Inilah meja aku.....bila dalam bengkel SRI (Stanford Research Institute) adalah consultant bengkel |
Dr Siti wakil kumpulan sedang membentangkan projek "SEA for Organic Chemistry" |
Mula aku pun pening gak dgn term baru dalam marketing spt value chain... |
Janet sedang komen presentation kumpulan aku |
OK berbalik kepada tajuk.....pernah tak ko dengar SV selalu komen begini:
Kenapa asyik buat kajian yang sama..., kajian ni dah banyak dibuat.... buatlah kajian yang berbeza...
Salah ke komen tu?
Tak salah.....tapi jelaskan apa yang berbeza....janganlah buat student pening sebab komen tu terlalu umum....bagilah komen yang "digestable".....sesapapun boleh bagi komen macam tu.... termasuk Chef Wan...atau Rozita Che Wan.... sedang student lihat SV sendiripun ulang kajian yang sama jugak....
Bila pulak SV buat kajian yang sama?
Abis kalau dah buat kajian tongkat Ali.... tentulah kajiannya berkaitan tongkat Ali jer yang diulang2.... sekejap kaji akar.... then kaji daun .... then buat capsule pulak....pendek kata tiada tongkat lain selain tongkat Ali..... sampai dikenali sebagai Prof Tongkat Ali walaupun nama sebenar dia.... Fatimah !!
Itu lain bro.... kalau nak buat PhD / Master mestilah buat kajian yang berbeza...
Amende yang berbeza... cer bagi tau aku?
Ialah... kajian yang belum pernah dibuat sebelumnya.... barulah sampai makam PhD...
Banyaklah makam ko....mana ada kajian yang belum pernah dibuat orang bro.... ko blaja research methodology pun pusing2 kat situ jugaklah.
Sebab itu tajuk kajian ko selalunya ditapis supaya sesuai dengan kepakaran di fakulti yang ko mohon. Jika ko nak buat kajian tentang habitat "singa laut"....yg tak pernah dibuat lagi di Malaysia, sedang IPTA tu hanya ada expert dalam "timun laut" jer....proposal ko akan direject. Jadi jgn ler nak "ek" minta kajian pelajar yang tak pernah dibuat orang !!
Abis tu?
Belum abis lagilah....sepatutnya bersikap positif dulu sebab kajian master / PhD hanyalah sbg latihan mendapatkan kemahiran berdikari membuat research dalam bidang masing2....dgn matlamat menyumbang kepada knowledge.
Jadi?
Jadi tugas SV bukan semata2 nak memastikan kajian supervisee mesti berbeza dgn yang terdahulu....TETAPI memastikan supervisee menjadikan kajian yang maybe telah banyak dilakukan agar menjadi kajian yang LEBIH BAIK secara signifikan dari kajian terdahulu... atau dalam bahasa lain macam added value lah. Added value inilah antara ingredients yang akan menjadikan artikel kajian ko diterima utk diterbitkan.
Lihat sahaja hp.... contoh sempoi.....bukan nak buat kajian supaya hasilkan benda baru menggantikan hp....tapi kajilah bagaimana nak menjadikan hp tu lebih baik !! Kalau nak hasilkan benda barupun.... biarlah selepas dapat PhD dan menjadi pakar.... macam SV ko....dgn title Prof...... itupun tak ramai juga dapat hasilkan sesuatu yang baru wpun dah 10 tahun pegang title tersebut !!
Emmm..... no komen....apa dia added value tu bro?
Katalah dalam sosial sains....kajian tentang kepuasan bekerja (job satisfaction) dah banyak dilakukan... pendek kata dah saturated. Pelajar masih boleh membuat kajian yang sama tentang kepuasan bekerja juga......dgn menambah weight kpd kajian tersebut dengan membuat kajian lebih baik,
Contohnya?
Jgn ler asyik nak ukur Kepuasan Bekerja dgn soal selidik yang sama dan dianalisis dgn cara yang sama seperti menggunakan multiple regression jer....yang ditukar hanyalah responden.....
Kenapa tidak membuat kajian bagi membina Indeks Kepuasan Bekerja pulak dengan menggunakan analisis yang lebih mendalam dan kompleks, misalnya menggunakan perisian path modelling seperti SEM/ AMOS/ SPSS ataupun PLS / SmartPLS / SPSS yang melibatkan pengujian beberapa model dengan latent variables....
Inilah yang perlu dipastikan oleh SV..... melainkan SV sendiri tak tahu adanya "added value" dalam bidang tersebut....yang menjadi contribution to the body of knowledge.... maka sibuk ler menyuruh pelajar membuat "tajuk baru"..... akhirnya pelajar yang "haru biru"....
Adanya.......
Adanya.......
OT
No comments:
Post a Comment