.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Sunday, May 19, 2013

Tajuk 484: The Best PhD thesis “TIDAK WUJUD” !

Hai bro, amacam bengkel ATLAS.TI esok di Murni International College?Esok… cam biasalah…. 

Bro ko ingat tak bila aku tulis “The best thesis is a thesis submitted in time” ... malah patut ada award utk ini !!... dalam Tajuk 468…

Ingat ler…. sebab ko sorang jer fikir cam tu…kenapa plak?

Aku nak tambah lagi …… The Best PhD thesis pada pendapat akulah….hampir “TIDAK WUJUD” !

Ko ni mencemar dunia PhD jer lah…. takkanlah tak wujud thesis yang hasilkan “sesuatu yang original, gempak, yang terbaru dipasaran…..”

Tu pasallah lah… aku tak fikir cam tu…. sebab aku ada rasional aku sendiri ler….

Pedia?

Pertama, bagi aku yang kerdil ini… penghasilan thesis PhD (atau Master) yang terbaik adalah bukti keupayaan individu menjalankan kajian saintifik yang sistematik secara independent. Dan jika dia berjaya laksanakan dalam tempuh yang diberikan, itu adalah “the best thesis”. Elemen masa memainkan peranan - takkan the best thesis diberikan utk kajian 3- 4 tahun yang hanya berjaya disiapkan selama 6 - 7 tahun… tak acilah.

Abis kalau kajian tu susah… ambil masa?

Dah tahu PhD hanyalah satu program scholar utk tempuh 3 - 4 tahun… awat ler buat kajian yang hanya dapat disiapkan dalam tempuh 7 – 8 tahun !

Kedua, oleh kerana PhD baik Master pun, adalah program scholar yang di anugerah oleh institute pengajian, maka elemen penulisan yang baik, jelas dan kupasan theory yang mantap serta analisis data yang komprehensif adalah ciri “The best thesis” yg patutnya diutamakan…. melebihi "sesuatu yang original, gempak, yang terbaru dipasaran…..”

Ketiga, thesis yang baik adalah thesis yang menunjukkan pemahaman dan penguasaan penyelidik yang mendalam terhadap research area yang dikaji. Penghasillah teori yang semakin mantap wpun tidak dilihat sebagai “sesuatu yang original, gempak, yang terbaru dipasaran…..” spt yang ko sebut adalah juga kriteria thesis yang baik.

Keempat….kajian PhD “sesuatu yang original, gempak, yang terbaru dipasaran” seperti hampir tidak wujud bro. Kalau wujudpun kerana pelajar tersebut hanyalah “sebahagian” dari satu projek yang telah lama berjalan.. bukan dimulakan dari scratch oleh pelajar tersebut secara individu utk kajian PhDnya.

Bagilah contoh bro…

Kriteria thesis terbaik yang hasilkan “sesuatu yang original, gempak, yang terbaru dipasaran…..” maybe sama seperti satu contoh “The Best PhD Thesis 2011” yang dianugerah kepada kajian seorang pelajar nukleur fizik berkaitan kajian ALPHA (Antihydrogen Laser PHysics Apparatus).

Pelajar tersebut menjadi student MSc dan kemudian PhD dengan satu kumpulan penyelidik terbaik dunia yang telah lama mengendalikan projek ALPHA di makmal CERN (European Organization for Nuclear Research), makmal terbaik dunia (sponsored dari 12 negara Eropah) yang beroperasi sejak 1952. Jadi penulisan thesis pelajar tersebut adalah sebahagian dapatan project ALPHA yg sudah pasti tiada yang seumpamanya di dunia.

Ko jgn tak tahu....CERN juga terkenal tempat kelahiran World Wide Web, WWW .... sehingga ko boleh bertenet siang malam dengan FB ko tu ! 


Ini ler Facebookaholic !!
(sphotos-b.ak.fbcdn.net)

Berapa banyak thesis yang boleh dijalankan dalam keadaan ini? Sebab itu aku berpendapat…. … peluang ini terlalu ideal untuk dijadikan ukuran the best thesis secara umum… “sesuatu yang original, gempak, yang terbaru dipasaran…..” malah peluang membuat PhD spt di CERN kelihatannya seperti “Tidak wujud” di university manapun didunia ini…. !!!

Jadi aku simpulkan bahawa thesis hasilkan “ sesuatu yang original, gempak, yang terbaru dipasaran..” tidak mewakili keperluan asal thesis yang mengutamakan penghasilan penyelidik yang berupaya menjalankan kajian saintifik secara sistematik untuk memberi sumbangan kepada pengetahuan dlm bidang yang dikaji dalam satu tempuh masa yang munasabah.


Akhirnya ko jgn tak tahu, thesis aku jugak dapat award... !!

OT


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...