.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Sunday, June 30, 2013

Tajuk 491: Proposal 5 minit vs Proposal 5 Semester - Aku bukan Nujum Pak Belalang !

Citer skit bro...best tak masa ko berkenal2an dgn bakal isteri ko dulu?

Aku jatuh hati dgn awek aku tu masa di kampus…..tapi lain2 IPTA.... hp masa tu tak ada… emel pun tak ada… yang ada hanyalah pondok telefon yang uzur penghubung rasa…..dan surat pengubat rindu ! He he rindu konon..... then sampai 5 semester aku angau baru berani aku proposed dia….tu pun secara indirect gi rumah jumpa mak dia!

He he… penakut jugak ko ni yer…

Mana tak nya… takut aku ni tak capai "standard" dia yang cun dan jadi rebutan ramai jejaka masa tu !

Dipendekkan cerita?

Pendeknya....pada semester 5 tulah akhirnya aku berjaya cair dia bro… he he … cair dengan ayat2 cinta aku.... tapi ayat cinta yang "standard" jer aku guna....bukan jiwang2  cam ko...siap tulis "setiap hela nafasku ada cintamu.... setiap denyut nadi ku adalah degup jantung mu..." 
Apa hal ko ni…. menyingkap nostalgia aku pulak?

Saja…. Tapi bila ko sebut 5 semester tu…. Aku sedih…. terasa macam ko sengaja nak perli aku…

Ah sudah….. jiwang lak mamat ni.....aphal dengan ko ni?

Ko nk tahu tak….dah 5 semester aku buat proposal…dan 120 pages….. masih tak mencapai "standard" SV aku....so dia tak nak terima proposal tersebut selagi tak capai standard dia…

Hah!! Dah sampai 120 pages lom sampai standard? Standard apa tu? Ko ni tulis proposal ker buat novel?

Entah…. SV aku tak cakaplak terus terang… sekadar …. “proposal ni tak boleh terima…masih belum capai standard”… tu jer?

Cengginilah….. ko tanya baik2 SV ko yang standard tu…. Kat mana lagi proposal ko yang tak capai standard tu…? Ko tahu tak…. Masa awal2 semester nilah tugas SV jelaskan pada ko… membimbing ko….. Bukan komen jer then biarkan supervisee bermain dengan teka teki. Dia ingat ko nujum pak belalang ker tahu apa yang dia fikir?

Tulah pasal…..

Diawal2 semester jugalah penyediaan proposal menjadi keutamaan SV utk beri bimbingan....inilah waktunya SV dan ko bekerja dgn erat…. rapat dan transparent sebab inilah blue print kajian ko yang SV ko akan supervise. SV perlu pastikan proposal ini mencapai merit akademik samada PhD mahupun Master dan menjadi workable research. Kalau dia nak biarkan ko buat semua kajian ko sendiripun.....biarlah SELEPAS ko mempunyai proposal yang mantap …. bukan SEBELUM  macam yang ko hadapi skang.... ibarat tergantung tak bertali.... terapung2 diawang2an !!

Aah kan…. Tu lah yang aku pelik….

Kalau dia biarkan ko berteka teki semasa menyiapkan proposal ….. apa expectation ko pada SV jenis macam ni semasa ko buat kajian nanti?

Tapi dia baik bro? Tak marah2 dan tak paksa2….

Baik cam ner tu? Biarlah dia tak baik dimata ko….tanpa kata2 manis….tapi dia supervise ko awal2 lagi sampai mantap proposal ko… tak biarkan ko berteka teki… ini lagi baik bro !!

Emm….betul jugak !

Proposal yang baik adalah proposal yang “ringkas tapi jelas”. Proposal yang tebal2 macam ko ni….sampai 120 pages pun masih tak jelas2. Jadi aku pun terfikir…ko yang tak jelas atau SV ko tak jelas apa yang ko nak buat?

Jgnlah cam tu...... takut aku dgn komen ko ni…

Tulah ko….sikit2 takut……

Proposal adalah naskah yang sepatutnya RINGKAS dengan pernyataan masalah, objektif, methodology dan contribution to the body of knowledge yang JELAS…... Proposal bukan static atau rigid sehingga tak boleh diubah.... ddiupgrade atau dimodified. Proposal pulak tidak boleh terlalu khusus dan mendalam....sebab ianya hanya blue print....kalau nak mendalam biarlah dalam THESIS bukan PROPOSAL!! 


