.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Sunday, May 24, 2015

Tajuk 746 - 6 idea "berahi" disebalik critical review dalam LR yang kritis !!

Read and SHARE because it is RARE !

PG selalu mengeluh...Mana tak mengeluh, aspek penulisan critical review sering diserahkan bulat2 kepada pelajar dgn alasan tak mahu spoon feed maka digunakan strategi “Lu fikirlah sendiri”.
Kenapa perlu critical review? Kritikal sangat ke nak tulis critical review? Apa maksud sebenar benda ni? Betul ker pendapat tersohor menyatakan bahawa critical review adalah penilaian “the strengths and weaknesses of the research article / study conducted ?”

Berikut idea kritikal utk difikirkan sebelum menulis critical review.

Pertama: Preliminary literature review
Aku mencadangkan anda mendapatkan 30 artikel berwibawa yang paling releven dgn “area of inventigation” topic kajian anda utk membacanya secara santai dahulu bagi mendapat “the whole picture” sebab anda masih novis.

Kalau askarpun kena recce dulu, bukan main terjah jer masuk satu2 kawasan suka hati sambil lenggang kangkung main FB (banyak cantik )…. Berikut 5 thema yang perlu di recce adalah

1. theory yang dominant (sesuai utk novis)
2. methodology (instrument + analysis data) yang lazim 
3. main argument / issues yang ditimbulkan
4. main finding kajian lepas
5. potential for future research

Kalau anda tak tahu thema2 diatas…. Tulisan anda akan di slice macam Taufu Fa jer !
Kedua: Membina thesis statement

Dah clear sikit yang pertama…. barulah draftkan thesis statement anda pula. Amende pulak thesis statement? SV tak ajar? Nak cari kat mana? Perrgh banyaknya soalan dalam soalan... macam mimpi dalam mimpi plak !

Jika masih tak tahu.. sila buka blog aku : http://drotspss.blogspot.com/search?q=thesis+statement
Thesis statement penting sebab anda sebenarnya menulis stand anda dalam topic kajian, diikuti dgn argument dan suggestion anda utk support argument tersebut. Pelik jika benda ni tak dijelaskan kepada PG...

Ketiga: Rasional dan bukti
Penulisan yang kritis bermula dengan rasional and evidence yang boleh menyokong stand anda dalam membuat kajian, kenapa anda memilih issue tersebut dgn semua variables dan theory yang terlibat yang menyokong anda mengkaji isu yang dipilih.

Keempat: Mengemukakan alternative
Setelah memilih sesuatu isu, terdapat pelbagai alternative / perspektif yang berbeza terhadap isu yang sama. Sila dapatkan padangan alternative dan kupas juga sebab tidak semua orang mempunyai school of thought yang sama.

Ada yang berpendapat misalnya, content lebih penting dari cara penyampaian dalam pengajaran, tetapi ada yang berpendapat bahawa cara penyampai juga memainkan peranan… dgn masing2 ada evidents…. Malah ada pandangan yang ke3, 4 dll yang juga perlu diraikan bagi menunjukkan comprehensiveness of your understanding.



Walau bagaimanaun anda dulu perlu CLEAR stand point anda sendiri, supaya argument terhadap stand poind anda lebih menonjol dan menjadi focus dgn evident2 yang dikupas secara “lebih berahi”. Pastikan stand point anda di backup dgn theory yang dominan, author yang well know, method / analysis yang advanced dan references yang latest !

Kelima: Lakukan juga self-criticise (betul ke ejaan ni?)
Dalam dunia research, lebih2 lagi dalam social science dan academic research, tiada satu pun yang boleh dikatakan “clear-cut” bagi mana-mama argument. Jadi perlu anda mengkritik aspek2 yang “need to be strengthened"” dalam argument anda (theory, methodology) supaya fair-n-square.

Misalnya, kajian lepas membina bahan multimedia hanya menggunakan model generic ADDIE, sedang kajian anda menggunakan theory lebih focus spt multimedia learning theory (Mayer 2002; Sweller 2000) yang digabungkan dengan Model Posner (Othman, 2007).

Ingat... ini bukannya "filling the GAP left by previous studies" spt yg dimomok2kn... tapi strengthened you own research with new / latest / current / comprehensive understanding. GAP-GAP tak main lah... GAP ni idea old school...

Keenam: Susun / organise dgn baik
Susun hujah utama diikuti dgn hujah alternative dan self-critise dgn baik, maybe ikut sub-heading yang khusus bukan main campur macam ABC, sampai pembaca mewarisi kepeningan anda. Biarlah anda pening dulu sorang2.... asal pembaca dapat memahami aliran idea anda dgn smooth !!
Apapun... kena tulis ler dulu... bagi SV semak dan cadangkan langkah utk kemaskini.

So….
Kesemua 6 aspek diatas tidak lain tidak bukan adalah utk melatih PG menguasai bidang focus kajian sendiri sambil menguasai pelbagai alternative views yang berkaitan.
Seorang pengembara yang hebat bukan sahaja perlu tahu satu jalan sahaja sebagai jalan utama ke destinasi… tetapi juga tahu sedikit sebanyak jalan alternative sekiranya menghadapi halangan utk sampai ke destinasi yang sama spt Man vs Wild.

Soalan aku:
Adakah 6 perkara di atas diajar secara direct kepada PG? Jika tidak ada, adakah kerana ia tidak penting? Jika penting kenapa tidak diajar kemahiran tersebut? Adakah jika diajar asas2nya, akan hilanglah wibawa PG sebagai calon PhD dalam proses menjadi seorang independent researcher? Sapa nak jawab? Ini soalan dalam soalan.

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...