.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, January 31, 2012

Tajuk 304: Catatan Pengalaman calon PhD - Aku hampir putus asa....

Saya menerima satu email dan catatan pengalaman  seorang calon PhD utk dikongsi bersama.... Saya copy and paste 100% email tersebut tanpa sebarang editing. Mudah2 ada pengajaran yang kita semua boleh timba....


Copy..... and  Paste !!


Sekadar perkongsian:Catatan ringkas pengalaman bergelar PhD student


Setelah melalui tempoh pengajian PhD selama 3 tahun, banyak perkara, pengalaman dan iktibar yg dapat saya kutip daripada pelbagai cabaran yg saya hadapi. Alhamdulillah…antara perkara manis yg dapat saya pelajari ialah kepentingan SABAR dalam menempuh segala cabaran & dugaan. 


Perjalanan PhD bukan hnya mengejar certificate semata-mata malah ia lebih dari itu.It’s a learning process…kalau awal2 tahun @ semester dulu, memang semangat berkobar2 nak siapkan tesis dalam masa yg ditetapkan…bila masa berjalan rupanya momentum itu tak dapat dikekalkan apatah lagi pelbagai cabaran datang dari dalam & juga luar.Ada ketikanya dah rasa tak sanggup utk diteruskan lagi…malah sampai satu tahap nak quit pun ada, dan ketika inilah pentingnya support dari org2 terdekat terutama family, supervisor dan colleagues.


Selain itu, PhD telah mendidik saya untuk sedar bahawa hidup ini kita hanya bergantung pada Allah semata-mata.Tanpa bantuan,pertolongan dan petunjuk dariNya, tak mungkin kita dapat apa yg kita perolehi skrg…Apa yg boleh dikongsi sbg panduan pada rakan2 yg ada hajat nak sambung buat PhD atau Master by research ni, ialah anda bukan shj perlu buat persediaan dari segi mental (IQ) atau kewangan, malah sgala aspek yg melibatkan kehidupan termasuk fizikal (kesihatan) terutama sekali dari sudut emosi & spiritual.Seterusnya, pastikan anda perolehi maklumat lengkap tentang system pengajian di pusat pengajian yg nak dipohon, bukan sahaja melalui internet tetapi perlu jg dapat maklumat daripada ‘orang dalam’ contohnya peratusan mereka yang berjaya habiskn pengajian on-time (selama 3 tahun@ 4 thun di setengah2 Uni).


Selain itu, pemilihan supervisor amatlah penting terutama pada mereka yg nak sambung PhD sebab walaupun research yg nak dibuat adalah research kita 100% tapi kita prlu sedar yang hasil kerja kita juga akan memberi merit kepada supervisor terutama utk kenaikan pangkat.Jadi pastikan anda membuat research tentang supervisor yg anda akan pilih nanti, pertama bolehlah dapatkan maklumat daripada CV nya, kedua jika anda kenal mana-mana pelajar yang pernah diselia oleh beliau ini akan memberi advantage kepada anda untuk mengetahui interpersonal aspect yg dimiliki oleh beliau yg tak dapat anda perolehi daripada CV.Yang ke-3, boleh juga dapat maklumat berapa ramai student yang dah lulus PhD@ master by research dibawah penyeliaan beliau.


Seterusnya, bagi yg ada akaun FB anda digalakkan utk daftarkan diri sbg member DSG @ Doctoratesupportgroup & juga jgn lupa layari blog Dr OT untuk dapatkan panduan-panduan yg sgt berguna kpd mereka yg bergelar Postgrad Student. Daripada pengalaman saya, Alhamdulillah ke-dua2 medium ini (DSG & Blog Dr OT) dapat menaikkan semangat  saya untuk meneruskan perjalanan ini terutama ketika dalam keadaan tertekan yang teramatnya dan sewaktu saya hampir putus asa.Saya teringat kata2 Prof Ramayah semasa menghadiri bengkel beliau di USM satu tika dulu…”Don’t isolate yourself, research is continuous process and you need to socialize yourself to maintain the momentum”.