Inilah tahap paling kritikal… yang memerlukan kepakaran SV… khususnya diawal2 semester… bukan dah sampai 5 semester masih tak capai “standard” yang SV sahaja tahu.

Jadi?

Come on bro….… proposal yang baik adalah ringkas tapi jelas,
bukan makin  tebal makin kabur….  Sebab itu ko kena defense proposal tu…. supaya ko sendiri dipastikan jelas apa yang ko nak lakukan menepati  standard  PhD atau Master ..... bukan standard SV ko yang dia sendiri tak dapat nak jelaskan…. Ada pulak macam itu !!

Aku nak bagi ko satu analogi proposal spontan.... dalam 5 minit.... ko nilai proposal aku ni....

Katalah aku nak buat proposal "Menaiki bukit Broga di Semenyih dgn basikal"

Ha ha.... aku suka aku suka.... ko ni memang analogist !!

Aku nak cabar proposal ko.... 


1. Naik basikal - apa yang barunya bro, dah berbilion2 org naik basikal? Cakap?

Ni bukan sebarang basikal... basikal yg akan aku modified berciri motocross....utk naik gunung... bukan basikal tua...atau basikal lumba bro, apatah lagi bagi BMX atau basikal Chooper yang dinaiki awek gedik tu!

2. Kenapa naik Bukit Brogra, dah ribuan2 ramai orang naik...apa yang uniknya?
.
La....org naik jalan kaki lah... bukan naik basikal berciri motocross macam aku nak buat ni....unik lah tu!

3. Kenapa naik Bukit Brogra.... naik ler gunung ker baru standard? 

Ini proposal master ler..... cukuplah standard bukit..nanti buat PhD barulah naik Gunung Kinabalu....  dgn basikal modified dgn ciri glider pulak.... baru terserlah originalitynya !

4. Ada sumbangan pada knowledge proposal naik basikal ke Bukit Broga ko tu? 

Mestilah ada, aku nak gabungkan teori basikal biasa dengan ciri motocross....yang tiada seumpamanya di Malaysia lagi dgn mencuba teknik pendakian terbaharu iaitu teknik "dakisikal" . Inilah sumbangan aku.

Oklah... memang ringkas tapi jelas. Aku terima proposal ko ni....tak yah tunggu 5 semester....dgn proposal 120 pages..... 5 minit pun cukup !! hehe

OT





Wednesday, June 26, 2013

Tajuk 490: Artikel utk Proposal vs Ikan utk Keropok Leko

Esok mana bro?

Esok aku akan bertemu peserta bengkel di UIA. Aku sering ke UIA tapi ini first time aku ke sana untuk mengisi jemputan. Harap2 aku tak tersangkut dalam jam di MRR2...

Ko buat apa tu?

Marking proposal students....

Apsal ko selak2 proposal tu dari belakang.... bukan dari depan? Semua orang baca proposal dari depan ler.... Chapter 1, 2 dan 3.....bukan belakang !

Itu orang lain bukan aku bro...

Iskhh.. pelek tul ler cara ko fikir.....

Biasalah pelek skit jer.... apapun aku perlu siapkan marking.....sebelum ke UIA.....tengah pening berpinar2 mata aku menyemak proposal pelajar. Aku sejak tadi membaca objektif dan baca persoalan kajian proposal. Nampak OK jer. Aku pun tally persoalan kajian dengan procedure dan instrument kajian…. Emmmm banyak yang tak kena. 

Then aku selak2 Literature review…. terasa tawar dan hambar. Aku macam baca buku teks…. Lebih tepat ringkasan buku teks. Ini student master…ada yang PhD.... takkan buat ringkasan buku teks !! Sebab tu aku suka baca dari belakang...itu strategi aku...


Marking pun ada strategi jugak ker bro?

Aah... cara akulah..apsal ko lak yang sibuk2.....aku nak  mula membaca proposal dari belakang pulak…

Apa lak kena baca bahagian belakang.... bahagian apa tu?

Belakang tu aku teliti dahulu References / Rujukan ! Meh lah aku bagi tau.... ko dengar baik-baik...

Proposal yang banyak merujuk kepada buku teks…. sah menulis proposal macam ringkasan buku. Manakala proposal yang merujuk banyak journal, secara umumnya ditulis secara lebih mendalam. 

Aku bandingkan dua proposal masing-masing dengan 20 rujukan tetapi tidak sama kualiti penulisan. Proposal pertama dengan hanya ada 2 sahaja journal yang rujuk dan menepati ramalan aku…. proposal ditulis spt ringkasan buku teks. Satu lagi proposal ada 15 journal dan aku dapati proposal tu ditulis dengan kupasan yang lebih mendalam. 

