.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Sunday, May 12, 2013

Tajuk 481: Tiga langkah sempoi cari rujukan dengan Mendeley Web !

Semalam saya berbengkel di USM Penang. Wow semua bangsa ada..... lalu aku bertanya kepada seorang peserta tentang tajuk kajian beliau. 

Dia dgn senyum telah menyebut "Saya buat kajian tentang keberkesanan Smartboard dalam Pendidikan Khas..."

Aku pun tanya lagi - Apa jurnal yang U dah baca?

Dia menjawab lebih kurang....." Belum...."

Ini adalah trend sebahagian calon master / PhD yang dah ada tajuk kajian tanpa pembacaan mendalam terlebih dahulu. 

Bila aku tanya... kenapa nak buat Smartboard.....jawabnya "Tak sure lagi....."

Inilah jawapan yang aku gerammmmm....




Aku dah tulis dan war2kan bagaimana utk mencari releven dan pilot articles dalam bengkel2 aku. Kali ini aku nak tambah satu lagi cara utk mencari sumber bacaan.... dari Mendeley Web pulak !

Sepatutnya selepas membaca secara menyeluruh TOPIK yang ingin dibuat kajian, barulah difikirkan satu TAJUK yang sesuai dengan bahan2 yang telah ada. Ini tak.... lom apa2 dah ada tajuk kajian.... bila tanya.... terus melopong !!

Berikut adalah 3 langkah sempoi dgn tujuan menjadi bahan katakan dalam "Pendidikan Khas" atau "Special Education"

Langkah 1:

Kenalah install Mendeley Desktop dulu. Then buka lah Mendeley Web dari www.mendeley.com. Maka akan keluarkan web berikut. 

Perhatikan nama aku di atas penjuru kanan, bermakna web ini ada link dengan Mendeley Desktop aku.

Ada 5 pilihan: 

Dashboard: My Library: Papers: Groups: People

Ko klik: Papers




Langkah 2:

Bila dah klik Papers, then klik - Advanced search maka paparan berikut akan keluar. Pandai-pandai ler ko nak manfaat kan ruang yang banyak tu. 

Aku cuma guna spt yang ko boleh lihat... then klik - Search yang ada kat bawah paparan.



Langkah 3:

Maka keluarlah semua bahan berkaitan dengan "Special Education" yang boleh ko baca. Dalam carian ini, dipaparkan 572 sumber yang membincangkan "Special Education"

Ko boleh pilih dalam Advanced search bagi:

Document type : Journal article 

Ini jika ko mahu dapatkan artikel sahaja. Semua terserah pada ko. 

Yang aku nak bagi tahu.... semua bacaan berkaitan "Special Education" telah dipaparkan dalam senarai dibawah.... jadi kalau ko masih ternganga-nganga mana nak cari bahan tu.... tak dapek den nak tolong !!


Ini sebahagian sahaja dari 572 bahan yang dipaparkan

Bayang kan ko ada 572 bahan rujukan yang ko nak baca.... sure ko termuntah !! 

Nasihat aku.....buatlah pencarian bahan rujukan dahulu bagi mengetahui apa yang berlaku dan yang dibincangkan serta kajian yang dijalankan dalam TOPIK kajian..... then barulah buat keputusan TAJUK terbaik dengan minat ko sendiri berdasarkan pembacaan dari sumber rujukan....

Jgn main sebut jer TAJUK, nak kaji itu dan ini.....tapi bila tanya tentang tajuk tersebut......tak tahu apa2...tak baca lagi....main agak2 jer.... iskhhhh.... "memang nak kena budak ni !!"


Jgn tanya aku... arrrgghh...

 OT


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...