Last but not least, tak dinafikan DOA adalah senjata yg paling ampuh tika kita hadapi saat getir. Untuk pengetahuan semua, saya jumpa blog Dr OT pada bulan Ramadhan tahun lepas semasa saya betul-betul berada dalam kebingungan & pertimbangan sama ada mahu diteruskan atau tidak pengajian sy ini.Dan saya amat yakin bahawa Allah mendengar doa saya siang malam lalu dibukakan jln utk saya melayari blog Dr OT. Alhamdulillah…sglaNya dgn izinNya jua dan sekarang saya masih teruskan perjalanan ini dan berdoa lagi moga dipermudahkan urusan seterusnya hingga ke garisan penamat, Amin.


Cukup buat itu dulu catatan yg sempat saya coretkan di sini.Semoga ianya dapat memberi manfaat buat diri sy sendiri dan kawan2 yg lain.Mohon maaf atas segala kelemahan daripada catatan ini dan saya buka ruang kpd yg lain untuk memberi sebarang komen sebagai penambah baikan.Terima kasih kepada Dr OT yg beri ruang utk sy sama2 kongsi pengalaman saya di blog beliau.Semoga sgla usaha Dr dalam membantu kami menghadapi cabaran menempuh alam pengajian ini mendapat rahmat di sisi Allah dan Allah terima sebagai amal jariah atau pencen kubur Dr buat bekalan di alam sana, Insya Allah.


Wallahu a’lam


Saya dapat baby kembar 3 !!

Salam sejahtera semua,


Hehe.... baby kembar 3?


Saya ingin mengucapkan syukur kerana mendapat baby kembar 3 iaitu..... 


Pertama buku saya bertajuk "ASAS PENULISAN TESIS, PENYELIDIKAN DAN STATISTIK" setebal 300 muka surat akhirnya sampai ke tangan Penerbit UPM utk editing sebelum diterbitkan. Ini buku ilmiah.....


Kedua buku "santai" bertajuk "PENULISAN CEPAT TESIS: 200 TIP YANG WAJIB ANDA KETAHUI !"  telahpun hampir siap utk dicetak oleh pencetak swasta, kerana ini bukan buka ilmuah.... buku santai.... kalau pegawai DBP baca mesti mereka marah sebab tak guna bahasa yang betul.... Ini adalah koleksi tajuk2 terpilih dalam blog yang telah saya susun  mengikut 14 kategori....


Ketiga.. buku "Technology and Education" yang dah siap dicetak....


Juga bonus apabila courseware research saya "Electron-Moving Technique - An approach to learn Organic Mechanism Reaction" telah mendapat approval dari pihak RMC UPM bagi copyright dan trademark dan dalam proses utk mencari pasaran.... kalau boleh jual courseware ni.....macam Mark Zuckerberg, billoinaire facebook tu !!! 


Tak mudah juga nak dapat copyright... kena present kat satu committee dgn 3 panel... ada yang bertaraf Prof.....yang kerjanya tanya itu dan ini. Soalan basic...(bahasa santai) apa inovasi ko dan bezanya courseware ko ni dgn yang ada dipasaran? Kenapa ko kata itu satu inovasi.... Cam ner ko nak jual.... ada ker orang nak beli....? 


Alhamduliilah..... saya berjaya terkesimakan 3 panel tersebut dan semuanya berjalan dengan baik. Terima kasih kepada RA saya, Elly yang sediakan Powerpoint utk saya bentang.


Dua buku dalam proses editing untuk diterbitkan. Muka depan dan tajuk tu masih diperingkat cadangan jer...
Kedua2nya saya tulis secara SOLO dalam setahun dgn aplikasi
DOCUMENT MAP, 1book1File dan Zero draft.....

Buku ini dah siap dicetak tapi saya sendiri belum dapat salinannya
masih ditangan penerbit UPM

Saya ucapkan terima kasih kepada pembaca blog yang sentiasa memberikan keghairahan utk saya terus menulis..... dan juga peserta bengkel yang selalu bertanya soalan yang power2 sehingga memaksa saya menjadi seseorang "pemikir".... ....camner nak jawab soalan2 tersebut....sehingga menjadikan saya "masak" sebelum waktunya. 


