Bukan ilham… berfikir sambil melihat manusia menarah lereng dan akhirnya terdapat runtuhan sana dan sini…. juga sekali sekala benak otak aku memikirkan pertanyaan tentang questionnaire.... ntah mengapa ia muncul sejak beberapa entry yang aku tulis sebelum ini...
Apa yang ko fikir bro?
Ada pelajar yang bertanya mengapa item seperti: "Mengambil makanan berkhasiat adalah penting dalam diet harian" atau “Membuli adalah perbuatan yang salah” atau “Menghormati budaya hidup kaum lain adalah satu nilai murni” tidak sesuai dijadikan item dalam questionnaire seperti yang aku komen dalam entry aku yang lepas.
Ko pun satu….. dah item tu adapted / adopted dari kajian lepas…… dan validated oleh pakar…. malah dimurnikan banyak kali leh SV…. apa lagi yang tak kena?
Ada banyak benda yang tak kena. Aku dah kupas dalam entry aku yang lepas keperluan memastikan item yang mesti OBJECTIVE dan UNIDIMENSION sebagai asas membina item yang baik.
Kalau dua benda ini tak diperhalusi maka 10 pakar dan 10 kali murnipun hatta dan 10 kali published pun tetap tidak menepati ciri questionnaire yang baik.
Mak oiii…. ganazzz sungguh statement ko bro?
Bukan ganazz…. tapi cuba nak memberikan sesuatu yang bernas…. cer lihat pics masa aku di Cameron Highland... aku environmentalist.... bukan ganazz....
Jadi bro.....bukan isu objectivity dan unidimensionality sahaja yang perlu difahami dan dipastikan dalam membina questionnaire… aku nak tambah 4 aspek lagi iaitu believe, attitide, behaviour dan negative item !!
Iskhhhhh..... macam2 ler ko ni….
Tak ada macamnyer.... semua ini adalah yang asas sahaja.... kalau yang asas tak jelas..... sama lah macam kabus di Cameron Highland...
Camni ler…. aku sekadar nak kongsi….sebab questionnaire diperlukan untuk mengukur sesuatu nilai psikometrik seseorang.. ..macam agreement, satisfaction dll.
Ada 3 asas peringkat ukuran yang menjadi asas membina item questionnaire iaitu “believe”….. kerana dengan believe ini menjadikan sesuatu itu “attitude” kepada seseorang dan dari attitude ini ada terpancarlah dalam “behaviour” yang dilakukannya. Biar aku nak jelaskan tahap-tahap tersebut…..iaitu 3 tahan measurement dalam bina item...
1. Believe (percaya)
Item “Membuli adalah perbuatan yang salah” atau “Menghormati budaya kaum lain adalah nilai murni” atau yang sewaktu dengannya hanyalah pada peringkat “believe”… maksudnya ada kebarangkalian yang sangat tinggi semua orang percaya dan setuju ia baik.
Kalau semua item macam tu…. jawabnya ko akan dapat semua responden akan tandakan sebagai contoh “5: Sangat Setuju”.
Jika itulah jenis item yang ko buat....tentulah “tak berapa berguna” item tersebut sebab tak mengukur perbezaan antara individu responden malah kebanyakkan jawapan adalah "Setuju" atau "Sangat Setuju"..... ko setuju ?
Jadi nak buat item macamana?
Sabar dulu. Kita pergi ke tahap kedua iaitu “attitude”.
2. Attitude (sikap)
Item berkaitan dengan sikap adalah seperti “Membuli boleh memberi pengajaran kepada pelajar baru” atau “Menghormati budaya kaum lain hanya sesuai di negara demokrasi".
Item seperti di atas tidak semestinya dipersetujui. Ada responden yang mungkin percaya dan setuju “Membuli adalah perbuatan yang salah” atau "Menghormati budaya kaum lain adalah nilai murni" tetapi mungkin bersikap tidak bersetuju “Membuli boleh memberi pengajaran kepada pelajar baru” dan bersikap tidak setuju “Menghormati budaya kaum lain hanya sesuai di negara demokrasi"..
Maka item diperingkat attitude ini mula menunjukkan perbezaan yang measurable antara responden. Maka item ini boleh menjadi variable yang baik utk mengukur perbezaan antara responden.
Emmmm......cam tu plak…
3. Bahaviour (tingkah laku)
Tahap ke 3 ini paling sesuai utk membina item kerana mempunyai unsur-unsur measureable yang paling direct bagi mengukur perbezaan antara responden.
Contoh item mengukur tingkah laku membuli seperti “Saya meminta pelajar baru membasuh baju saya sepanjang minggu orientasi” atau mengukur tingkah laku dalam menghormati budaya lain seperti item "Saya hormat budaya lain selagi tidak menghalang saya melakukan solat 5 waktu".
Item behavior ini lah yang paling sesuai ditanya kerana kewujudan unsur measurable yang direct kepada responden dan item sebegini lebih bermakna.
Woooo….. cam tu yer… baru menyala mentol super saver aku... patutler ko bising-bising bila baca item2 dalam questionnaire wpun di ambil dari kajian lepas..... tapi bagaimana dengan item negative?
Item negatif:
Item negatif spt yang difahami ramai…. bertujuan untuk double check respon… supaya responden alert apa yang dia jawab. Namun, item negatif tidak digalakkan kerana responden akan confused, sedang tujuan questionnaire bukan untuk confused kan responden.
Jika ko dapat sediakan item yang baik, khususnya yang mengukur “behaviour” responden… secara objective dan unidimensional….item negatif tak perlupun.... jika sekadar utk confusedkan responden....
Sebab tu aku selalu bising2 bila baca questionnaire yang kononnya dah murni oleh SV dan validated oleh experts….malah yang di ambil dari kajan lepas.... tapi item-itemnya…. tak mengukur apa2…. lalu secanggih manapun analisis data…. takkan berguna bro !! Bayangkan menganalisis data yang tidak mengukur apa2.... !!
Emmm....barulah den faham....
OT
No comments:
Post a Comment