.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Saturday, January 7, 2012

Tajuk 296:Correlation with Likert's scale - Spearman, Pearson atau Upin dan Ipin?

Tolong aku bro….aku dalam dilemma antara Spearman dan Pearson... ko plak nak main2 dgn Upin dan Ipin.... 


Sabar….. bawak bertenang…..aku gurau ...jgn ler sensitif...


SV aku suruh guna Pearson, co-SV aku kata Spearman…. Mana satu nak ikut ni? Dilema sungguh sampai terbawak2 dalam mimpi bro....






O…. ni mesti pasal qnaire ko yang ko guna Likert’s scale tu kan ? Then ko nak cari korelasi antara dua variables…. Betul tak?


Aah….dilema bro... ditelah mati SV di luah mati co-SV.... aku tersepit antara dua pilihan..... dan kalau dikumam jer....akulak yang mati.... thesis tak siap....!!


Mak oi.... hebat sungguh dilema ko bro...


Memanglah..... cam omputih cakap "caught between the devil and the deep blue sea"....


Wokey......jika ko guna Likert item dgn 5 point "Strongly disagree" hingga "Strongly agree" maka skala ko confirmed adalah ordinal. Jika data ko ordinal maka  analisis statistic non-parametric lebih sesuai, apalagi Spearman lah….


Abis….kenapa SV aku suruh guna Pearson?


Lazimnya, skor respon dari Likert item, iaitu individual item…. dijumlahkan atau summated...... Terdapat dua jenis summated score - individual item atauindividual responden dgn beberapa item yang mengukur satu  variable yang sama.


Summated scores adalah skor individu responden yang dijumlahkan contohnya:


Item 1: Saya sentiasa bersemangat dalam kelas matematik (item minat terhadap matematik)


Jika ada 100 responden, 60 jawab "Setuju" = 4 point dan 40 jawap "Sgt Setuju" = 5 point maka summated score bagi Item 1 adalah (60 x 4) + (40 x 5) = 240 + 200 = 440


Katakan summated score bagi setiap item adalah:


Item 1 = 440 (min = 4.4)
Item 2 = 400 (min = 4.0)
Item 3 = 500 (min = 5.0)
dan seterusnya.....


Summated score bagi beberapa item terhadap individu responden:


Ali:  Item 1=4, Item 2=4, Item 3=4, Summated score = 12 (min=4)
Siti:  Item 1=5, Item 2=4, Item 3=3, Summated score = 12 (min=4)
Tan: Item 1=5, Item 2=5, Item 3=5, Summated score = 15 (min=5)
Sam: Item 1=3, Item 2=4, Item 3=5, Summated score = 12 (min=4)


Jadi terdapat pakar psychometric yang menganggap summated score ini boleh dilayan sebagai data interval, maka bolehlah ko guna analisis korelasi parametrik.... apalagi Pearson lah…dan sebab itu jugalah menjadi kelaziman pelajar gunakan ujian parametrik t-test ...utk bandingkan perbezaan min dua item atau dua kumpulan item....


Cam tu jer?


Lom lagi…. dan bagi summated score …. nilai coefficient correlation antara Spearman atau Pearson kadang-kadang tidak banyak berbeza… katakan ko run dua2 sekali da ko dapat nilai coefficient correlation 0.554 dan 0.510 respectively.... jadi samada guna Spearman atau Pearson tak menjadi persoalan besar... sebab nilai ini kalau dah hampir sama.. akan membawa kesimpulan yang sama dalam menunjukkan perkaitan antara variable yang ko uji..... hanya perkaitan sahaja tau.... tak lebih dari itu !!


Sebab tu bagi pelajar Master, apatah lagi PhD, jgn hanya buat korelasi sahaja..... sebab nilai r yang diperolehi tidak menunjukkan apa2 selain perkaitan variable dan "is not considered as a contribution to the body of knowledge...." Ko bacalah entry aku yang lepas2... pasal correlation ni.....


Abis skang aku nak guna yang mana bro?


Aku cadangkn ko test normality summated scale ko dulu…. sebab ko kena pegang satu alasan yang konkrit... ko run SPSS dgn analisis normality Kromogrov Smirnov atau Sapiro Wilk, tengok mana yang tak signifikan yang membawa maksud taburan normal……. Jika normal….. esp bila sample ko ramai (katakan > 100)....ko gunalah Pearson…sebab memenuhi assumption skala interval .... dan jika tak normal esp jika sample ko kecil (katakan <100) ko guna Spearman....


Emmm..... cam tu no problem lah....


Satu lagi bro..... . jika ko dah bagi justifikasi kenapa guna Pearson misalnya, tapi semasa VIVA, examiner kata sepatutnya ko guna yang Spearman, ko jawab jer…macam ni…


“Tq for your suggestion Prof. I have tested both Pearson and Spearman and the correlation coefficients for both were almost the same....and they demonstrated the same conclusion...(ini cadangan aku jer...... akan selesaikan perbahasan Spearman dan Pearson ini....)


Pheww…. U save my day bro….


Aku pun serba salah juga sebab perbahasan Likert’s scale ni telah menghasilkan 3 school of thoughts…. Ada kata mesti ordinal (macam geng Rasch Model), ada kata boleh interval (termasuk classical statisticians) dan ada kata mana-manapun boleh asal ada justifikasi….(tak masuk mana2 geng)


Cam tu pulak...


Yalah....kalau pakar dah berbalah…. kita yang tak pakar ni elok ambil jalan tengah …..tapi kenalah bagi justifikasi...... betul tak ? 


Betul… betul…betul 


Hah kan dah sah! Ko ni memang geng Upin dan Ipin !


He he…mekacih bro...


OT

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...