Emmm.. apa makna semua ini?

Buku teks adalah sumber rujukan sekunder.... omputih kata secondary resources. Membaca buku teks sekadar memberi kefahaman umum kepada pelajar dan bukan untuk dirujuk semuanya dalam proposal. Baca dan faham....utk digunakan bagi memahami journal sebagai sumber primer...... malah tak payah nak sibuk2 cite buku teks tu dalam proposalpun jika yang nak di cite tu hanya pernyataan umum sahaja..... 

Ramai yang baca buku teks dan tulis cenggini dlm proposal sebagai contoh sahaja.... sedang tak perlu pun malah buat malu jer..

"Instrumen psikometrik yang baik hendaklah mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi (Chia, 2003)".

"Menurut Othman (2013), kajian tinjauan dilaksanakan sekiranya terdapat sampel ramai dan bertabur dikawasan yang luas"

Children's self-esteem may be at risk following the divorce of their parents (Drum, 1995)

Seeloknya tulis secara spesifik dari kupasan journal article utk dimasukkan dalam proposal spt contoh berikut:

"Cohen (2003) menyatakan bahawa kajian yang melibatkan psikometrik seperti motivasi, maka nilai faktor loading bagi item jika melebihi 0.4 mempunyai korelasi yang cukup tinggi untuk diiterima dalam satu-satu faktor".

"Quantitative and qualitative data collected in this study as suggested by Anderson (2009) and Treagust (2008) in their previous studies, will be served as a form of methodological triangulation in order to improve the validity and quality of data"

Ini contoh satu muka surat proposal pelajar EDU5900 aku yang aku screenshot. Dalam satu muka surat reference ini sahaja 10 adalah article journal kecuali 1 buku teks dan 1 handbook. Dgn artikel yang latest sebegini maka kupasan dalam proposal akan menjadi fresh !!





Abis bro..... tak bolehlah rujuk buku teks?

Boleh ler sayang.....sapa kata tak boleh.....bacalah sebanyak manapun buku teks...tapi bukan mengambil semuanya sebagai rujukan / citation kecuali fakta atau diagram yang benar2 perlu. 

Bagi mudah ko faham....

Rujukan article jurnal yang banyak TAK SEMESTINYA  menjamin proposal ko baik kalau ko tak baca dan kupas baik2 dala penulisan ko..... TAPI kalau ko tak rujuk artikel journal sebaliknya terlalu bergantung kepada buku teks......CONFIRMED proposal ko tak baik!!

Jgn kerana nak banyakkan senarai rujukan....apa sahaja yang ko baca dalam buku teks sehingga kepada pernyataan umum pun ko nak cite dalam proposal ko.... macam....

This study uses the true experimental design because the design will maximize the control of extraneous variables (Ary, Cheser & Asghar, 2002)

Ayat diatas tidak perlu citation kerana pernyataan tersebut adalah umum dan boleh difahami dari semua buku teks yang lain pun.....dan membuat citation hanya akan memalukan diri ko sendiri !!

Meh aku analogi kat ko..... analogi keropok leko....

Haha... mentang2 ler ko selalu ke UNISZA.... dapat lak keropok leko free.....


Nah... ambik ikan ni tambah dalam keropok leko....

Proposal dengan rujukan buku teks terlalu banyak..... samalah spt keropok leko yang terlebih tepung. Artikel dari journal tu ibarat ikan yang menyedapkan keropok dan meningkatkan kualiti serta teksturnya, lebih2 lagi guna ikan yang berkualiti. 

Kalau dah tepong jer yang banyak.... bukan sahaja tawar dan hambar bro.... tapi bila dah sejuk.... ko tak akan dapat bezakan antara keropok leko dengan batang kayu...dua2 sama keras..... dan itulah kali pertama dan terakhir aku beli keropok leko tu..... silap hari bulan aku datang minta duit aku balik.... 

Wo wo   ganazzz analogi ko ....Ok..OK....aku faham....

Terlalu banyak merujuk sumber sekunder seperti buku teks juga akan menjadikan proposal juga bertaraf sekunder. 

Mencari, membaca, dan memahami journal article lebih sukar kerana sifatnya yang khusus tetapi maklumat yang diperolehi adalah bersifat primer dan yang penting juga latest ! Journal article akan memberikan pendedahan kepada aplikasi sebenar kajian. Pelajar yang berusaha merujuk kepada journal article dan sekaligus mendalami secara khusus apa yang ingin dikaji, berpotensi menghasilkan proposal yang lebih baik.... berbanding yang banyak bergantung kepada buku teks.

