.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Wednesday, June 26, 2013

Tajuk 490: Artikel utk Proposal vs Ikan utk Keropok Leko

Esok mana bro?

Esok aku akan bertemu peserta bengkel di UIA. Aku sering ke UIA tapi ini first time aku ke sana untuk mengisi jemputan. Harap2 aku tak tersangkut dalam jam di MRR2...

Ko buat apa tu?

Marking proposal students....

Apsal ko selak2 proposal tu dari belakang.... bukan dari depan? Semua orang baca proposal dari depan ler.... Chapter 1, 2 dan 3.....bukan belakang !

Itu orang lain bukan aku bro...

Iskhh.. pelek tul ler cara ko fikir.....

Biasalah pelek skit jer.... apapun aku perlu siapkan marking.....sebelum ke UIA.....tengah pening berpinar2 mata aku menyemak proposal pelajar. Aku sejak tadi membaca objektif dan baca persoalan kajian proposal. Nampak OK jer. Aku pun tally persoalan kajian dengan procedure dan instrument kajian…. Emmmm banyak yang tak kena. 

Then aku selak2 Literature review…. terasa tawar dan hambar. Aku macam baca buku teks…. Lebih tepat ringkasan buku teks. Ini student master…ada yang PhD.... takkan buat ringkasan buku teks !! Sebab tu aku suka baca dari belakang...itu strategi aku...


Marking pun ada strategi jugak ker bro?

Aah... cara akulah..apsal ko lak yang sibuk2.....aku nak  mula membaca proposal dari belakang pulak…

Apa lak kena baca bahagian belakang.... bahagian apa tu?

Belakang tu aku teliti dahulu References / Rujukan ! Meh lah aku bagi tau.... ko dengar baik-baik...

Proposal yang banyak merujuk kepada buku teks…. sah menulis proposal macam ringkasan buku. Manakala proposal yang merujuk banyak journal, secara umumnya ditulis secara lebih mendalam. 

Aku bandingkan dua proposal masing-masing dengan 20 rujukan tetapi tidak sama kualiti penulisan. Proposal pertama dengan hanya ada 2 sahaja journal yang rujuk dan menepati ramalan aku…. proposal ditulis spt ringkasan buku teks. Satu lagi proposal ada 15 journal dan aku dapati proposal tu ditulis dengan kupasan yang lebih mendalam. 

Emmm.. apa makna semua ini?

Buku teks adalah sumber rujukan sekunder.... omputih kata secondary resources. Membaca buku teks sekadar memberi kefahaman umum kepada pelajar dan bukan untuk dirujuk semuanya dalam proposal. Baca dan faham....utk digunakan bagi memahami journal sebagai sumber primer...... malah tak payah nak sibuk2 cite buku teks tu dalam proposalpun jika yang nak di cite tu hanya pernyataan umum sahaja..... 

Ramai yang baca buku teks dan tulis cenggini dlm proposal sebagai contoh sahaja.... sedang tak perlu pun malah buat malu jer..

"Instrumen psikometrik yang baik hendaklah mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi (Chia, 2003)".

"Menurut Othman (2013), kajian tinjauan dilaksanakan sekiranya terdapat sampel ramai dan bertabur dikawasan yang luas"

Children's self-esteem may be at risk following the divorce of their parents (Drum, 1995)

Seeloknya tulis secara spesifik dari kupasan journal article utk dimasukkan dalam proposal spt contoh berikut:

"Cohen (2003) menyatakan bahawa kajian yang melibatkan psikometrik seperti motivasi, maka nilai faktor loading bagi item jika melebihi 0.4 mempunyai korelasi yang cukup tinggi untuk diiterima dalam satu-satu faktor".

"Quantitative and qualitative data collected in this study as suggested by Anderson (2009) and Treagust (2008) in their previous studies, will be served as a form of methodological triangulation in order to improve the validity and quality of data"

Ini contoh satu muka surat proposal pelajar EDU5900 aku yang aku screenshot. Dalam satu muka surat reference ini sahaja 10 adalah article journal kecuali 1 buku teks dan 1 handbook. Dgn artikel yang latest sebegini maka kupasan dalam proposal akan menjadi fresh !!





Abis bro..... tak bolehlah rujuk buku teks?