OT

Bengkel SPSS Siri 1 - 2012

Hari ini berlansung Bengkel SPSS "Comprehensive Introduction to SPSS". Emmmm..... inilah bengkel pertama sejak sekian lama saya kendalikan dan saya seronok dapat berbincang dgn peserta bengkel, khususnya bekas peserta bengkel document map.




Dua peserta Document Map yang datang ke bengkel SPSS

Buat Exploratory Data Analysis (EDA) sebelum run data !!

Split.... Select....Compute.....Recode

Activity hands-on.....t-test, ANOVA, ANCOVA...GLM

Menganalisis output.... Levene's... Munchly's test....


Ada beberapa perkara yang saya sendiri explore sepanjang bengkel. Inilah indahnya perkongsian ilmu......




OT

Saturday, January 28, 2012

TAJUK 303: Cukup ke satu teori satu research?

Hello bro…Wa ucap Selamat Tahun Baru….Tahun Naga maaaa


Tahun naga semangat ko mesti macam naga…. berapi2….


A ah....tengah bersemangat mau buat kajian menguji keberkesanan satu courseware…...wa nak buat computer-assisted mastery learning, computer- assisted cooperative learning and computer-assisted cooperative-mastery learning, CML, CCL dan CCML…..


Wooo…. Banyaknya ko nak buat…….


Tak cukup lagi….. wa nak buat based on Benjamin Bloom dan Thomas Guskey theories+ Mayer multimedia learning.. + theory cooperative learning lagi…..sekarng tgh polish tajuk dgn supervisor.. SV suruh wa cuba tengok scientific thinking…..


Ni baru semangat Naga….. sampai berlaga2 theory yang ko nak buat !! Mana ko dapat semua tu?


Kenapa pulak bro? Wa baca lah sikit dan kutip sana sini….. .


OKlah tu….sebab ko baru nak menulis….. macam org baru kawin……. semuanya OK…


Tak fahamlah bro?


Ialah…… ko baru nak senaraikan apa yang ko nak buat…..theory itu dan ini…. baca sikit sana sini…..senaraikan semua dgn penuh semangat tapi belum buat lagi….. macam baru kahwin…. baru nak senarai apa nak buat….panjang lah senarainya…..  tapi buat  belum lagi….. … 


So salah ker wa tulis tu bro?


Tak salah, tapi biarlah dengan satu kefahaman. Jika student researcher yang novice nak buat research…. Macam ko….. perlukan satu theory yang dasar, asas yang dah established... bukan main jumpa jer semua ko nak kutip. Aku cadangkan ko focus kepada satu theory sahaja spt Meyer Multimedia Theory, sebab dalam tupun dah banyak aspek2 lain dalam theory tu yang ko kena ambil kira dan maybe kaitkan dgn learning theory spt cooperative learning…. Dah memadai utk ko kupas secara mendalam… tapi sebelum tu….


Pedia bro?


Apa dia research gap yang ko nak kaji…? Apa kekurangan yang ko nak study….?  Apa masalah yang ko nak cuba selesaikan?


Wa nak menilai courseware yang wa gunalah ….bagaimana keberkesanannya…..


Apa aspek yang ko nak nilai….?  Kenapa ko nak nilai….?  Apakah gap yang ada sehingga ko nak nilai courseware tu….?


Tu wa tak cari lagi….. wa cari tajuk dan polish tajuk dgn SV wa dulu…..


La.... tak tahu lagi? Abis apsal ko nak polish  tajuk? Sebab tu namanya working title jer…. tak yah nak polish2…. Yang ko nak polish adalah pernyataan masalah ko….supaya berkilat….memancar2 dan supaya jelas dan fokus…. . Then baru ko akan tahu objektif kajian ko…. Dan dari situ ko bina pernyataan masalah yang boleh di kupas berdasarkan  kajian lepas.


Tapi tajuk kan mesti ada….


Yer ler…. Dalam research tajuk boleh “lebih kurang” jer sebab tu sampai vivapun tajuk boleh polish…. Boleh modify…. Boleh ubah lagi….Tapi masalah yang ko nak kaji ko kena sure betul2 clear dari awal…..sebab jika masalah ko tak jelas….meraban jer.... Semua yang ko kaji akan kabur….. dan tak boleh dah nak ubah2 cam tu jer camner ko ubah tajuk…..