Maka…. Sebelum aku baca objektif dan persoalan kajian serta bahagian2 penting lain proposal…. aku terus membuka bahagian belakang untuk melihat jenis rujukan yang digunakan. Jika hampir semuanya buku teks atau artikel bukan dari sumber yang establised ....maka begitulah kualiti yang akan aku baca….hambar...

Jadi…. letakkan keutamaan dalam mendapatkan sebanyak mungkin journal article yang established dari publication yang established terlebih dahulu yang berkaitan dengan Topic of Interest proposal yang ingin ditulis…… dan jadikan buku teks sebagai pelakon tambahan jer .... bukan main actor supaya penulisan proposal dapat diasaskan kepada kupasan yang lebih berwibawa….


Ok...ok message ko delivered !! Aku faham dah.... so selamat berangkat esok ke UIA.... aku nak buka youtube nak dengar celoteh UAI pulak...boringlah dengar celoteh tesis ko....

Ha ha bukan boring tapi terkena batang hidung ko yang malas nak cari journal article.....nanti UAI pun akan kata "guane mu bende mudoh lagu ni pung mu tok se buak....bodooh mu...." he he jangan marah.....


Ingak tu molek2....
buak keropok leko gune ikang berkualiti
jangang tepung sokmo...

OK bro....assalamualaikum !!

OT

Tuesday, June 25, 2013

Tajuk 489: Thesis PhD, bibik, ibuku, ayahku, Kinabalu dan kerikir dikakiku….

Jam menunjukkan pukul 11.45 am. Aku termangu di kaunter 32, kedutaan Indonesia, Ampang. Di luar kabur… jerebu! 

Aku menunggu giliran dipanggil utk menguruskan pembantu rumah bercuti raya. Sebagai majikan, aku tahu kerinduan “bibik” terhadap anak dan keluarganya di Jakarta... sebagaimana sewaktu aku belajar di Adelaide dahulu juga. 

Aku sediakan pembantu rumah untuk ibuku dikampung…. sementelahan dia sudah uzur .... namun kasihnya pada anak2 tak pernah luntur....


Titis suci kasih ibu

Sedang ayah masih tidak mahu pencen2…mengerah kudrat menoreh getah. Mungkin darah dalam dirinya akan terus mengalir, bagaimana mengalirnya susu getah. Mungkin dia tak betah berehat…. kerana sepanjang hidupnya dia memang tak pernah berehat. Mencari nafkah keluarga adalah keutamaan yang mengatasi segala lelahnya. Bekerja itulah cara ayahku berehat ! SubhanAllah....


Keringat ayah.....

Suasana masih sesak di kedutaan…. pelbagai wajah aku lihat… lelaki dan perempuan… juga anak-anak kecil yang tak mengerti kesusahan ibu bapa berada di negara orang mencari nafkah. Tak tahan dengan angka nombor giliran yang seperti tidak bergerak2 aku menyusur dan menyusup keluar… mencari segelas “teh peng” penghilang dahaga dan resah.

Resah ? 

Resah kerana masa begitu cemburu. Aku tahu ini jugalah keresahan calon Master / PhD yang bukan resah di kejar SV tapi resah dikejar masa. Masa yang berdetik tanpa henti walaupun sesaat untuk menyiapkan tesis. Persis keresahan pendaki Gunung Kinabalu mengejar masa untuk sampai ke puncak sebelum mentari terbenam. 

Wo wo…. Lain macam jer entry ko kali ni bro… macam cerpen lak. He he…. 


Aku nak menganalogi perjalanan calon PhD / Master menulis tesis.… persis perjalanan pendaki gunung….. sebagaimana aku mendaki gunung Kinabalu… suatu ketika dulu…sebagaimana calon PhD/Master, pendaki juga menghadapi beberapa cabaran …


Pertama:
Cabaran pengetahuan. Mengetahui the dos dan the donts sebelum mendaki. Jangan sampai naik gunung pakai kasut sneaker dengan jean ketat….dah ler…. Lebih lelucun kalau berbaju kebaya ketat nyonya Melaka….begitu calon master / PhD, mengetahui syarat2 menjadi calon… pengambilan kursus serta memenuhi segala pra-syarat yang berkaitan.