Boleh ler sayang.....sapa kata tak boleh.....bacalah sebanyak manapun buku teks...tapi bukan mengambil semuanya sebagai rujukan / citation kecuali fakta atau diagram yang benar2 perlu. 

Bagi mudah ko faham....

Rujukan article jurnal yang banyak TAK SEMESTINYA  menjamin proposal ko baik kalau ko tak baca dan kupas baik2 dala penulisan ko..... TAPI kalau ko tak rujuk artikel journal sebaliknya terlalu bergantung kepada buku teks......CONFIRMED proposal ko tak baik!!

Jgn kerana nak banyakkan senarai rujukan....apa sahaja yang ko baca dalam buku teks sehingga kepada pernyataan umum pun ko nak cite dalam proposal ko.... macam....

This study uses the true experimental design because the design will maximize the control of extraneous variables (Ary, Cheser & Asghar, 2002)

Ayat diatas tidak perlu citation kerana pernyataan tersebut adalah umum dan boleh difahami dari semua buku teks yang lain pun.....dan membuat citation hanya akan memalukan diri ko sendiri !!

Meh aku analogi kat ko..... analogi keropok leko....

Haha... mentang2 ler ko selalu ke UNISZA.... dapat lak keropok leko free.....


Nah... ambik ikan ni tambah dalam keropok leko....

Proposal dengan rujukan buku teks terlalu banyak..... samalah spt keropok leko yang terlebih tepung. Artikel dari journal tu ibarat ikan yang menyedapkan keropok dan meningkatkan kualiti serta teksturnya, lebih2 lagi guna ikan yang berkualiti. 

Kalau dah tepong jer yang banyak.... bukan sahaja tawar dan hambar bro.... tapi bila dah sejuk.... ko tak akan dapat bezakan antara keropok leko dengan batang kayu...dua2 sama keras..... dan itulah kali pertama dan terakhir aku beli keropok leko tu..... silap hari bulan aku datang minta duit aku balik.... 

Wo wo   ganazzz analogi ko ....Ok..OK....aku faham....

Terlalu banyak merujuk sumber sekunder seperti buku teks juga akan menjadikan proposal juga bertaraf sekunder. 

Mencari, membaca, dan memahami journal article lebih sukar kerana sifatnya yang khusus tetapi maklumat yang diperolehi adalah bersifat primer dan yang penting juga latest ! Journal article akan memberikan pendedahan kepada aplikasi sebenar kajian. Pelajar yang berusaha merujuk kepada journal article dan sekaligus mendalami secara khusus apa yang ingin dikaji, berpotensi menghasilkan proposal yang lebih baik.... berbanding yang banyak bergantung kepada buku teks.

Maka…. Sebelum aku baca objektif dan persoalan kajian serta bahagian2 penting lain proposal…. aku terus membuka bahagian belakang untuk melihat jenis rujukan yang digunakan. Jika hampir semuanya buku teks atau artikel bukan dari sumber yang establised ....maka begitulah kualiti yang akan aku baca….hambar...

Jadi…. letakkan keutamaan dalam mendapatkan sebanyak mungkin journal article yang established dari publication yang established terlebih dahulu yang berkaitan dengan Topic of Interest proposal yang ingin ditulis…… dan jadikan buku teks sebagai pelakon tambahan jer .... bukan main actor supaya penulisan proposal dapat diasaskan kepada kupasan yang lebih berwibawa….


Ok...ok message ko delivered !! Aku faham dah.... so selamat berangkat esok ke UIA.... aku nak buka youtube nak dengar celoteh UAI pulak...boringlah dengar celoteh tesis ko....

Ha ha bukan boring tapi terkena batang hidung ko yang malas nak cari journal article.....nanti UAI pun akan kata "guane mu bende mudoh lagu ni pung mu tok se buak....bodooh mu...." he he jangan marah.....


Ingak tu molek2....
buak keropok leko gune ikang berkualiti
jangang tepung sokmo...

OK bro....assalamualaikum !!

OT

1 comment:

  1. Hari ini ambil CRK untuk menghadiri bengkel Dr OT di UIA... Dapat panduan dan semangat yang baru untuk mulakan ZDOT....terima kasih Sifu :-) -ragu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...