semula hasil dari analisis dapatan dan teori dari artikel2 terdahulu tersebut. Contoh tajuk yang sesuai spt:

a. A Meta-analysis of educational computer games as learning tools in e-learning.
b. An application of ICT in classroom: Differences Across Problem Types,
Implementation Types, Disciplines, and Assessment Levels
c. Internet-based learning in science education: a meta-analysis.

Dari tajuk2 di atas, anda boleh memikirkan tajuk yang sesuai dalam kajian anda sendiri,..... jadi mengapa tidak mencuba menerbitkan concept paper sementelahan kajian belum bermula dan tiada sebarang dapatan kajian lagi.

Thursday, July 10, 2014

Tajuk 623: Aku, looking young dan romance !

8.7.1963............ Rembau, N.S

Hari ini genap umur aku 51 tahun!

Meh aku citer pasal skit pasal tajuk post aku ni..... apa yang aku tahu dan buat ... bagi menjawab beberapa pertanyaan yang tanya aku....yang aku tak buat aku tak tahu plak... Ini bukan tips....jgn ko salah faham...


Alahai.....

Pertama:
Aku ingat, faktor kelihatan "muda" dari usia spt rambut tak luruh, belum ada uban.... adalah faktor genetik. Sebab masuk jer umur 30 - 40, rambut mula gugur dan uban mula menjelma, maka tanda2 ketuaan beransur muncul. Ini adalah petanda yang Allah sediakan. Bezanya..... ada yang lambat dan cepat.. ikut genetik... yang juga Allah jadikan.... so bersyukurlah 

Kedua:
Ketahanan hadapi stress.. sebab stress nampak diwajah. Semua orang stress. Aku lagi stressed bro... macam2 dah aku lalui... sejak kecik lagi hidup kesusahan. Tapi aku macam cool jer... kalau kawan2 naik basikal, aku jalan kaki. Kawan2 naik keta, aku naik bas jer. Kawan2 beli kuih... aku pagi2 dah pergi jual kuih !! Kalau ko mudah stress... berkerut ler muka ko... 

Ketiga:
Yang ini aku terbaca dalam satu artikel. The second important factor after genetic is having a great sex ! Nak citer lebih2 kat sini xboleh, ramai yang belum kawin... ringkasnya, buat bacaan mendalam, bab sex ini kena study jugak bro...sama-sama mencuba accessories dan mengeksperimen apa sahaja ASALKAN dibenar syarak , jgn asyik yang routine...komunikasi dgn pasangan secara open apa yang masing2 mahu, sentiasa mesra... romancing.... plan a head nak buat apa, once a while tinggalkan anak2 utk berdua sahaja spt ke hotel... sex bukan utk pengantin baru jer..... atau bila dah masuk 40 dah macam tak kisah..... frekuensinya maybe kurang tapi INTENSITY nya mesti tetap sama.... cukuplah skit..... nanti terganggu plak posa korang.... 

Keempat:
Sentiasa ingin mempelajari perkara baru.... seronok dapat knowledge baru.... sambung blaja umpamanya .... menulis buku....kalau dulu xtahu .... now blaja semua tu.. blaja tak pernah tamat....dah dah jadi satu yang baik... banyak kelas2 pengajian dewasa esp bab agama tersedia.... 

Kelima:
Membaca Al-Quran dgn pasangan wpun satu muka surat sahaja sehari. Solat berjemaah dgn pasangan....istiqomah.... tapi terus terang aku culas skit bab puasa sunat....Isnin Khamis.... wpun amalan ini baik juga dapat menjaga kesihatan. Aku bukan ustaz wpun byk kawan2 ustaz... mereka berjubah aku pakai sluar jean... tapi aku jaga asas-asas Islam... InsyaAllah....

Keenam:
Cari masa bersenam. Bersenam atas ranjang tak cukup bro.... wpun berpeluh gak. Aku ke stadium UKM dgn wife... curi2 masa sabtu atau ahad ... semput memang semput tapi better than tak buat apa2....

