10 aspek utk dikongsi bersama.... tak kira siapa anda !
Aku nak tarik perhatian kpd 5 sains subject sains Ting 4 dan 5 - Fizik, Kimia, Biologi, Maths dan Add Maths.
Ini beberapa assumption / obsevation yang aku ingin buat:
1. Silibus semua subjek diatas disediakan oleh mereka yang pakar dlm bidang masing2. Maknanya, pakar Kimia (content expert fuhhh) yang berada dalam panel comittee kurikulum kimia mencadangan topic2 penting utk di ajar... semoga mereka bakal jd expert dlm kimia... dan pakar fizik mencadangkan tajuk2 penting dalam fizik, begitu juga dgn biologi, Maths dan Add Maths sedang yang belajar ni hanya perlu penguasaan concept sahaja, bukan utk jadi expert dalam semua subjek !
2. Jika kimia dijadikan contoh, maka terdpat 13 tajuk yang mesti diajar di Ting 4 dan 5. Jika dijumlahkan semua tajuk2 yang perlu dipelajari dalam 5 subjek tersebut …. mahu ada 50 tajuk yang perlu dihadam.... lom termasuk subjek lain lagi... perghhh !
3. Kesemua tajuk subjek sains mpunyai 6 element iaitu
a. Macro – tangible, boleh dipegang spt alat radas, tumbuhan dll
b. Micro – intangible spt molecule dan sel
c. Simbolik – diwakilkan dgn persamaan spt A + C --- D + E
d. Abstrak – tidak dapat divisualkan spt haba
e. Dinamik – sentiasa bergerak spt electron
f. Interconnected – konsep saling bkaitan spt redox dgn electrochemistry
4. Keenam ciri di atas menjadikan subjek sains…. uniq !
Tak caya? Kalau pelajar jurusan Biologi tahun 3 diminta jawab soalan Fizik tahun 1, aku percaya gerenti kantoi dgn alasan “dah tak ingat” wpun telah dipelajari masa tingkatan 4, 5 dan matrikulasi.
Jadi apa perlunya nak belajar sampai 50 tajuk, sedangkan boleh sahaja di kurangkan utk difahami dgn lebih baik sebelum pelajar mula membuat jurusan tertentu.
a. Bukan sahaja pelajar, cikgu subjek bio kalau diminta ambil paper Add Maths SPM... akan dapat keputusan sama spt dia tak pernah belajar apa2 tentang Add Maths.... walaupun mungkin dia dulu score 9As semasa di SBP. Tak caya - cubalah !
b. Tanya Prof Maths tentang apa maksud pH? Ini paling basic dlm kimia. Ada possibility dia xtahu... sdg dulu diapun blaja kimia.. jd best student lagi.
Ala... jgn sengeh.... kau pun tak tahu maksud "p" dlm pH tu... termasuklah agen yg jual air alkali... kangen water... dll... main sebut jer pH..pH.
c. Knp ion H+ dipanggil proton? Aku selalu tanya std Kimia dan Fizik ...pucat lesi nk jawab.
d. Boleh tak beri jawapan "Berapa dekad kah ada dlm satu saat?" dlm masa 5 saat.. sure mengelupur...
Dulu basic pun hafal... masa exam score... pas tu lupa seumur hidup. Zaman ini zaman menguasai konsep..... semua info lain dah ada hujung jari bukan zaman cikgu pucat sebb silibus yg nk masuk exam tak cover lagi.
5. Oleh kerana banyaknya tajuk… maka pelbagai strategi digunakan utk mengingat, menghafal, tip2, panduan yang semuanya bermatlamatkan exam orientation. Sekolah terbaik pula abiskan silibus seawal mungkin utk persiapan SPM… dgn latih tubi dan membiasakan diri dgn strategi soalan dan jawapan. Adakah ini sesuatu yang menepati falsafah pendidikan sains negara? Falsafah ni bukan aku yg gubal...
Realitinya hanya segelintir sahaja yang berjaya…maybe dapat menguasai subjek2 tersebut dgn baik... mereka mungkin gifted... mungkin dapat bbagai peluang.... biasisea dll sedang yang majority xtahu apa2 atau cukup2 makan ... yang cukup2 makan ini akan meneruskan kecukupmakanannya ke peringkat IPTA pula…. camner nak berjaya sbg scientist!
Abis apa cadangkan kau.... bukan main sedap lagi tangan menulis .. nk jadi keyboard warrior lah tu...
6. Aku mencadangkan, tajuk dlm sains perlu dikurangkan... hanya perlu diajar tajuk yang menjadi fundamental supaya cukup masa utk mendalaminya melalui pendekatan yg lebih authentic.. Tajuk spt termokimia, elektrokimia dan kimia organik misalnya tak perlu di ajar pun di peringkat menengah … biarlah mereka enjoy belajar kimia dan jika mereka memang serasi dgn subjek tersebut, barulah mereka mempelajarinya maybe ketika Tahun 1 di IPTA dan menjurus dalam bidang tersebut.
Mana boleh bro…. Ini aku tak setuju… nanti gelap masa depan negara kerana kita memerlukan ramai saintis!
7. Meh aku bagi tahu…. Mana ada sainstis pakar semua bidang... dia mungkin menguasai beberapa basic / konsep bidang yang lain. Kalau dia pakar dalam Kimia Organic dan perlukan pengetahuan add maths… hanya algorithma sahaja yang maybe diperlukan. Malah, jika perlu sgt nak integrated kan bidang organic dgn fizik dll misalnya, pakar2 ni boleh sahaja berkolaboratif.
Adakah kau nak sebut, kurikulum sains yang ada tak bagus… sedang kita mengadaptasi silibus yang digunakan dari negara2 maju. Cer citer kat aku.
8. Terserah kepada tafsiran masing2…. dan kalau kau fikir kita semakin maju, semakin ramai pelajar berminat dgn sains, teruskanlah berfikir begitu, namun aku tahu kita spt "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran"... tercicir juga dlm TIMMS dan PISA... dan apa dah jadi dgn matlamat 70:30? Now dah terbalik !
9. Sekali lagi aku membawa idea “less but more” dgn 3 element
i. penguasaan konsep yang kukuh (dgn pengurangan topic)
ii. Integrated knowledge (aplikasi yang menggabungkan konsep2)
iii. higher order thinking skills - HOTs (pengajaran authentic yang galakkan pelajar mencari maklumat spt problem / project based learning)
Susah lah macam tu bro...
10. Amendenya yang susah. Pelajar yg blaja bpuluh2 topic tu tak susah ker... cikgu yg mengajar tu senang ke?
Topic dah kurang. Kandungan pula byk applied. Sebahagian topik pelajar yang cari info dan penyelesaian sendiri, bukannya menambah apa2 beban... guru hanya perlu training lagi... utk menguasai pengajaran authentic... sbb dah terbiasa dgn teaching for examination
Kisah aku....
Ingat lagi bila cikgu kimia aku kata... "bila ada soalan pencairan ingat M1V1=M2V2" dan amazingly selepas 30 thn... sampai skang bila aku tanya student pun jwb benda yg sama... bila tanya knp M1VI dan M2V2 tu... menganga semua.."
OT
No comments:
Post a Comment