Wa nak buat ni masalah wa sendiri lah…. Masalah real pengalaman wa sendiri guna courseware tu…..wa nak nilai courseware tersebut..... tu jer yang wa tahu.....


Ialah.... ko kena pasti dan tahu apa yg ko nak nilai... kenapa.... adakah itu masalah yang membawa ko nak buat kajian tu...... inilah yang ko patut jelas....line mesti clear bro !!


Aisey..... camner tu?


Wa cakap lu….jgn terlalu ghairah sangat nak himpun semua theory...cool dulu.... u mesti fokus pada theory yang paling dominan..... baca dan baca utk kepastian....


Patutlah ada macam2 teori....


Thoery ni sama cam surat khabar gak.... ada surat khabar mainstream ada surat khabar nyamok.....yang tak perlu diambil serius....Masalah pulak jgn buat utk selesaikan masalah yang ko sendiri jer perasan..... tapi lihat dulu perbicangan dan isu dlm artikel terkini....artikel mainstream.... then baru kaitkan dengan isu yang ko hadapi. Maybe ada beberapa isu berbangkit dan ada yang releven dgn apa yang ko nak tahu......nak kaji.....jadi carilah yang boleh direlevenkan dgn masalah ko, mudahlah ko nak sokong pernyataan masalah kajian ko dan bertambah jelaslah apa ko nak buat....


Emmmm…..apsallak…


Ini kerana nature masalah utk thesis perlu bermula dgn isu yang general bukan tertumpu isu yang ko sendiri fikir jer.....supaya lebih mudah ko nak fokus kepada satu teori asas yang mantap then barulah highligh relevannya dengan isu ko sendiri yang ko nak kaji. Ini juga akan memudahkan ko buat rujukan dan generalisasikan finding ko........diakhir kajian ko nanti…..


Faham tak?  Camnilah, sebagai novice researcher, ko sgt perlukan rujukan kajian lepas bagi backing permasalahn kajian ko. Jadi ko kena pastikan masalah ko relevan dengan isu dalam artikel lepas….. yang relevan dengan apa yang ko nak kaji. Yang ini ko kena polish dulu….. bukan tajuk…. ....belum ada kajian kantoi kerana tajuk…. Tapi kantoi kerana problem tak jelas …. research questions tak betul2 menjawab objektif ynag dibina dari masalah yang kabur….banyaklah yang kena resubmittion!


Abis SV wa tak komen pun….


Akupun tak nak komen tentang itu…. Semangat naga pun lama2 akan luntur kalau ko tak jelas apa ko nak buat…. Pantang jumpa nyamuk jer nak sembur api sana sini lama2 letih juga……


Katakan ko nak nilai keberkesanan courseware yg digunakan tu.... berkesan meningkatkan skor ker? berkesan dalam menyampaikan content yang selari dgn keperluan KPM ker? berkesan dari segi apa? 


Ok OK…. Aku focus balik kepada masalah sebenar aku nak buat……


OT

Tuesday, January 24, 2012

KEMBARA KE PHUKET....BERSAMA KELUARGA !

Saya baru menjejakkan kaki ke KL.... sungguh penat 3 hari di Phuket Thailand. Tempat percutian ini dipilih kerana anak2 yang dah besar sukakan aktiviti outdoor disamping package Muslim yg kami langgan. Sepanjang 3 hari kami ditemani oleh Sdr Roslan sbg tourist guide dan pemandu Abdullah. Best gak Roslan tu fasih bahasa Melayu.... 