Ketujuh:
Aku tak merokok... so badan sentiasa wangi... dan feel fresh !!

Kelapan:
Bab makanan aku tak tahu nak komen sebab aku makan semua... aku tak ada favourite food... apa yang wife masak tu lah yang aku makan (tak caya tanya anak dan wife aku....) Dah tua2 ni kena berisi skit.... jgn kurus sangat... atau gemok sangat !

Itu sahaja.... setiap org ada cara tersendiri menikmati kehidupan masing2... kebahagian masing2.... Apapun usia dan penampilan kita.... umur akan semakin sedikit.... maka bekalan akhirat juga yang akan kita bawa..... 

OT - Selamat berbuka.... terima kasih atas ucapan semua dan doakan kesejahteraan utk aku sempena umur aku 51 tahun masihi...
Tag p

Tajuk 622: CONFIRMED... ANDA TAK TAHU KAJIAN ANDA SENDIRI SEHINGGALAH....



Masih ada yang bertanya pasal thesis statement.... 

Tahu tak apa itu thesis statement?

Masa aku belajar dulu….SV pernah bertanya “What is your thesis statement?” ... aku lansung kelu... tak dapat berkata2 persis mendengar pertanyaan dari snow white yang mengajak aku berkahwin....!!

Aku terkedu sebab masa buat master dulu tak ada sapapun tanya soalan tu. Then baru aku tahu….in a nutsell (dgn izin) thesis statement adalah ringkasan keseluruhan kajian ko dalam satu pernyataan sahaja !!

Mak ai… camner tu?

Ada 3 elements dalam thesis statement:
(i) topic of your research
(ii) debatable / arguable claim
(iii) support your claim

Contoh 1:
“The use of mobile application in teaching science (topic) has a potential to enhance students’ understanding (debatable claim); therefore a specific mobile application should be developed and implemented in teaching science (support)”

Bagi kajian ini (i) topic = "the use of mobile application in teaching science" dan ko cuba mengisi gap dgn (ii) debatable claim = "mobile application has a potential to enhance students’ understanding”... dan utk support claim (iii) maka "the mobile application should be developed and implemented in teaching science".

Wooo….cam tu plak… abis aku dah ada tajuk dan research question tak cukup ker?

Research question bertujuan menjawap persoalan bagi mencapai objective kajian, tak sama dgn thesis statement. 

Thesis statement meringkaskan intisari kajian ko .. thesis statement yg baik mestilah clear, specific, concise dan ada scope. Dalam pertandingan 3-minute thesis, thesis statement ini adalah asas persembahan...


Confirmed bukan aku punya !!
Sepanjang ko membuat literature search dalam area of interest, ko mula mempunyai beberapa pendapat terhadap sesuatu area of investigation ko (topic), then ko terus mengumpul maklumat ….. dan cuba mengisi gap yang bersifat debatable argument / claim and mestilah mencadangkan sesuatu penyelesaian (support) untuk membuktikan argument / claim ko tu valid.

Contoh 2:

“The use of mobile application in teaching organic reaction mechanism (topic) has a potential to enhance the understanding of Form 4 science students (debatable claim); therefore a constructivist mobile application on organic reaction mechanism should be developed and implemented (support)” 

Jadi thesis statement dalam contoh 2 bukan sahaja ada ketiga2 element - topic, debatable dan support tetapi juga ada focus (organic reaction mechanism) dan scope kajian (Form 4 science students) 

Contoh 3:

“Personal circumstances as a moderating effect (topic) between role clarity, autonomy, work engagement as independent variable and voluntary turnover intentions as dependent variable (claim) using social exchange theory and image theory (support)”

Contoh 4:
Exploring the use of gold dinar (topic) as mutual form of payment (argument) and measuring relationship of trust, knowledge and tawhidic paradigm (support) towards intention to use gold dinar.

Ingat... ko tak perlu ada subheading "Thesis Statement" dalam thesis ko... tapi ko kena tahu sebab itulah intisari kajian ko.

