.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, January 31, 2012

Tajuk 304: Catatan Pengalaman calon PhD - Aku hampir putus asa....

Saya menerima satu email dan catatan pengalaman  seorang calon PhD utk dikongsi bersama.... Saya copy and paste 100% email tersebut tanpa sebarang editing. Mudah2 ada pengajaran yang kita semua boleh timba....


Copy..... and  Paste !!


Sekadar perkongsian:Catatan ringkas pengalaman bergelar PhD student


Setelah melalui tempoh pengajian PhD selama 3 tahun, banyak perkara, pengalaman dan iktibar yg dapat saya kutip daripada pelbagai cabaran yg saya hadapi. Alhamdulillah…antara perkara manis yg dapat saya pelajari ialah kepentingan SABAR dalam menempuh segala cabaran & dugaan. 


Perjalanan PhD bukan hnya mengejar certificate semata-mata malah ia lebih dari itu.It’s a learning process…kalau awal2 tahun @ semester dulu, memang semangat berkobar2 nak siapkan tesis dalam masa yg ditetapkan…bila masa berjalan rupanya momentum itu tak dapat dikekalkan apatah lagi pelbagai cabaran datang dari dalam & juga luar.Ada ketikanya dah rasa tak sanggup utk diteruskan lagi…malah sampai satu tahap nak quit pun ada, dan ketika inilah pentingnya support dari org2 terdekat terutama family, supervisor dan colleagues.


Selain itu, PhD telah mendidik saya untuk sedar bahawa hidup ini kita hanya bergantung pada Allah semata-mata.Tanpa bantuan,pertolongan dan petunjuk dariNya, tak mungkin kita dapat apa yg kita perolehi skrg…Apa yg boleh dikongsi sbg panduan pada rakan2 yg ada hajat nak sambung buat PhD atau Master by research ni, ialah anda bukan shj perlu buat persediaan dari segi mental (IQ) atau kewangan, malah sgala aspek yg melibatkan kehidupan termasuk fizikal (kesihatan) terutama sekali dari sudut emosi & spiritual.Seterusnya, pastikan anda perolehi maklumat lengkap tentang system pengajian di pusat pengajian yg nak dipohon, bukan sahaja melalui internet tetapi perlu jg dapat maklumat daripada ‘orang dalam’ contohnya peratusan mereka yang berjaya habiskn pengajian on-time (selama 3 tahun@ 4 thun di setengah2 Uni).


Selain itu, pemilihan supervisor amatlah penting terutama pada mereka yg nak sambung PhD sebab walaupun research yg nak dibuat adalah research kita 100% tapi kita prlu sedar yang hasil kerja kita juga akan memberi merit kepada supervisor terutama utk kenaikan pangkat.Jadi pastikan anda membuat research tentang supervisor yg anda akan pilih nanti, pertama bolehlah dapatkan maklumat daripada CV nya, kedua jika anda kenal mana-mana pelajar yang pernah diselia oleh beliau ini akan memberi advantage kepada anda untuk mengetahui interpersonal aspect yg dimiliki oleh beliau yg tak dapat anda perolehi daripada CV.Yang ke-3, boleh juga dapat maklumat berapa ramai student yang dah lulus PhD@ master by research dibawah penyeliaan beliau.


Seterusnya, bagi yg ada akaun FB anda digalakkan utk daftarkan diri sbg member DSG @ Doctoratesupportgroup & juga jgn lupa layari blog Dr OT untuk dapatkan panduan-panduan yg sgt berguna kpd mereka yg bergelar Postgrad Student. Daripada pengalaman saya, Alhamdulillah ke-dua2 medium ini (DSG & Blog Dr OT) dapat menaikkan semangat  saya untuk meneruskan perjalanan ini terutama ketika dalam keadaan tertekan yang teramatnya dan sewaktu saya hampir putus asa.Saya teringat kata2 Prof Ramayah semasa menghadiri bengkel beliau di USM satu tika dulu…”Don’t isolate yourself, research is continuous process and you need to socialize yourself to maintain the momentum”.


Last but not least, tak dinafikan DOA adalah senjata yg paling ampuh tika kita hadapi saat getir. Untuk pengetahuan semua, saya jumpa blog Dr OT pada bulan Ramadhan tahun lepas semasa saya betul-betul berada dalam kebingungan & pertimbangan sama ada mahu diteruskan atau tidak pengajian sy ini.Dan saya amat yakin bahawa Allah mendengar doa saya siang malam lalu dibukakan jln utk saya melayari blog Dr OT. Alhamdulillah…sglaNya dgn izinNya jua dan sekarang saya masih teruskan perjalanan ini dan berdoa lagi moga dipermudahkan urusan seterusnya hingga ke garisan penamat, Amin.


Cukup buat itu dulu catatan yg sempat saya coretkan di sini.Semoga ianya dapat memberi manfaat buat diri sy sendiri dan kawan2 yg lain.Mohon maaf atas segala kelemahan daripada catatan ini dan saya buka ruang kpd yg lain untuk memberi sebarang komen sebagai penambah baikan.Terima kasih kepada Dr OT yg beri ruang utk sy sama2 kongsi pengalaman saya di blog beliau.Semoga sgla usaha Dr dalam membantu kami menghadapi cabaran menempuh alam pengajian ini mendapat rahmat di sisi Allah dan Allah terima sebagai amal jariah atau pencen kubur Dr buat bekalan di alam sana, Insya Allah.


Wallahu a’lam


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...