Maklumat boleh diperolehi:

Facebook: www.facebook.com/royalthaitravel
E-mail : info@royalthaitour.com (att: Husna Ahmadthirakul) 
(Royal Thai Travel is a muslim travel agency, Tour Operator & Medical Tour Agent in Thailand that offers a great service and valuable to Thailand's history and culture)



Phuket adalah bahasa Melayu dari perkataan Bukit, kerana pantai di sini dilingkari bukit-bukit. Kami tinggal di Patong Beach, yang berasal dari bahasa Melayu, Potong, iaitu  bukit yang dipotong utk membuat jalan ke pantai. Di sini juga berlakunya Tsunami. Berdekatan adalah Kata Beach dan Karon Beach. Jgn tak tahu, Kata tu adalah Katak dan Karon tu adalah Mengkarong, kedua2 berasal dari perkataan Katak dan Mengkarong yang banyak dijumpai di kawasan tersebut. Kamala Beach juga diambil dari nama seorang pemuda melayu. Rupanya byk tempat di Phuket berasal dari bahasa Melayu kerana bahasa tersebut dah lama berakar umbi.... sebelum bahasa Thai mendominasi pertuturan. Ramai juga masyarakat Muslim di Phuket, dgn masjid dan sekolah agama, namun mereka banyak tinggal dikawasan kampung. 


Saya akan bercerita sambil anda melihat beberapa foto....dari ratusan yang di ambil....


Menunggu utk ke Phuket dari LCCT


Pak cik dan mak cik dulupun pernah lalui zaman nenen ni...teringin ker?


Ali dan Maryam..... ikut sama wpun masing2 tgh study week.....


Nine jugak yang jadi perhatian....


Lega.... bila menjejakkan kaki di Phuket


Dinner di Ghadafi Restaurant,  package makanan halal..... semua kelaparan......healthy food dgn sayur dan ikan yang fresh !!
Day 1: Pagi


Pemandangan dari bilik Palmyra Hotel, Patong, Phuket. 


Bersiap utk ke Pulau Phi Phi dan snorkeling.....


Van yang besar dan selesa..... 


Di jeti Rassada, bergambar sebelum menaiki boat besar.... budak2 suke ler....


Kenangan di atas boat.... masa utk rapatkan lagi hubungan keluarga....


Boat yang aircondition dgn makanan semua halal.....


Singgah di satu pulau... lupalak nama dia....Nine nak blaja snorkeling sebab masa gi Pulau Lang Tengah dan Perhentian 2010.... Nine masih dalam perut uminya...


Ikan tak main kat tgh laut.... tapi jinak dan datang sampai ketepi pantai....


Zuhayr dan umi dikelilingi ikan.... beberapa langkah dari pasir pantai jer...




He he ayahanda pun nak snorkel juga....


Ready utk snokeling....
Pic dari boat.... pulau2 unit di Phuket..... dengan air crystal clear...spt dalam filem James Bond tu...


Nine selamba jer dgn Kak Long dan Kak Ngah wpun airnya dalam woo.....semasa aktiviti snorkeling...


Hah !! Kepenatan selepas snorkel !! Mohd dan Arif kena jaga Nine....


Then singgah di Pulai Phi Phi beli cenderamata..... tapi mata kena jaga sebab mat salleh semua tayang body huh !!


Di Pulau Phi  Phi..... bayar cukai RM2 atau 20 Baht


Pulau Phi Phi daerah Kerabi yang penduduknya ramai yang muslim.... kira2 1.5 jam dari Phuket menaiki boat..




Day 1: Malam


Di hadapan masjid inilah kami dinner...... dan solat. Byk gerai halal di sini...


Jalan-jalan waktu malam yang lebih dingin. Gerai buka sampai kepagi.  Kena jalan dalam kumpulan sebab anak2 bujang ni kalau dibiarkan merayap sampai ke pagi... Byk barangan dijual.... kena bargain separuh harga... macam2 ader...depan belakang semua Mat Salleh


Kepenatan... dah tengah malam.....


Day 2: Pagi


Di hotel.... sarapan ni saja yang halal.....


Pemandu kami... sdr Roslan..... fasih cakap Melayu (bunyi Kelantan....) sebab berasal dari Pattani.... bersiap utk ronda2 di pantai mengeliling Phuket dan SAFARI...


KATA BEACH.... terasa macam di Europe.... semuanya Mat Salleh.... sat gi bila dah panas.... penuh ler kerusi kat belakang tu Mat Salleh berjemur....
Kebanyakkan dari negara sejuk macam Sweden,  Finland, Rusia.... sebab tu mereka cakap omputihpun bunyi pelat jer....


Emmmm............posing tetap posing..... anak2 sporting !