Jadi sebelum ko abiskan membaca post ini…. cer ko sambung ayat berikut berkaitan kajian ko sendiri … sebelum ditanya dalam VIVA !!

The thesis statement (thesis of the thesis) of my study is

“…………………………………...........................” 

Kalau jawapannya adalah "eeemmmmm ..... " selama 1 minit .…. maknanya ko sendiri tak faham apa ko buat….siaplah ko masa VIVA nanti..... cayolah cakap den !!

OT

Tajuk 621: Comfort Zone ? Kenapa buat Master / PhD rasa macam nak mati…!



Aku selalu dengar …. malah disebut dimana-mana oleh hampir semua “pakar motivasi” supaya kita perlu keluar dari COMFORT ZONE jika ingin berjaya dan terus berjaya.

Otak pentium five aku ni pun berfikir…. apa itu comfort zone? Comfort zone tu maknanya lebih kurang “a situation where one feels safe or at ease and without stress”

Kemudian, jantung eight valves aku bergerak laju bila memikirkan …. betul kah kita memang berada dalam comfort zone…. selesa sehingga perlu keluar dari comfort zone tersebut utk meraih kejayaan? 

Kenapa pula pelajar master / Phd juga diminta tinggalkan comfort zone?

Kalau keluar dari comfort zone…. ko nak masuk ke zone mana pulak? 

Cer ko jawab dgn otak duo core 7i intel pentium ko?

Bagi aku…. pelajar PhD / Master…. BUKAN berada dalam comfort zone… jadi menyuruh mereka keluar dari zone tersebut adalah “out of question”. ..

Setahu aku….semua pelajar PhD/Master sebaik sahaja mendaftar akan terus rasa tak selesa, worry, distress dan torturepun ada. Tak selesa kerana masih belum dapat sesuaikan diri menjadi pelajar semula…. nak sesuaikan waktu belajar…. perasaan takut tentu wujud, bolehkan aku siapkan proposal, lulus coursework, mencari, membaca dan menyusun artikel, menulis tesis, membuat kajian, menganalisi data, menulis artikel dll…. dan terasa torture bila banyak assignment kena disiapkan. Jika inilah halnya.... bukanlah dinamakan “comfort zone”.

Jadi…. Kenapa perlu keluar dari “comfort zone” sedang pelajar tidakpun berada dalam zone tersebut!

Pada hemat aku…. pelajar master / phd layak dikatakan berada dalam “distress zone”…. bukannya comfort zone !

Abis tu?

Statement yang sepatutnya adalah - keluar dari “distress zone” masuk ke “comfort zone” !!

Kenapa nak kuar dari comfort zone sedang mereka takpun berada dalam zone tu….! 

Yang ini bukan comfort zone !!


Jadi aku menyeru supaya pelajar master/phd masuk ke dalam comfort zone, bukannya keluar bro !

Pertama:
Pelajar PhD/master sedang bertungkus lumus mengikuti pengajian.. maka mereka berada dalam “distress zone” 

Kedua:
Adalah tidak wajar terus membiarkan diri berada dalam "distress zone" sedangkan "comfort zone" ada.

Ketiga:
Utk keluar dari “distress zone” dan masuk ke “comfort zone” ko perlu terlebih dahulu berusaha menguasai kemahiran yang akan memudahkan ko mengatasi segala cabaran membuat penyelidikan dan menulis tesis.

Keempat:
Ini adalah antara kemahiran asas yang wajib ko kuasai terlebih dahulu:
a. Reference Manager – literature search, operator for sensitive and selective searching
b. Article management – thematic and chronological based management
c. Article analysis – scanning, skimming, speed reading, groundedness dgn MENDELEY
d. Thesis writing template - navigation pane
e. Thesis writing – consistence, coherent, concise, paraphrase, rephrase, summarize, citation formatting etc
f. Instrumentation development / validation
g. Data analysis – SPSS, AMOS, PLS, Atlas.ti, Nvivo (for social science)
h. Article writing and publication
i. Dll yang berkaitan

Jgn tanya aku camner nak kuasai kemahiran di atas…. selain bengkel di IPTA ko…. atau ko anjurkan sendiri…. ko juga boleh google “MPWS” utk ketahui ada bermacam bengkel dianjurkan khusus utk postgraduates… jgn ko dok diam menganga jer.... harapkn apa yg ada di fakulti jer.... kena pro aktif dan buat sedikit pelaburan utk dapatkan kemahiran...