Kedua:
Pendaki mesti mengetahui tahap fitness – samada fit untuk mendaki atau tidak. Jika lelah atau ada masalah sakit sendi…. mendaki bukan bidang yang patut diceburi. Calon master / PhD juga kena mengetahui tahap fitness, bukan sangat fitness fizikal tapi fitness spiritual dan cognitive. Kalau jadi calon master / PhD sekadar isi masa lapang…. atau kerana jeles dgn kawan2…. lebih baik blaja buat kek cawan.... 

Ketiga:
Keazaman yang tinggi dan tidak takut hadapi risiko serta sanggup melalui jalan berliku. Kalau nak tulis satu ayat dalam thesis pun takut2 sampai tak tulis2…. nak tunggu semuanya perfect…. maka itu dah tertulis yang calon tersebut tak layak buat thesis…..sedang yang masuk cat walk jalan atas stage lurus dan ratapun terpaksa harungi cabaran berliku.. nikan pulak menulis tesis yang diibarat naik gunung yang berliku-liku…

Keempat:
Menguasai kemahiran mendaki. Jgn sampai memijak ranting, batu licin, malah kerikir …. Ambil langkah satu demi satu… atau one at a time (dgn izin). Spt menulis thesis…. perlu ada kemahiran khusus dan jgn anggap kemahiran ini wpun kecil sebagai remeh.

Lagi bro?

Cukup ler…. Aku nak tambah lagi yang keempat tu. Jgn sampai mendongak ke puncak…. sampai lupa kerikir di kaki. 

Maksud ko?

Mendaki gunung spt gunung Kinabalu, tidak sesukar mana kerana ribuan pendaki menaklukinya saban tahun. Ko ada stamina, pakaian ko sesuai dan ada sedikit keazaman…. Ko akan sampai ke puncak… aku gerenti. 

Tapi terdapat ramai juga yang hanya sekerat jalan kerana tergelincir, tercedera atau terseliuh. 

Kenapa? 

Kerana keghairahan mendaki dan mendongak ke puncak Kinabalu yang indah sampai terlupa kaki memijak kerikir halus dibumi. Kerikir inilah yang menggelincirkan ramai pendaki. Kerikir inilah yang melelahkan. Kerikir ini juga lah yang menyakitkan.. malah kerikir inilah juga yang melukakan...

Tak fahamlah bro… analogi ko ni terlalu abstrak….

Perjalanan menulis tesis, bukan sekadar mengikut arus sebagaimana pendaki mengikuti lorong-lorong pendaki sebelumnya….. sekadar bertemu SV dan menghabiskan coursework, juga bukan sekadar mencari tajuk kajian. 

Perjalanan menulis tesis memerlukan pengetahuan khusus yang seringkali tidak didedahkan … ibarat kerikir dibawah kaki yang tidak pernah mendapat tumpuan. Kerikir2 ini termasuklah mengoptimumkan kemahiran MS Word atau LaTex, mengoptimumkan kemahiran mencari artikel secara extensive dan intensive, mengurus artikel secara efective, membaca secara focus dan selective, membuat review secara comprehensive dan menguasai analisis secara inclusive. 

Jgn hanya GAH dengan title PhD candidate… menuju puncak untuk bergelar Dr… sedang kerikir-kerikir ini tidak dikuasai pun. Kerikir inilah yang menyebabkan puncak yang diidam gagal digapai… kerana kehabisan tenaga dan cedera akibat tergelincir....kerana kerikir....

OT

Sunday, June 23, 2013

Bengkel ATLAS.ti di UNISZA.....

Selesai bengkel ATLAS.ti di UNISZA dan aku mendapat hadiah keropok leko.... terima kasih kepada Pof Zul dan Pn Noraini yang menjemput aku ke UNISZA. Malamnya aku stay di Primula dan sempat berjumpa anakandaku Arif.... 

Mudah2an dengan bengkel ATLAS.ti dan ebook ATLAS.ti yang dimiliki oleh peserta bengkel akan menambah skill membuat penyelidikan....khususnya kajian kualitatif....






















Friday, June 21, 2013

Tajuk 488: Aku, Sultan Mizan dan UNISZA - Dua penyakit MERBAHAYA menulis tesis yg tak disedari

Bro….esok aku akan ke UNISZA… buat kali ke 3. Aku bimbang kawan2 kat Unisza jemulak tengok muka aku….

Aku tabek... ko macam serasi jer dengan UNISZA...

Ko nak tahu kenapa?

Mestilah.....aku nak tahu...

Sebab ada org pernah tegur wajah ensem aku ni ada mirip2 Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin tau... Sultan Trengganu.... :-)


Tengok ada iras2 tak.... 