Ronda2 di Kata Beach...... jika jumpa 10 orang..... 9 Mat Salleh.... inilah Phuket !!


Pemandangan dari atas bukit... ambil angin segar...


Menuju ke Safari......semua binatang boleh dipegang.... 


Nine selamba jer pegang kepala ular tu....


Bagi yang bujang.... tak der hal punya....


Yang ini berlawan ular bisa..... kena belajar trick dulu baru boleh ... !!


Bukan jer naik basikal, pandai buat silap mata ler pulak di berok ni


Pengalaman sebenar naik gajah 45 minit..... masuk hutan !!


Zuhayr paling tak sabar nak naik gajah ni.... dia ingat best macam naik keta !


Dah penat bagi lah dia makan.....


dan minum..... susu


Then baru ambik pic ramai2.....


Apa lagi kepenatanlah..... zzzzz


Lapar dan keenakkan nasinya yang putih dan wangi....serta lauk siam di Phuket tak dapat disangkal.....LAZATT !!


Disediakan bilik solat selepas makan.....


Ha ha.... borong baju cantik2 dan murah2....mesti singgah di sini..... tak yah bargain2...


Day 2: Malam


Kami terus ke FANTA SEA.... ala2 theme park... 
Cian Kak Long tak dapat joint sebab terpaksa balik awal ke UIA sebentar tadi kerana menjadi committee orientasi.....


Phuket tak tiru konsep hollywood tapi semuanya tentang budaya dan kraf mereka !! Pertunjukkan macam di istana budaya KL  tapi kat sini gajah wajib ada sebagai pelakon utama!! Lagu semuanya bunyi macam cak lempong....


Di belakang adalah panggung besar yang dibuat spt istana dulu2 dgn gajah sebagai icon....binaan yang cantik... ada kelas !!


Secara umum toilet2 yang kami masuk di Phuket termasuk di restoran dan Masjid.... semua considered bersih !!


Day 3: Free....


Waktu pagi yang pompuan semua gi message.... sampai tengahari....Ayah, Nine dan Zuhayr enjoy swimming di hotel.... Waktu lunch di satu lagi restoran muslim..... makan jgn tak makan..... tomyan original dll


Unik! Ini bukan bekas bawang tau....tapi kopiah plastik yg byk di masjid Phuket utk kegunaan jemaah..... emmm gud idea sebab senang dibasuh dan tak perlu di jemur.... lap jer beres....


Petang....ayah dan umi ambil kesempatan main bowling.....biarkan anak2 explore shopping centre di Phuket.... 


Shopping di Mall pulak..... canggih macam KL 
Harga kasut lebih murah...
Mat Salleh kat belakang tu... mana tahu pakai baju... 
iskhh.. iskh...


Dalam masjid..... org lain solat.. Nine ni nak rap pulak?


Tak puas2 naik gajah ...


Bersiap utk ke airport....


Tunggu utk balik ke KL.....sebuah kedai di airport..... Bukit tulah asal perkataan Phuket...  



Sedikit catatan..... menurut Roslan, Phuket adalah syurga Mat Salleh kerana semuanya boleh diperolehi dgn mudah disini....Saya bersembang panjang dan memperolehi banyak maklumat kenapa Phuket di gemari Mat Salleh. Selain pantai dan pulau yang cantik sebagai tarikan utama, disini panas, barangan murah dan law sangat longgar utk lakukan macam2 aktiviti.....siang dan malam! Tak yah lah nak citer aktiviti2 tu kat blog nii....


Jadi pergi ke Phuket dgn niat utk nikmati pulau2 yang indah... makanan yang fresh terutama sayur dn buah2an... semuanya manis2.... paling best nenas siam yang manis dan tak kebas lidah kalau makan banyak pun.... serta melihat kehidupan masyarakat muslim di sana yang sukar menjaga identiti mereka.... khususnya generasi muda....dan betapa bertuahnya kita sebagai Muslim di bumi Malaysia. 


Elaoklah anda mengambil tour package muslim... wpun satu keluarga.....kerana boleh buat perancangan sendiri bukan ikut2 grup2 lain.....tambahan semuanya akan dijaga... makanan halal dan solat.....

OT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...