Kelima:
Penguasaan 8 kemahiran di atas, seawal mungkin akan membolehkan ko meninggalkan “distress zone” dan masuk ke dalam “comfort zone”… kerana dgn penguasaan kemahiran tersebut ko boleh mencari artikel, membaca dan menyusun secara efisyen dan pantas. Ko juga akan menulis dgn cepat dan sistematik…. Ko akan rasa lebih comfort … seperti berada dalam comfort zone !!

Kesimpulan:
Bagi mendapat kejayaan sebagai calon PhD / Master, ko hendaklah berusaha masuk ke dalam “comfort zone” bukannya keluar bro !! 

Aku pernah bermonolog dgn diri sendiri ketika belajar di Australia … selepas aku berjaya siapkan final draft thesis aku dalam masa 22 bulan sahaja… “Mengapalah senang sangat aku buat PhD ni wpun dalam BI” sedang aku berhempas pulas macam nak mati…. semasa aku buat master wpun dlm BM?"

Sekarang baru aku tahu bahawa ketika buat master aku berada dalam “distress zone” kerana tidak menguasai apa2 kemahiran…. sekadar masuk kelas research methodologi dan kelas teori yang lain…. dan ketika buat PhD aku berada dalam “comfort zone”…. kerana aku menguasai flash (aku buat animation), aku optimised guna reference manager, aku applied navigation pane, ZDOT dll kemahiran termasuk, SPSS dan kemahiran analisis data qualitative kerana aku buat mixed method….

Jadi masuklah ke comfort zone jika ingin berjaya bukan keluar !! Cayo lah cakap den….


OT 

Sunday, July 6, 2014

Tajuk 620: 10 perkara dalam pencarian topik kajian !!

Satu skrip klise calon PhD:

"Boleh tak saya buat PhD berkaitan Sistem Pengurusan PBS (sistem membantu guru merekod pencapaian murid secara berterusan)"

Aku tanya kenapa?

Jawabnya dgn mata bersinar2 spt mata Felixia...."Sistem tersebut banyak kelemahan..... dan tidak berasaskan cloud computing.... saya dah ada pengalaman ribu2 data hilang.......

Aku tanya lagi "Itu jer alasannyer"

Dia jawab penuh semangat persis Neelofa ditanya penghijrahannya "Paling best masalah ni masih belum dikaji lagi...."

Respon aku "Bukan semua masalah sesuai utk PhD"

Dia jawab "Kenapa plak"

Aku jawab "Apa teori yang U nak guna?"

Dia jawab dgn tenang, setenang Mizz Nina "Mestilah ada....carilah dalam journal..... "

Aku sambung lagi "Katalah U sedang jalankan kajian .... dah abis 6 semester....tiba2 KPM mansuhkan PBS, lantik panel untuk ganti dgn sistem baru atau upgrade sistem tersebut menggunakan platform cloud.... apa jadi dgn kajian u?"


Emmmmm.... kena PBS lah.....Pi Buat Semula !!

Sooo...........

Carilah topik dan kemudian tajuk kajian yang:

1. mendalami bidang anda dgn pengetahuan baru mengatasi mencari pengetahuan dalam bidang baru

2. mestilah mengutamakan motif ilmiah mengatasi motif peribadi / SV anda.

3. boleh sumbang "some new understanding" mengatasi "fix somebody else or even government's / sponsor's problem"

4. telah ada beberapa teori yang jelas mengatasi pelbagai teori yang kabur

5. berada dalam main stream literature yang "cool" mengatasi isu pinggiran yang hot !