He he bro.. cayalah..... 

Ok..ok..cukup... nanti ada yang perasan plak... semua tu adalah kebetulan dan suratan... 

Hari ini suara aku masih serak2 dan macam susah nak keluar. Apapun aku tawakkal….esok ada bengkel.... Kena jaga suara dan tak boleh over shouted… kali ni kena slow and steady…

Aku nak sentuh sikit jer…. dua penyakit yang banyak dihadapi oleh calon PhD / Master. Jika tak diubati… dibimbangi akan menjadi parah. Mujurlah penyakit ini tidak berjangkit. Oleh kerana ramai yang kena penyakit ini, maka semua orang dah tak anggap ia satu penyakit.

Apa ko cakap ni bro… aku tak faham

Nak analogi lah tu !
He he tau tak per…

Penyakit ni macam satu wabak… macam deman bola sepak piala dunia. Semua orang tiba2 cakap pasal Messi…. Rooney… bangun lambat kerana piala dunia… marah2 kerana piala dunia…. Tiba2 jer ko sorang ajak dia orang cakap pasal piala Sudirman ! Tak ker kena penyepak tu ! 


Jadi orang akan anggap ko ni sakit sebab ko sorang  cakap pasal badminton … pada hal ko OK jer… … yang ramai2 deman bola sepak piala dunia tulah yang tak sedar mereka sakit !! 

Fuhh.. terkesima aku nak faham analogi ko yang yang penuh berfalsafah tu…

Jgn susah2 meh aku huraikan dua penyakit tu. Penyakit yang ada pada pelajar yang nak menulis tesis. Katalah ko adalah pelajar tersebut... he he

Pertama: Penyakit TAK SEDAR


Penyakit TAK SEDAR cara penulisan tesis ko yg sangat tidak efektif. Penyakit ini akan menyebabkan ko menulis merangkak2 dengan penuh kepayahan… dan ko anggap perkara ini mcam biasa jer….so bersusah payah ler ko sepanjang ko menulis tesis....ko tak sedar pun ko ada penyakit.... apa yang ko sedar....lagi payah ko tulis lagi ko perasan yang ko sedang bekerja kuat utk menulis thesis ko. So ko redha menerima kepayahan tersebut…...yang sebenarnya terjadi akibat kejahilan ko sendiri !

Mak oi… kerasnya hukuman ko pada yang terkena penyakit ni bro…. abis yang kedua?

Kedua: Penyakit SEDAR 


Penyakit SEDAR bahawa ko sedar cara penulisan tesis ko memang tak efektif … sebab ko rasa payah sungguh nak progress dalam penulisan... dah 3 semester tak banyak progress.... tapi ko malangnya TAK SEDAR ler pulak rupanya ada cara yang lebih efektif ! So ko teruskan jer lah cara ko yang tak efektif tu...

Penyakit ni lagi berat bro. Ko tahu cara menulis tesis ko tersangatlah lembabnya tapi ko buat derk jer… sebab ko lihat semua kawan2 ko sama lebih kurang macam ko… so ko ingat mmg tak ada cara yang efektif...pun relex jer… sehingga ko tak sedar yang sebenarnya ada cara penulisan yang efektif...... jadi ko juga termasuk dalam kejahilan diri sendiri.

Abis tu cam ner bro? 


Abis apa pulak… abiskan jerlah tulis thesis ko tu wpun terpaksa menempuh kepayahan. Contohnya betapa ramai pelajar yang masih tidak menggunakan DCOT (Document map of thesis) ataupun FBOT (filtered based on theme) dengan Reference Manager bro… malah berapa ramai yang tak sedar perlunya OFOT (One file One Thesis) atau guna page break dan split viewutk utk menulis secara effective! 

Jadi ramailah yang masih TAK SEDAR, wpun tinggal di KESEDAR dan belajar pulak di UNISZA........ bahawa penulisan tesis yang susah itu samada ko sedar atau tidak....sebenarnya boleh dipermudahkan dengan teknik penulisan yang efektif !!

Fulamak sampai ke situ observation ko bro.... lansung aku tak pernah terfikir.... aku main tulis jer.....apapun selamat sampai ke KT.... Teganu Kite !!

OT

Thursday, June 20, 2013

Bengkel di UUM 2013, Sintok....

Bengkel kali ni agak istimewa sebab aku disambut oleh kawan lama aku (30 tahun lalu) Dr Azmi dan Dr At. Juga kehangatan sambutan di UUM sungguh mengharukan sampai serak suara aku berceloteh selama 7 jam... hampir non-stop !!


Keceriaan selepas bengkel.....


Keseriusan semasa bengkel


Meneroka FBOT (Filter-based on Theme) dgn Mendeley


More focused on SROT (Speed Reading on Target)


Time to do ZDOT (Zero Draft of Thesis)


Woow.... really go into OFOT (One Fail One Thesis)


Emmmm.....


Just completing the KOT (Keep on Track) Cycle


No komen....


Discussing RFOT (Research Framework on Template)


Now review with AROT (Article's Rule of Thumb)


And.... DMOT (Document Map of Thesis)




Yang ini OT gak.... sign autograph...peminat Dr OT !!
Bersama AJK bengkel


Ole-ole dari Sintok !!




Monday, June 17, 2013

Tajuk 487 - Prof dan Maradona dalam VIVA PhD !

Salam dinihari,

Now pukul 1.45 am. Aku baru balik dari PPR Sentul…. bertemu sekumpulan remaja untuk satu research. Tapi aku tak nak citer pasal remaja, aku nak up skit…citer pasal Professsor.

Itu bukan up skit tu bro.... banyak tu ... tak tercapai aqal ku!!

Aku ngantuk la bro.... apa pagi yang ko nak tulis ni...

Ngantuk? Ko yang ambik PhD asyik ngantuk jer.... iskhhh...
Dah lama aku tak menulis entry blog aku ni..... sebab aku tengah siapkan buku ke3 aku tahun ni.... dah 95%..... akan aku war2kan tak lama lagi.... maybe dalam bengkel aku di UUM 19 June..... !! 

Emm nostalgia jugak tau.. sebab dulu aku pernah mengaji di Jenan Jitra.... dekat ler dengan UUM tu.... 

Buku? Apsallah ko tulis buku.... aku ni tulis thesis relex jer.... tu pasal tak siap2.... hu hu

Tapi bila ko dah lulus nanti....lama2 ko akan jadi Prof bro. Motivasilah skit. 

Prof?  Yezzzz itulah cita2 aku bro... celik skit mata aku ni... apahal pulak ko nak tulis...

Professor ni aku google maknanya dalam Wikipedia adalah “a teacher of high rank”. Tapi aku taklah suruh panggil Prof tu cikgu…. dan juga mereka dikatakan expert....

Aku agaknya terlalu banyak berfikir…. dan dalam berfikir tu aku dapati Prof dan Viva tak dapat dipisahkan. Then aku terfikir lagi…. Apakah agaknya position Prof dalam Viva?

Apa? Position? Aku tak faham?

OKlah....aku nak mulakan dengan KFC….sure ko faham...

Cam nilah…. Kalau KFC ambil position sebagai restoran “the best fried chicken” tentulah susah sebab mak aku goreng ayam pun sodap..... Oleh kerana nak jual macam2 makanan lain, KFC pun ambil position dirinya sebagai restoran “sehingga menjilat jari”. 

ASTRO pun sama… position sebagai stesen TV yang “macam-macam ada”... 

Lagi contoh bro… canggih sikit.

Petronas..... misalnya...tak ambil position sebagai syarikat pengeluar minyak…. sebab nenek akupun boleh buat minyak....tapi minyak kelapa dara lah…sebaliknya Petronas position dirinya sebagai “Energy Provider”…. barulah mantap! Yang ni nenek aku tak boleh buat sebab power dia sendiri makin kurang ditelan usia...wpun dia menjual minyak kelapa dara.....

Jadi position mesti kena pada tempatnya.... 

Apa kena mengena dengan Prof dan Viva plak?

Tulah RAM ko tu kena upgrade skit…. tak mainlah 2 Gb....kasi up lah 8 Gb ker

Cam ni.....Petronas dan tenaga tak boleh dipisahkan.. samalah Prof dan Viva tak boleh dipisahkan juga. Ada VIVA, mesti Prof kena jadi panel penilai. Jadi apa position Prof dalam Viva?

Jika Prof yang sudah 20 tahun membina kepakaran dalam dan luar negara….. dapat grant dah juta2… paper dah published punyalah banyak...lebih banyak dari rambut....... dah lahirkan ramai pelajar master dan PhD….maka Prof ada kalanya "tak perasan" akan position yang perlu diambil semasa menjadi panel VIVA.....