6. mempunyai specific sampling frame mengatasi sampling dari sample terbuka takut anda meraba2...

7. menguji variables / instrument baru mengatasi menguji polisi baru

8. mempunyai isu bersifat international mengatasi isu local

9. diperolehi dari bacaan intensif dan extensive dari pelbagai sumber mengatasi pujukan intensif dari mana2 pihak ketiga 

10. jika boleh dan sesuai..... ambil peluang buat mixed method mengatasi single method !!

Anda tak perlu bersetuju jika ada pandangan di atas yang menyonsang arus... 

OT

Tuesday, July 1, 2014

Tajuk 619: Ketahui cara menambah POWER thesis .....!!

Tulisan ini adalah janji aku utk sambung tajuk Effect Size (ES)... perlu dibaca oleh mereka yang buat kajian experimental.

Sebelum tu meh ulangkaji pasal ralat.... ko kena baca pelan2 sebab mudah terkeliru dgn macam2 istilah.....

Type 1 Error (T1E) berlaku apabila dapatan menunjukkan ADA PERBEZAAN antara kumpulan (reject Ho) TETAPI sebenarnya TIADA. 
T1E – tolak Ho yang betul

Type 2 Error (T2E) ) berlaku apabila dapatan menunjukkan TIADA PERBEZAAN antara kumpulan (terima Ho) TETAPI sebenarnya ADA. .
T2E – TERIMA Ho yang SALAH

Statistical Power (SP) adalah keupayaan statistic kajian ko menolak /reject Ho (elak terima Ho yang salah, T2E)

Dalam bahasa sempoi , jika statistical power kajian ko tinggi, maka kebolehan kajian ko mengesan EFFECT jika memang EFFECT tersebut wujudpun iaitu TOLAK Ho yang betul, maka ko mengurangkan berlakunya T2E (terima Ho yang salah).
SP lazimnya ditetapkan kepada 0.8 (80%) dan ini bergantung kepada

1. the effect size, ES
2. the sample size (N)
3. the alpha significance criterion (α) lazim ditetapkan pada 0.05)


Keempat2 SP, ES, N dan α saling berkaitan. Abis camner nak tahu2 nilai2 SP, ES, N dan α ?

Ko boleh gunakan software G*Power (free download di http://www.softpedia.com/progDownload/G-Power-Download-77971.html). G*Power adalah software analisis bagi penentuan SP, ES, N dan α.

Jadi sebelum dapat dapatan sebenar, laporkan dalam thesis bahagian methodology bagi menunjukan kekuatan statistic ko….spt contoh berikut:

“Kajian ini telah menetapkan kuasa statistik pada .8 dan kesan saiz pada 0.6 untuk menguji Ho. Kesan saiz 0.6 ini ditetapkan adalah kesan yang sederhana mengikut Cohen (1998, p.55) yang dianggarkan dari kajian lepas yang berkaitan dengan penggunaan animasi dalam pengajaran (Othman; 2007 & Robert; 2008).
Pengiraan menggunakan G*Power dengan nilai kuasa statistik dan kesan saiz ini memberikan saiz sampel antara kumpulan eksperimen dan kawalan masing-masing 44 orang. Dengan kuasa .8 ini maka statistik t-test yang digunakan berupaya mengurangkan kemungkinan berlakunya ralat jenis 2, iaitu menerima Ho yang salah. Dgn itu, kajian ini akan menggunakan sampel saiz masing-masing 44 bagi kumpulan eksperimen dan kawalan”

Adakah semua ini perlu? Banyak kajian lepas cam tak kisah jer benda2 ni?

Inilah yang aku sebut2 sebagai “rigorous” … kajian yang detail dan menambah wibawa ko sebagai penyelidik. Jgn hanya laporkan “signifikan kerana p<0.05…. sedangkan kajian ko lansung tak power !!”

Sebagai bakal SV.... pengetahuan ini juga penting utk ko.

OT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...