Dalam Viva, jika Prof ini ambil position dirinya sebagai expert (spt criteria di atas) ....maka dia akan cenderung membanding dan menilai tahap research calon PhD / master supaya mencapai tahap kepakarannya, maka jadilah Viva suatu yang phew... ko jawab ler sendiri ! Dan.. selalu juga position ni diambil masa pelajar 1st time defend proposal bro....mahu  kecut semua yang patutnya tegang bro.... fuhh....baru nak service 0-0 dah kena smash !!

Bila Prof tu mula berkata2… “Saya berpendapat mengikut pengalaman dan kepakaran saya (sambil batuk2 skit) bahawa kajian ini tidak cukup itu dan tidak cukup ini…malah tiada yang  cukup melainkan tidak cukup belaka.....” dibimbangi dan dikhuatiri dia positionkan dirinya sebagai the ultimate expert .... MELEBIHI dan MENGATASI dirinya sebagai penal penilai.

Apa bezanya tu bro.. jgn bikin wa confused !

Panel penilai kepada pembentangan VIVA PhD perlu  menilai pembentangan pelajar mengikut standard PhD, bukan mengikut tahap atau standard kepakaran yang secara tidak sedar dia miliki dan bina selama 20 tahun !!

O... cam tu ker?

Itu pendapat aku.....kalau ko tak setuju.... nak buek cam no

OKlah aku bagi analogi supaya menyala mentol lampu kepala ko yang selalu layan bolasepak sampai tengah malam tu…

Analogi 1: Viva pelajar MASTER

Ini peringkat master bro. Bila Maradona menilai pemain MALAYSIA membuat persembahan, dia perlu meletakkan standard ASIA dahulu dan bukan membandingkan pemain Argentina yang bertaraf dunia. Maradona perlu komen dan betulkan apa sahaja kecuaian dan kesalahan pemain yang bermain ala-ala stail kampung supaya mencapai  standard ASIA… at least macam standard Jepun dan Korea Selatan, yang layak masuk World Cup....bukan standard Argentina atau Holland !


Apa pandang-pandang !


Analogi 2: Viva pelajar PhD

Ini pulak peringkat PhD. Bila Messi menilai striker JEPUN yang dah sampai tahap ASIA, dia perlu perbaiki lagi skil penyerang tu supaya mencapai standard striker kelas DUNIA bukan jadi macam dia yang ada kepakaran "dalam kelasnya tersendiri”... Masakan tidak, Messi dah sumbat lebih 100 goal peringkat antarabangsa....dgn purata 2 gol setiap game sedang striker Jepun tu yang dah main lebih 100 kali dengan kelab di Argentina ... baru 2 goal jer dia sumbat !!!

Jadi kedua-dua MARADONA dan MESSI mesti position diri masing-masing sesuai dengan tugas dan tanggungjawab serta standard yang ingin dicapai… bukan standard diri sendiri !

Juga jgn pula sebagai panel VIVA, positionkan diri secara yang sempoi sangat.... apapun boleh lulus.... nanti dipanggil Prof EASY pulak..... atau semua kajian orang lain tak kena belaka... wpun bukan bidang dia.....itupun dia nak komen jugak.....dia saja yang tahu semua benda..... nanti dipanggil Prof WIKIPEDIA.....tapi position lah diri dengan sewajarnya... kerana pelajar yang VIVA tu tetap sama dengan Prof tu masa dia VIVA PhD dia dulu.....bukan siap jer tesis PhD terus jadi expert macam Prof tu....takkan Prof tu dah lupa..... 

OO....... baru cerah otak aku ni..... faham2.... 

Aku sekadar berkongsi pendapat dan rasa... dan untuk bahan berfikir dan renungan bersama.....

Oklah bro masa utk melelapkan mata….


OT

Thursday, June 13, 2013

Day 1: Bengkel di Sri Molek, Hotel Uitm Dungun

Jarang aku stay dan bermalam utk bengkel. Di Dungun, aku overnite utk bengkel penulisan dan SPSS. Terima kasih kpd UPM Consultancy dan Sdr Shuhairy bagi pihak MPSW yang uruskan bengkel kali ini. 


My first time....


Photo dari bilik hotel... sea view....


Saat terindah..... thumbs up !!

Inilah first time aku stay di Hotel "Practical" Uitm.... not bad, tepi pantai dan yang "mortan" ada WIFI wpun "selow" sikit. 


Sdr Shuhairy.....berjiwa entrepreneur... 

Bengkel dan makan....intensive !!


Rasa syukur bila lihat buku sendiri dimiliki peserta bengkel....

Generasi muda yang komited dengn research...
Santai....lunch tepi pantai...













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...